Archive for the ‘Jangan Jadi Bodoh’ Category

Adakah Anda Tidak Tertarik Jika Promosinya Atau Iklan Seperti Dibawah Ini..

Sistem 4D – Duduk, Diam-diam, Doa dan Dapat Duit.

Mereka sibuk buat duit, mengapa kita harus sibuk dengan alasan?

Nyalakan pelita Wang Anda sekarang juga!!!!

Masalah Kewangan??? Sekarang …Anda Menemui Jalan Terbaik….

Jawapan Kepada permasalahan Kewangan Anda….

Melabur Hari Ini!!!… Esuk sudah boleh dapat hasil!!!!…

Berita Baik . Cara Paling Malas Untuk Menjadi Kaya….

Bayar Sekali tetapi pendapatan berulang-kali…..

Duit 1Melihat iklan di atas sudah pasti hati kita akan terbetik untuk mengetahuinya lebih lanjut. Sudah pasti hati kita ini ingin menelipon yang ada beberapa no di sana. Tetapi kita harus pendamkan sementara dan cuba google di internet. Terdapat laman sesawang yang mempermosikan perniagaan seperti ini. Setelah kita amatilah dan membuat sedikit kajian kita akan dapati system ini ada persamaan hampir 100% dengan skim pyramid.

Cuba Lihat Apa Yang Dipaparkan Di Bawah Ini:

Apa Itu Skim Piramid?

Skim piramid ialah model perniagaan yang tidak dapat dikekalkan yang membabitkan pertukaran wang terutamanya bagi mendaftar peserta baru ke dalam skim ini, biasanya tanpa barangan atau perkhidmatan disertakan.

Ketepuan Pasaran

Lebih 90% dari peserta yang terbabit dalam skim pyramid tidak pernah mendapat balik pelaburan awal mereka.

Mereka yang di dasar piramid, tidak kira bagaimana cetek atau dalam ia, akan sentiasa “kehilangan” wang mereka. Ia mudah bagi melihat bilangan di dasar piramid “sentiasa” melebihi jumlah kesemua aras atas, tidak kisah berapa banyak tingkat yang ada. Jika setiap tingkat perlu mendapatkan enam di bawah mereka, nisbah rugi kepada untung adalah hampir 5 kepada 1 – ~84% dari kesemua pelabur akan kehilangan pelaburan mereka. Secara reality Piramid ini tidak akan seimbang dengan sempurna dan sesetengah peserta mungkin mampu mendapatkan sebahagian jumlah peserta mereka, tetapi prinsip yang sama masih diguna-pakai.

MODEL “8 BOLA”

400px-Pyramid8Ball.svgKebanyakan skim pyramid lebih maju (‘’sophisticated’’) berbanding model mudah. Ini mengenali bahawa mendapatkan sejumlah besar peserta baru kedalam skim ini mungkin sukar dengan itu model yang kelihatan lebih mudah digunakan. Dalam model ini setiap orang perlu mendapatkan dua peserta yang lain, tetapi pencapaian mudah ini ditengelami dengan peningkatan tingkat yang diperlukan bagi mendapatkan wang turut meningkat. Skim ini memerlukan seseorang mendapatkan dua orang baru, yang perlu  mendapatkan dua peserta baru, yang perlu mendapatkan dua peserta baru.

SKIM PIRAMID

Selalunya mereka yang mengamalkan skim cepat kaya ini adalah orang-orang yang tak bertanggungjawab. Tapi ramai orang masuk kerana tiada usaha yang perlu dibuat hanya menunggu keuntungannya yang telah dijanjikan berlipat kali ganda. Tiada Produk dikeluarkan, hanya deposit  dari ahli-ahlinya, keuntungannya dari deposit yang dilaburkan oleh ahli-ahli terkemudian. Selalunya keuntungan pelabur awal akan lebih bayak dari pelabur terkemudian.

MODEL

Idea asas bagi setiap penipuan adalah seseorang itu membuat hanya satu pembayaran, tetapi dijanjikan keuntungan berganda dari orang lain sebagai balasannya. Contoh biasa mungkin tawaran yang dengan bayaran, membenarkan mangsa menjual tawaran yang sama kepada orang lain, atau menerima bonus melalui orang yang mereka rujukkan. Setiap penjualan merangkumi bayaran kepada penjual asal.

