Archive for the ‘Petua & Rawatan’ Category

Lelaki masuk hospital lepas makan pil dibekal tukang urut setempat

 Oct 18, 2017 | 05:30 AM

PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) semalam memberi amaran kepada orang awam agar tidak memakan pil dan kapsul yang tidak dilabel dan dilarang, dibekalkan di sini oleh ‘Samsudin Traditional Massager’.

Perniagaan itu dikendalikan oleh seorang tukang urut tradisional India berusia 50-an tahun di sebuah unit flat di Teck Whye Lane.

Sumber:  http://www.beritaharian.sg/setempat/lelaki-masuk-hospital-lepas-makan-pil-dibekal-tukang-urut-setempat 

Saat Jais - Pakar Urut
 
www.treat-cure.com
http://treatcure4u.wordpress.com
 
Jumpa Lagi………InsyaAllah. 

 

 

Bersama Sifu Hakim.

Inysaallah Jumpa Lagi – Haji Sa’at Jais
www.treat-cure.com
https://treatcure4u.wordpress.com
https://bekam4ublog.wordpress.com

Cara Minum Air Lemon (Limau) Yang Ampuh Untuk Menurunkan Berat Badan.

Tips 1.
Mencampurakan air perahan lemon dengan air hangat , diberi sedikit madu agar rasanya tidak terlalu asam dan dikonsumsi (diminum) selagi hangat.
Lemon ini punya manfaat diuretic yang dapat mengatasi problem ginjal dan liver sehingga lemak jahat tidak sampai mengganggu fungsi organ dalam.

Tips 2.
Ganti  kebiasaan Anda minum soft drink atau kopi mix dengan air  perahan limau. Kurangi pula tambahan gula di dalamnya sehingga jumlah kalori tetap seimbang.

Tips 3.
Simpan potngan limau di dalam air dalam botol. Campurkan dengan daun mint dan biarkan di dalam peti Sejuk semalaman. Infuse  air lemon ini siap dinikmati keesokkan paginya.

Tips 4.
Minum air limau ini 15 – 20 minit sebelum makan untuk menjaga nafsu makan tetap terkendali.

Yang Wajib diperhatikan.
Sekalipun ampuh membantu menurunkan berat badan, jangan sesekali mengonsumsi air perahan lemon  (limau) sahaja seharian.
Tubuh Anda juga masih memerlukan nutrisi dari makanan lain sehingga Anda harus menyatupadukan dengan campuran menu yang berzat (bergizi) lainnya juga.

Inysaallah Jumpa Lagi – Haji Sa’at Jais
www.treat-cure.com
https://treatcure4u.wordpress.com
https://bekam4ublog.wordpress.com

Klik Gambar / Click Picture
bekam-1body_pictures__188_man2 Service 1 Oil 1Types Of Massage (Jenis Urutan)
 urut9 Urut 4 Urut10   Doa
 dalamkaabah+1 Good2 Badminton

Urut Perempuan 2Urut Perempuan 3

Banyak pelanggan-pelanggan saya yang menyuarakan begitu susahnya untuk mendapatkan Terapi Urut Wanita Yang baik dan bertauliah untuk Isteri-isteri. Memandangkan rungutan-rungutan mereka itu di bawah ini di senaraikan nama-nama mereka serta No Tel mereka untuk menghubungi mereka yang memerlukan Terapi Urut Wanita Untuk Wanita.

