Archive for the ‘Bekam Dan Kebaikannya’ Category

Pelanggan:

Yang Mana Lebih Baik Bekam Sayat Atau Jarum.?

Saya Jawab:.

Bekam2Menurut Thibbun Nabawi, Rasululluh SAW, menganjurkan  bekam dengan mengunakan sayatan. Kelebihan sayatan dibandingkan dengan jarum (lancet pen) menurut moden medicine adalah sebagai:-

  • Pembuatan luka di dalam dunia medis yang paling baik adalah dengan sayatan, kerana penyembuhan jaringannya lebih cepat, tepi dinding luka tertaut dengan rapi.
  • Tidak akan terjadi dua kali turihan (jarum) pada lubang yang sama.
  • Dengan sayatan yang tipis maka darah yang keluar adalah benar-benar dari pembuluh kapilari (capillary) di bawah kulit yang tidak melebihi lapisan dermis.

Pelanggan:

Kalau sayatan lebih baik kenapa Tuan Haji gunakan Jarum (lancet pen)?

Saya Jawab:

Saya memang tidak pernah belajar bekam dengan menggunakan Pisau atau Blade. Tetapi saya ada beberapa kali ingin berbekam dengan pembekam yang menggunakan sayatan, malangnya saya membatalkan niat saya itu kerana pada ketika itu ada yang di bekam itu pitam. Saya berfikir dan saya ulang pelajaran yang telah saya pelajari. Kesimpulannya orang yang membekam dengan sayatan mestilah mereka yang betu-betul arif dan mahir, dan dengan sayatan yang tipis, bukan terlalu dalam. Masalahnya berapa ramai pembekam yang menggunakan sayatan yang boleh melakukannya tanpa membahayakan pelanggan? Pengajian saya juga menyatakan yang menggunakan Jarum (lancet Pen) juga tidak kurang effektifnya dan tidak mengundang risiko yang besar.

Saya juga banyak bertanya pengamal-pengamal bekam, mereka juga sependapat dengan saya. Zaman Nabi ketika itu tidak ada jarum pembekam, jadi keadaanya ketika itu sudah pasti dengan sayatan. Yang anihnya ada pengamal sayatan yang mengatakan mereka yang menggunakan jarum (lancet pen) tidak mengikut sunah. Apakah mereka sebenarnya mengikut sunah? Pertanyaan saya kenapa mereka tidak menggunakan botol, bekas kaca, buluh atau tanduk binatang dan menggunakan kapas pembakar untuk menghilangkan udara supaya alat pembekam dapat menyedut daerah yang di bekam,untuk melakukan bekam. Adakah blade (Blade Pisau Cukur) sudah ada di zaman Nabi? Pisau yang macam mana digunakan semasa zaman Nabi?

Peralatan Moden seperti alat penyedut, cawannya mereka juga menggunakan benda yang sama Cuma bezanya sayatan dan pengunaan jarum sahaja yang berlainan. Zaman Nabi Dahulu kenderaannya adalah Unta, kuda atau Keldai, tak kan saya nak kemana-mana juga harus menggunakan kenderaan seperti itu di zaman yang moden serta cangih ini? Cuma bagi saya kalau Anda memang mahir serta Arif dengan sayatan buatlah itu kemahiran Anda. Cuma jangan mengatakan cara kami dengan menggunakan jarum tidak bagus dan tidak mengikut Sunnah.

Bukalah minda dan berfikirlah di luar kotak. Untuk pelanggan yang ingin berbekam tepuk dada Tanya hati, pergilah mana-mana tempat yang Anda berkenan, kerananya risikonya Anda yang terima.

 

Jumpa Lagi Insaa Allah……

 

sperm

Sukar mendapat zuriat atau anak? Amalkan berbekam anda dan isteri ,  sebulan sekali sebanyak 3 kali (sesi) dan mengamalkan minum madu asli setiap hari sekurang-kurangnya Bekam1selama 3 bulan, insyaAllah tahap kesuburan akan meningkat dan peluang kebarangkalian untuk mendapat zuriat juga adalah tinggi.

Sebagai tambahan digalakkan juga memakan kurma, kismis dan minum susu segar. Dan sentiasa berdoa, Insyaallah kesuburan akan meningkat dan anda akan mendapat zuriat dengan Izin Allah.

Sabda RASULULLAH SAW:

“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Lihat Video ini tentang Kebaikan yang didapati daripada berbekam. Ia juga adalah satu sunah dari Nabi saw.

Saat Jais - Pakar Urut

www.treat-cure.com
http://treatcure4u.wordpress.com
 
Perhidmatan Bekam.
https://saatjais.wordpress.com/2009/04/05/fakta-ilmiah-bekamhijamah/
 
House Call For Ladies only / Perhidmatan Urut Dari Kaum Wanita  Untuk Wanita Sahaja. Sila hubungi:-
 
Chua Chu Kang  Area (Daerah Chua Chu Kang ).
 
1. Hjh Mahani – 96737594 2 Hjh Hamidah – 93860098
3. Puan Jamilah – 91426428    

 

Woodland  Area (Daerah Woodland):

1. Puan Mariati – 96319031 2. Puan Ana Ratnah – 96345114
3. Puan Bibah – 97420314 4. Puan Salama Eusope – 96605967
5. Puan Asnah – 93659310 6. Puan Roslinda – 97997794
7. Puan Misah – 87008154 8. Puan Saripah – 91061704

 

Boon Lay Area (Daerah Boon Lay).

1. Puan Inah – 93592137  2.  Puan Minah – 96683184

 

Yishun Area (Daerah Yishun).

1. Puan Hadisa – 98573037 2. Puan Salamah – 94792045
3. Puan Fauziah – 91792096 4. Puan Fauziah Zee – 90089114

 

Tampiness Area (Daerah Tampiness):

1. Puan Soraya – 94555543 2. Puan Dahlia – 93506911/83667262
3. Puan Liza – 96412314 4. Puan Normala- 96491966
    
    
 
 
Jumpa Lagi………