Jelas, kelemahannya adalah tidak terdapat keuntungan akhir; secara mudah wang itu bergerak ke rantaian atas, dan hanya orang asal (atau paling baikpun, sebahagian kecil peserta) menang dalam penipuan pengikut mereka. Sudah pasti, orang yang dalam keadaan paling buruk adalah mereka yang berada di dasar piramid: mereka yang menyertai skim tersebut, tetapi tidak mampu mendapatkan sebarang pengikut di bawah mereka sendiri. Untuk mengemburkan tindakan ini, kebanyakan skim mempunyai rujukan, maklumat dan persaksian palsu.

Sumber: http://malayanfunder.blogspot.sg/2009/03/apa-itu-skim-piramid.html

Saya tidak masukan Testimoni mereka ini yang memang menggiurkan. Anda sudah pasti akan terserempat testimoni yang menggiurkan di Surat Khabar atau di Facebook atau di mana sahaja di Media social dewasa ini, lebih-lebih lagi dengan penggunaan Internet yang begitu meluas. Kenapa kita terpancing dengan iklan atau testimoni seperti itu . Adalah kerana manusia mempunyai sifat tamak dan hendak cepat dan mudah mendapat kesenangan. Saya dapati Syarikat-syarikat yang menawarkan keuntungan dan perniagaan yang untung berlipat ganda ada persamaannya dengan system Model 8 bebola, ia itu kedalamnya hanya sampai kelevel yang keempat. Dalam sistem tersebut Orang yang di atas sekali mendapat keuntungan yang mana 14 orang yang memberi imbuhan itu. Bagaimana dengan 14 orang ini. Ia mulanya system ini akan Berjaya tetapi sampai bila, sampai bila, sampai bila?……

Mengimbas Sejarah. Terlalu banyak peluang menambah Wang atau peluang perniagaan yang senang dan Mudah. Perhatikan dari http://swisscash.biz/mymoh 1505902 mungkin blog ini telah terkubor kerana wujud pada tahun 2006 (forum). Seperti 1) SWISSCASH, 2) 12dailypro (12 hari sahaja pelaburan sudah menjana 3 kali ganda pendapatan – misal $200 boleh jadi $600), 3) studiotraffic, 4) vasco, 5) fastpercent, 6) SOLIDINVESTMENT, 7) Eaindex, 8) Arabicfund, 9) Buyebarrel, 10) Abbfund, 11) Virgin Gold dan yang baharu adalah 20 Hari Wang Berganda (kalau melabur $200, $400 atau $2000 dalam masa 20 hari jadi berganda.Yang $200 jadi $400, $400 jadi $800 dan $2000 jadi $4000. Mula2 okeylah…last2 jadi mcm yang lain-lain. Orang yang mula-mula masuk okeylah… yang hujung2 parah… kita bukan nak invest 1, 2 tahun sahaja, kalau boleh nak selama-lamanya….

Masa itu segala nasihat semuanya di ketepikan, semuanya dianggap cemburu, sakit hati dan bermacam lagi. Sekarang terbukti semua program itu scam hanya bertahan 1 atau 2 tahun sahaja. Makin besar ganjarannya makin cepat terkubur. Fikir-fikirkanlah… tidakkan sejarah akan perulang sekali program seperti itu?… berhati-hatilah….!!!

Orang yang seperti saya sudah pasti akan dicap sebagai cemburu, iri hati tidak mahu melihat melayu maju dan pelbagai tuduhan. Tulisan saya ini sebenarnya hanyalah untuk membuka minda semua pembaca supaya tidak terpedaya system yang bukan-bukan. Saya tidak kata semua yang mereka kata itu semua bohong, tetapi harus di ingat dalam model 8 bebola dalam 15 pelabur hanya satu yang untung tetapi yang 14 yang lain masih menunggu. Bagaimana kalau ia masuk kumpulan itu bawa 2 orang, tetapi yang 2 itu tidak bergerak?

Memang benar secara lisan memang mudah, tetapi amalinya bagaimana?

Fikir-fikirkanlah sebelum kita terjebak di dalam sesuatu perniagaan yang di katakana menguntungkan. Hanya sedikit yang untung sementara hampir 90% yang rugi.

http://www.treat-cure.com.

Video di atas menceritakan segala-galanya. Adakah ini pemimpin yang harus kita ikuti? Adakah Video di atas Fitnah UMNO/BN terhadap DS Anwar?.Sama-sama kita fikirkan!!…

Memalukan Islam sahaja. Kerana minah macam inilah yang Islam susah berkembang.

Sudah di panggil Polis pun dan di siasat. Alhamdulillah sudah minta maaf. Para penonton ini adalah suatu pengajaran. Sebab pulut santan binasa sebab mulut dan perbuatan badan binasa.

Fikir-fikirkanlah!………..

 

 

Ingat senang ke nak jadi polis bantuan. Kita kena ada procedur yang cukup untuk melatih mereka-mereka yang hendak jadi polis bantuan bukan dengan sembrono.