House Call For Ladies only / Perhidmatan Urut Dari Kaum Wanita  Untuk Wanita Sahaja. Sila hubungi:-
Boon Lay/Jurong/Bt Panjang/Chua Chu Kang – All Area In Singapore.
1. Hjh Norasikin – 8498 0120 2. Hjh Hamidah – 9386 0098
3. Puan Halinah (Inah) – 9359 2137/9466 7439 4. Puan Diana Suhaimin – 9424 6586
5. Puan Minah 8949 8685 6. Puan Sa’adah – 8218 6448
7. Puan Jamilah – 8010 5607 8 Puan Maria  – 9852 8305
9. Puan Lina  – 9006 0425 10.
Eunos Area/Al-Junied/Macpherson – All Area In Singapore.
1. Puan Megawaty – 9073 7352 2. Puan Nadiah – 8748 1354
2. Puan Seri – 9612 1600    
Ponggol /Sengkang /Pasir Ris/Tampiness –All Area In Singapore
1. Puan Ida Az – 8268 6227 2. Puan Soraya – 9455 5543
3. Puan Normala- 9649 1966 4. Puan Liza – 9641 2314
5. Puan Jorah – 9061 0993 6. Puan Julie – 8181 9877
7. Puan Rosemaya – 9172 7271 8. Puan June – 8112 4914
9. Puan Zizy – 8850 0532 10. Puan Fazidah (Faz/Zyda)– 8869 1524
Whampoa/Clementi/Bt Merah – All Area In Singapore
1. Puan Kamsiah – 9101 4223 2. Puan Jamilah – 9199 2147
Woodland/Marsiling/Sembawang – All Area In Singapore.
1. Puan Saripah – 9106 1704 2. Puan Ana Ratnah – 9634 5114
3. Puan Salama Eusope – 96605967 4. Puan Misah – 8700 8154
5. Puan Asnah – 9365 9310 6. Puan Roslinda – 9799 7794
7. Puan Ana Kamisah:-9826 8954/9484 5717 8. Puan Ngatia – 8366 1727
9. Puan Rosi – 9339 4824 10. Puan Siti – 8346 0075
Yishun/ Ang Mo Kio – All Area In Singapore.
1. Puan Hadisa – 9857 3037 2. Puan Salamah – 9479 2045
3. Puan Fauziah – 8606 8150 4. Puan Fauziah Zee – 9008 9114
5. Puan Rose Fatimah – 9061 4150 6. Puan Kamisah – 9112 3107
7. Puan Noreha – 9720 4170 8. Puan Shidah – 9022 4705
For Men only / Untuk Lelaki Sahaja. 
Toa Payoh – All Area In Singapore.
1. Haji Saat Jais – 9781 1070
Woodlands – All Area  In Singapore
1. Hj Kamal – 9186 3407 2. Hj Yusof – 9677 3645
3. Dr. Rashidinz  – 8204 8951 / +60 127346932 4. Tuan Abdul Rashid – 9621 6766
Yishun – All Area In Singapore
1. Tuan Suhat – 9061 0347 2. Tuan Meslan – 9857 0418
Hougang – All Area In Singapore
1. Ishak Ismail  – 8422 7394 2. Tuan  Saifuden (Den) – 9177 8906
North Bridge Rd – All Area In Singapore
1. Tuan Noorazmi – 9069 6532    
Tampiness/ Pasir Ris – All Area In Singapore
1. Tuan Amir – 9137 8054 2. Azmi – 9459 8420

 

https://treatcure4u.wordpress.com
https://bekam4ublog.wordpress.com
https://myuruturut.wordpress.com

 
Jumpa Lagi………InsyaAllah. 

Khasiat Daun Belalai Gajah

Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass telah lama dikenal pasti mempunyai antioksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia. Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.

Muhammad Nur Shahir Mat Hussin, 24, mengidap aplastic aneamia sejak kecil.

Aplastic aneamia adalah satu keadaan yang mana sum-sum tulang tidak menghasilkan sel-sel baru yang mencukupi untuk mengisi sel-sel darah.

daun belalai gajahPenyakit itu menyebabkan beliau asyik tidur kerana keletihan dan tidak dapat tidur lena pada waktu malam kerana terlalu banyak makan ubat. Menurutnya, pada tahun 2009, dia mengidap diabetes sehingga memaksanya mengambil insulin sebanyak empat kali sehari. Bagaimanapun, kesihatannya mula berubah selepas mengambil produk daun belalai gajah pada Jun tahun lalu.

Jelasnya, mulai Oktober tahun yang sama, dia mengambil kapsul dan jus ekstrak belalai gajah dan keadaan kesihatannya semakin bertambah baik.

Pekerja kilang, Nur Amirah Mohd. Adi, 18, mengidap neprhotic syndrome sejak kecil.

