Herbs

Khasiat Herba Alami

Halia.

Halia (Zingiber Officinate) mengandungi atsiri, dammar, mineral sineol, fellandren, kamfer, borneol, zingiberin, zingiberol, gigerol, zingerol, lipidas, asid amino, niacin, vitamin A, B1, C dan protein.

(Makanan Ahli Syurga)

Firman Allah (Q: 76: 17)

Maksudnya: “Dan mereka dalam syurga itu diberi minum sejenis minuman yang dicampurkannya dari Halia (zanjabil)”

Khasiat Halia.

Terdapat Ayat Al-Quran yang menyatakan bahwa minuman yang dicampurkan dengan halia dan diberikan kepada kita di dalam syurga.

Halia di gunakan sebagai ubatan bagi merawat kembung perut serta sakit perut, membantu kepada penghadaman makanan, mengeluarkan angin dalam usus dan dapat menghilangkan bau mulut. Namun begitu jika di campurkan dengan sedikit gula dan air panas, jus halia dapat menghilangkan lender dan kahak.

Halia dapat meningkatkan metabolisma darah ke bahagian organ-organ badan yang lain. Aroma halia yang sememangnya merangsangkan kerana berbau harum. Secara traditionalnya halia ini dapat menyembuhkan beberapa gejala seperti kurang selera makan, pening kepala, sakit-sakit sendi, kegatalan pada badan dan bengkak-bengkak. Di samping itu, halia juga berkhasiat untuk menghangatkan tubuh badan dan membantu proses pencernaan makanan dalam badan. Apa yang lebih penting adalah meningkatkan nafsu syahwat dan boleh membuang angin dalam badan.

Khasiat Madu.

Mengandungi vitamin A,B, C dan E. Dikenali sebagai Makanan Bidadari di Syurga.

Rasulullah S.A.W bersabda:-

“Barang siapa yang menjilat madu 3 kali di dalam sebulan, maka di hindari dari penyakit berat” (Abu Hurairah)

“Gunakanlah dua penawar, ia itu Al-Quran dan Madu”. (Abdullah Bin Ma’ud)

Riwayat dari Saidina Ali r.a. :- “Sebaik-baik (semulia) minuman adalah Madu”.

 
 

“Kebenaran wahyu ILLAHI telah terbukti apabila saintis dari beberapa negara termasuk dari Amerika yang berkumpul di World Apiculture Conference yang di adakan pada 20-26 September 1993 di China mengakui bahawa Madu Lebah mengandungi GLUKOSA dan FRAKTOSA yang menghadhamkan. Apabila di campur dengan air, ia menyerap masuk ke dalam darah dalam masa 7 MINIT dan dapat di manfaatkan sepenuhnya oleh otak. Di persidangan yang sama para saintis telah memberi penerangan kepada perwakilan bahawa madu lebah juga mengandungi : Vtamin B1, B2, B3, B5 dan C. Di samping Magnesium, Photaasium, Kalsium, Sodium, Klorin, Belerang dan Zat Besi. Selain itu madu lebah juga boleh merawat penyakit buasir, penyakit kulit dan penyakit puan.”

  

Khasiat Jarum Emas.

Nama pokok  Rumput Jarum Mas juga dikenali sebagai RUMPUT REMPAH PADANG.

Sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina kecuali ibu mengandung.

Membantu merawat masalah buang angin, arthritis dan toksin, urat saraf, sakit sendi dan lutut, bisa tulang dan pecah kulit dan tumit kaki, kebas tangan dan kaki, sakit pinggang, menghindari penyakit gaut dan melancarkan peredaran darah serta mengurangkan letih lesu dan berkhasiat untuk ibu selepas bersalin, mengecutkan rahim, keputihan, haid tidak teratur, menambah tenaga batin serta mencerahkan mata.

 
 

Al-Habbah As Sawda Plus Madu Arab Al-Barakah

Khasiat Al-Habbah As Sawda Al Barakah.

Al Habbah As Sawda di kenali sebagai AL BARAKAH (Berkat) kerana Rasullallah S.A.W mengamaalkannya dengan Madu,Habbah Sawda dan Kurma.

Al Habbah Al Sawda merupakan sejenis antibiotic semula jadi yang cepat member dan tidak ada sebarang kesan sampingan. Oleh itu Insya-Allah ianya boleh menolong untuk mengubati batuk yang lama (Kronik), batuk kokol, selsema yang lama, lelah atau sesak nafas terutama Asma.

Mengikut kajian moden, Universiti Iskandariah (Mesir) pesakit lelah sembuh 78% setelah menggunakannya.

1.    Membekal vitamin serta zat-zat mineral yang amat diperlukan oleh tubuh badan.

2.    Mengurangkan kolestrerol serta dapat menstabilkan kadar lemak di dalam badan.

3.    Mengandungi fostat, ion, karbohhidrad yang berkemampuan untuk membunuh kuman dan baik untuk aktiviti anti kanser. Manakala penggunaan yang berterusan boleh mencegah dari serangan penyakit.