 

Kalau di lakukan bukan ahlinya inilah yang berlaku. Fikir-fikirkanlah……

 

 

Beginilah keadaannya kalau tidak dapat menahan Emosi. Walau bagaimanapun tindakan Polis yang menyuruh mereka yang berada di kedai-kedai , temple atau rumah-rumah yang  berhampiran tidak turun supaya menyenangkan mereka menguruskan  masalah rusuhan patut di beri kepujian.  Masalah dapat membezakan yang mana mereka yang jujur dan baik dengan perlaku  rusuhan itu.

Rusuhan Ini khabarnya berlaku pada 9.23 malam 8.12.2013 (Ahad) di little India, Singapura.

Tindakan perusuh ini amat mengewakan kita, setelah diberi susu tuba di balasnya. Pemerentah harus mengambil tindakan yang wajar. Supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi. Kami Rakyat Singapura cintakan keamanan, tanpa keamanan keperitan hidup akan berlaku.

Memang Patut di tangkap. Mereka menyangka negara ini adalah di tempat mereka yang boleh berbuat sesuka hati mereka. Syabas Polis dan lain-lain pehak  keamanan yang telah berjaya membantutkan kerakusan mereka itu.

Fikir-fikirkanlah………

Jumpa lagi Insyaallah………

Jangan Di sangka air yang tenang di sangka tiada buaya.

Walaupun di sangka jinak kekadang berbahaya juga. Begitulah mereka-mereka yang selalu berhadapan dengan benda-benda yang berbahaya ini. Tetapi kerana untuk sesuap nasi dan untuk meyara keluarga terpaksalah benda yang merbahaya ini dilakukannya.

Saat Jais - Pakar Urut

www.treat-cure.com
http://treatcure4u.wordpress.com
 
House Call For Ladies only / Perhidmatan Urut Dari Kaum Wanita  Untuk Wanita Sahaja. Sila hubungi:-
 
Chua Chu Kang  Area (Daerah Chua Chu Kang ).
 
1. Hjh Mahani – 96737594 2 Hjh Hamidah – 93860098
3. Puan Jamilah – 91426428    

 

Woodland  Area (Daerah Woodland):

1. Puan Mariati – 96319031 2. Puan Ana Ratnah – 96345114
3. Puan Bibah – 97420314 4. Puan Salama Eusope – 96605967
5. Puan Asnah – 93659310 6. Puan Roslinda – 97997794
7. Puan Misah – 87008154 8. Puan Saripah – 91061704

 

Boon Lay Area (Daerah Boon Lay).

1. Puan Inah – 93592137  2.  Puan Minah – 96683184

 

Yishun Area (Daerah Yishun).

1. Puan Hadisa – 98573037 2. Puan Salamah – 94792045
3. Puan Fauziah – 91792096 4. Puan Fauziah Zee – 90089114

 

Tampiness Area (Daerah Tampiness):

1. Puan Soraya – 94555543 2. Puan Dahlia – 93506911/83667262
3. Puan Liza – 96412314 4. Puan Normala- 96491966
    
Saat Jais - Pakar Urut
 
www.treat-cure.com
http://treatcure4u.wordpress.com
 
Jumpa Lagi………InsyaAllah. 

Berfikirlah dulu sebelum membuat sesuatu perkara yang bodoh itu. Kaji sensitif ketidak  perkara yang di poskan itu. Jangan sudah terlajak perahu baru menyesal kemudian. Saya begitu heran dengan kaum Cina Di Malaysia yang berbuka puasa dengan makanan haram Bak Ku Teh.  Apa sesuatu itu begitu asing bagi mereka. Tidak kah mereka tahu serba sedikit tentang pantang larang budaya dan keugamaan sesuatu kaum.

Video ini pula hasil cipta seorang wanita Melayu yang dikatakan berugama Islam. Kalau nak bergembira dan untuk sama-sama menyambut hari raya. Janganlah samakan manusia dengan binatang. Anda Mangambil air sembayang untuk diri anda dan anda lakukan itu juga untuk anjing anda. Adakah tindakan anda itu betul. Anda mengibaratkan yang kami ini najis seperti anjing Anda? Saya puji kerajaan Singapura dengan Akta Racial Harmoni. Kita sama-sama dapat faedah bersama. berfikrlah sebelum melakukan yang bukan-bukan. Hormatilah pegangan Agama kaum yang lain-lain.

Saat Jais - Pakar Urut

www.treat-cure.com
http://treatcure4u.wordpress.com
 
Jumpa Lagi InsyaAllah……….