Masalah tersebut merujuk kepada gangguan buah pinggang yang menyebabkan pengidapnya kurang kencing atau mengalami kencing tidak lawas. Katanya, akibat penyakit itu, kaki menjadi bengkak, perut buncit dan berat badan bertambah, mata kuning serta tidak dapat tidur lena pada waktu malam. “Ketika berumur lima tahun, saya pulih selepas mengambil steroid tetapi penyakit tersebut kembali berulang ketika berumur 16 tahun menyebabkan saya terpaksa berhenti sekolah,” ujarnya.

Pelajar tingkatan satu, Muhammad Al Saddiq Fajar, 12, mengidap thalassaemia dengan kadar ferritin dalam darah yang tinggi iaitu pada bacaan 6,779. Katanya, pada bulan September tahun lalu, dia mula mengambil cecair pati belalai gajah dan selepas itu, tubuhnya mula menunjukkan pemulihan dengan kadar ferritin menurun kepada bacaan 4,000 semasa ujian kesihatan dijalankan pada Oktober tahun lalu.

“Ketika sakit, saya perlu mengambil darah sebanyak dua paket sebanyak dua kali sebulan selain perlu menjalani rawatan mencuci darah,” katanya. Kesan pengambilan produk belalai gajah juga dapat dirasakan oleh kakaknya, Fatin Farhana Fajar, 15, yang turut mengidap penyakit yang sama.

Penasihat kewangan, Nasir Musa, 41, menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan tahap kolesterol tinggi. “Sebulan saya mengambil produk ini, telah menunjukkan kesan secara fizikal yang mana bila saya membuang air kecil tidak lagi berbuih seperti biasa.”ujarnya

Demikian beberapa pengalaman daripada pengguna mengenai khasiat daun belalai gajah tersebut. Bagaimanapun mereka yang ingin mencubanya tidak menganggap daun tersebut sebagai kaedah merawat atau ubat sebaliknya hanya membantu mengatasi masalah yang mereka alami.

Khasiat Timun

Cucumbers 3 1.  Diet Harian

  • Timun bagus untuk menurunkan berat badan kerana kandungan kalorinya rendah tetapi tinggi kandungan air.
  • Amalan memakan timun membantu mengatasi sembelit.
  • Kajian mendapati sesetengah sebatian dipanggil sterol kolestrol di dalam timun membantu mengurangkan paras kolestrol.
  1. Kulit.
  • Kandungan air yang tinggi, vitamin A, B, C dan mineral tertentu seperti magnesium, kalium serta silika menjadikan timun bagus untuk kulit.
  • Masker yang dihasilkan daripada timun boleh digunakan untuk mengatasi masalah ketegangan kulit.
  • Asid askorbik dan asid caffeic dalam timun membantu mengurangkan keadaan bengkak di bawah mata.
  • Kulit timun membantu memberi kelegaan pada kulit yang disebabkan oleh sinaran matahari.

Cucumber and slices isolated over white background   3.  Rambut.

  • Timun membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat kerana ia mengandungi silikon dan sulfur.

4. Sistem Penghadaman.

  • Jus timun segar membantu mengurangkan masalah ulser mulut keasidan, pedih hulu hati dan gastrik.
  • Kandungan air yang tinggi dan serat makanan dalam timun membantu mengurangkan toksin dari sistem penghadaman.

5.  Penyakit.

  • Kajian mendapati timun mengandungi lariciresinol, pinoresinol dan secoisolariciresinol-3 lignans yang membantu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser payudara, kanser prostat, kanser rahim dan kanser ovari.
  • Jus timun bermanfaat untuk penyakit kencing manis. Ia mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas untuk menghasilkan insulin.
  • Pengambilan kerap membantu melarutkan kencing atau batu karang.
  • Timun kaya dengan vitamin A, B1, B6, C, D, folat, kalsium, magnesium dan kalium. Apabila dicampur dengan jus lobak merah, ia membantu melegakan gout dan sakit arthritis dengan merendahkan tahap asid urik.
  • Jus timun mengandungi banyak kalium, magnesium dan serat yang berfungsi untuk mengawal tekanan darah.