4.    Mempunyai daya pengesan untuk mengeluarkan larutan air seperti asid urik, deposit garam galian dan keracunan larutan organik dan volatial.

5.    Mengandungi hormon yang lengkap untuk menambah kecergasan mental, seksual dan pelbagai aktiviti.

6.    Kandungan yang lengkap di dalam “Al Habbah As Sawda” membantu menguatkan sistem imun penyakit.

7.    Ia menguatkan sistem ketahanan badan semulajadi yang sedia ada dalam tubuh kita.

8.    Kemandulan; baik untuk merawat rahim tidak subur, saluran usus tersekat, sperma lelaki kurang banyak reaksi semasa penyeimbangan berlaku dan darah haid berwarna hitam mula keluar.

9.    Ia juga mampu merawat kemerosatan fungsi sek yang tidak mencapai penegangan di sebabkan oleh pemakanan ubat kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya dengan menyingkirkan segala toksin, mengisi semula tenaga, menyeleraskan bekalan oksigen, mengaktifkan darah, menyeleraskan dan meningkatkan metabolisma serta meningkatkan penghasilan sperma.

10   Menguatkan Tenaga Bathin; “Al Habbah As Sawda” juga dapat memulihkan tenaga dalaman bagi kaum lelaki yang, mengalami kekurangan tenaga syahwat.

11  Mengembalikan tenaga kelelakian dan memekatkan air mani, sakit sendi, sakit pinggang, menguatkan antibodi dan penyakit yang melibatkan ketuaan.

 

  LAIN-LAIN KAJIAN AL HABBAH AS SAWDA (BLACK SEED)

      I.        Menurut Bukhari – Muslim, NABI S.A.W bersabda yang bermaksud “Habbatus Sawda” mempunyai ubat bagi segala jenis penyakit kecuali maut”

    II.        Kajian oleh tokoh perubatan terkemuka Ibnu Sina & Inbu Qayyum Al Jawziyyah dalam bukunya “U Medicine of The Prophet” terutamanya penyakit-penyakit yang melibatkan lelah (asthma), sistem pernafasan, sistem saraf, pembiakan, penghadaman dan merawat organ dalam badan serta mengatasi 50 jenis penyakit bertepatan dengan Hadith Rasullallah S.A.W

   III.        Orang Arab terkenal mempunyai pernafasan, tenaga sex yang baik dan mampu mengharungi perjalanan jauh (musafir) berpuluh batu hanya berjalan atau menunggang unta kerana mengamalkan Habbatus Sawda dan madu sebagai makanan harian.

  IV.        Doktor Abu Ali Al Hussain B Abdullah B Sina yang lebih terkenal dengan IBNU SINA di dalam kitab besarnya QANUNFIL TIBB sebagai berikut: Habbatus Sawda boleh melancarkan keluarnya darah haid wanita yang bermasalah. Dalam hal ini juga ia bertindak sebagai bom bagi menghancurkan batu karang yang ada pada buah pinggang. Caranya ialah Habbatus Sawda di campurkan madu lebah dan air panas lalu diminum untuk beberapa hari.

    V.        Kajian perubatan moden yang di lakukan oleh Dr Peter Schleicher, seorang pakar di dalam bidang Imunologi di Munich mendapati bahawa minyak yang terdapat pada Habbatus Sawda boleh di gunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

 

 

Khasiat Za’faran yang dicampur Air Mawar:

        Za’afaran merupakan sejenis tumbuhan ubat dari herba yang terkenal dan termahal. Diamalkan dalam perubatan Ibnu Sina dan Siyidina Ali r.a pernah menyatakan tentang Za’afaran “Sesiapa yang mengambil sebahagian Za’afaran tulin dicampur dengan Madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari maka ia di kagumi tentang ingatannya”.

Ubat Besar Dari Jibrail Kepada Rasullallah S.A.W

            “Telah mengajr aku Jibrail akan ubat yang tidak berkehendak lagi lain-lain ubat dan tidak pula kepada dukun-dukun. Apakah ubat itu Ya Rasullallah? Bacakan atasnya Surah Al Fatiha, Al Ikhlas, Al Falaq, An Nas, Ayatul Kursi, tiap-tiap satu surah di baca 70 kali…..

 

Khasiat Gar-ger

            Gar-ger (tumbuhan dari Arab) Dalam “Kitab Tibbun Nabawi” Barang siapa perempuan yang tahu khasiat minyak Gar-ger maka pasti di tanamnya di bawah katil”.

            Pepatah Arab Pernah Berkata:

            “Seandainya anta ada Gar-ger dan ana ada emas, ambilah emas, ana mahu itu Gar-ger”.

            Punca segala penyakit datang dari PERUT. Bersihkan ususmu dengan produk ini. Bersihkan ususmu dengan produk ini.

            Punca kesihatan yang baik adalah, perjalanan darah yang lancar. Produk ini baik untuk melancarkan peredaran darah dan melawaskan buang air serta sembelit.