   6. Gusi dan Gigi.

  • Juga timun juga bermanfaat bagi anda yang mengalami masalag gigi dan gusi kerana timun merupakan sumber serat yang baik.
  1. Mata.
  • Jika anda mengalami mata letih dan bengkak, tekapkan timun yang dipotong membulat pada mata. Ia mempunyai sifat anti-inflamasi dan membantu mengurangkan bengkak tersebut.

TIP

Jika anda ingin membeli timun, pastikan ia berwarna hijau tua dan keras apabila dipegang. Elakkan timun yang terlalu masak (berwarna kuning) kerana kebiasaannya ia mengandungi lebih banyak serta yang tidak larut dan benih matang.

DOA MURAH REZEKI 

الَّلهُمَّ اغْفِرْلِي ذَنْبِي وَوَسِّعْ لِيْ فَي دَارِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا رَزَقْتَنِي

Allah humag firli zanbi wawasi’li paidaari, wabarikli fimaa razaktani.

Ya Allah , ampunkanlah dosaku, dan kurniakan padaku keluasan pada tempat tinggalku , dan berkatilah pada rezki yang Kau kurniakan padaku.

DOA AGAR MENDAPAT PELUANG PERNIAGAAN DAN REZKI YANG PALING BANYAK

اللَهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ أَعْظَمِ عِبَادِكَ نَصِيباً فِي كُلِّ خَيْرٍ تَقْسِمُهُ فِي الغَدَاةِ مِنْ نُورٍ تَهْدِي بِهِ، وَرَحْمَةٍ تَنْشُرُهَا، وَرِزْقٍ تَبْسُطُهُ، وَضُرٍّ تَكْشِفُهُ، وَبَلاءٍ تَرْفَـعُهُ، وَفِتْـنـَةٍ تَصْرِفُهَا، وَسُوءٍ تَدْفَـعُـهُ.

Allahu majngalni min ‘akzomi ngibaadika nasibaan fi kulli khairi taksimuhu fil ghodati min nurin tahdi bihi, warahmatin tansuruhaa, warizkin tabsutuhu, wazor rin takshifuhu, wabala iin tarfanguhu, wafitnatin tasrifuhaa, wasu iin tadfanguhu.

“Ya Allah, jadikanlah aku antara kalangan hambaMu yang mendapat bahagian (pencapaian) yang hebat pada nur yang Engkau kurniakan sebagai hidayah, dan rahmat yang Engkau kurniakan, dan rezki yang Engkau sebarkan, dan mudharat yang Engkau selamatkan ( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan bala yang Engkau angkatkan( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan fitnah yang Engkau jauhkan( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan keburukan yang Engkau hindarkan ( dari menimpa hamba-hambaMu )”.

Jumpa Lagi Insyaallah…….

Sumber : http://daradah.blogspot.sg

Semua sedia maklum kebaikan minum air suam. Berikut saya sertakan kebaikan meminum air suam:

Air Jarang1.  Menguruskan Badan

Berita baik bagi mereka yang sedang inginkan badan yang langsing. Air suam tidak mengandungi kalori, gula atau pun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2.  Meningkatkan Kesuburan.

Air suam menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada Kaum Hawa.

3.  Melancarkan Sistem Pencernaan.

Minum air suam dalam kuantiti lapan gelas setiap hari dapat  melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4.   Melambatkan Proses Pertumbuhan Zat Yang Menyebabkan Kanser

Air suam bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5.    Perawatan Kecantikan

Kekurangan pengambilan air suam menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkedut.

6.   Tubuh Lebih Segar Dan Sihat

Khasiat air suam bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7.   Menyihatkan Jantung

Air suam juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air suam.

8.   Ubat Kepada Penyakit Strok

Air suam tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

Sumber : http://daradah.blogspot.sg

Jumpa Lagi Insyaallah…….

Sumber: http://afatah.blogspot.sg

Menahan KencingSEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan.
Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan.
Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.
“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing.
“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitumasalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin.
Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran.
Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.
Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah.
Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.
Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal.
Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan   kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya.
“Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya.
Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari.
Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.
Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah.
Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.
“Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu.
“Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif,” katanya lagi.
Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya.
Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing.
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan.
Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.
Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.
“Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence , Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder.

Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.

Jumpa Lagi Insyaallah……