Archive for the ‘Berhati-hati’ Category

Thailand keluar waran tangkap ‘Datuk Daniel’

18 APR : Polis Thailand sedang menjejaki tiga rakyat Malaysia termasuk seorang bergelar ‘Datuk’ kerana terbabit aktiviti penipuan melalui skim piramid.

Ahli perniagaan berusia 40 tahun bernama ‘Datuk Daniel’ dan dua pengarahnya yang berumur 38 dan 42 didakwa u fun ltdmenguruskan syarikat UFUN Store Co Ltd yang menipu hampir 100,000 orang di seluruh dunia, termasuk beribu-ribu rakyat Thailand membabitkan hampir 20 bilion baht.

Mereka ialah Tae Kim Leng, 40, pemegang saham dan pengarah syarikat, Lee Kuan Ming, 38, pengarah syarikat dan Wong Ching Hua, 42, pemegang saham dan pengarah syarikat.

Akhbar The Nation melaporkan bahawa pihak berkuasa telah mengeluarkan waran tangkap susulan serbuan polis di ibu pejabat syarikat itu di daerah Bang Na di Bangkok baru-baru ini.

u fun bosEmpat eksekutif syarikat itu yang berumur 34 hingga 40 tahun ditahan atas tuduhan penyelewengan setelah Mahkamah Kriminal Bangkok menolak permohonan jaminan mereka.

Penolong Ketua Polis Thailand, Lt Jeneral Suwira Songmetta dilaporkan berkata, pihak berkuasa merampas beberapa komputer dan pelbagai dokumen yang boleh mengaitkan eksekutif terbabit dengan aktiviti penipuan.

Sebuah kereta mewah termasuk BMW i8, beg tangan berjenama dan jam tangan mewah juga dirampas.

Sumber: BNBBC News.

http://www.bnbbc.my

 

THE LIE IN CHARLIE HEBDO CASE EXPOSED:

(i) “This video showed that the officer WAS NOT HIT by an AK-47 bullet. The blast hits the sidewalk.”
(ii) “WHAT ELSE are they lying about? These guys put on ski masks, but according to the authorities, they decided to leave their IDs in the get away car. That’s how the perpetrators were identified. Really? Come on.”
(iii) ‘The suspects wound up dead. So they are guilty? Case closed?.”

http://stormcloudsgathering.com/charlie-hebdo-shootings-censored-video

Adakah Anda Tidak Tertarik Jika Promosinya Atau Iklan Seperti Dibawah Ini..

Sistem 4D – Duduk, Diam-diam, Doa dan Dapat Duit.

Mereka sibuk buat duit, mengapa kita harus sibuk dengan alasan?

Nyalakan pelita Wang Anda sekarang juga!!!!

Masalah Kewangan??? Sekarang …Anda Menemui Jalan Terbaik….

Jawapan Kepada permasalahan Kewangan Anda….

Melabur Hari Ini!!!… Esuk sudah boleh dapat hasil!!!!…

Berita Baik . Cara Paling Malas Untuk Menjadi Kaya….

Bayar Sekali tetapi pendapatan berulang-kali…..

Duit 1Melihat iklan di atas sudah pasti hati kita akan terbetik untuk mengetahuinya lebih lanjut. Sudah pasti hati kita ini ingin menelipon yang ada beberapa no di sana. Tetapi kita harus pendamkan sementara dan cuba google di internet. Terdapat laman sesawang yang mempermosikan perniagaan seperti ini. Setelah kita amatilah dan membuat sedikit kajian kita akan dapati system ini ada persamaan hampir 100% dengan skim pyramid.

Cuba Lihat Apa Yang Dipaparkan Di Bawah Ini:

Apa Itu Skim Piramid?

Skim piramid ialah model perniagaan yang tidak dapat dikekalkan yang membabitkan pertukaran wang terutamanya bagi mendaftar peserta baru ke dalam skim ini, biasanya tanpa barangan atau perkhidmatan disertakan.

Ketepuan Pasaran

Lebih 90% dari peserta yang terbabit dalam skim pyramid tidak pernah mendapat balik pelaburan awal mereka.

Mereka yang di dasar piramid, tidak kira bagaimana cetek atau dalam ia, akan sentiasa “kehilangan” wang mereka. Ia mudah bagi melihat bilangan di dasar piramid “sentiasa” melebihi jumlah kesemua aras atas, tidak kisah berapa banyak tingkat yang ada. Jika setiap tingkat perlu mendapatkan enam di bawah mereka, nisbah rugi kepada untung adalah hampir 5 kepada 1 – ~84% dari kesemua pelabur akan kehilangan pelaburan mereka. Secara reality Piramid ini tidak akan seimbang dengan sempurna dan sesetengah peserta mungkin mampu mendapatkan sebahagian jumlah peserta mereka, tetapi prinsip yang sama masih diguna-pakai.

MODEL “8 BOLA”

400px-Pyramid8Ball.svgKebanyakan skim pyramid lebih maju (‘’sophisticated’’) berbanding model mudah. Ini mengenali bahawa mendapatkan sejumlah besar peserta baru kedalam skim ini mungkin sukar dengan itu model yang kelihatan lebih mudah digunakan. Dalam model ini setiap orang perlu mendapatkan dua peserta yang lain, tetapi pencapaian mudah ini ditengelami dengan peningkatan tingkat yang diperlukan bagi mendapatkan wang turut meningkat. Skim ini memerlukan seseorang mendapatkan dua orang baru, yang perlu  mendapatkan dua peserta baru, yang perlu mendapatkan dua peserta baru.

SKIM PIRAMID

Selalunya mereka yang mengamalkan skim cepat kaya ini adalah orang-orang yang tak bertanggungjawab. Tapi ramai orang masuk kerana tiada usaha yang perlu dibuat hanya menunggu keuntungannya yang telah dijanjikan berlipat kali ganda. Tiada Produk dikeluarkan, hanya deposit  dari ahli-ahlinya, keuntungannya dari deposit yang dilaburkan oleh ahli-ahli terkemudian. Selalunya keuntungan pelabur awal akan lebih bayak dari pelabur terkemudian.

MODEL

Idea asas bagi setiap penipuan adalah seseorang itu membuat hanya satu pembayaran, tetapi dijanjikan keuntungan berganda dari orang lain sebagai balasannya. Contoh biasa mungkin tawaran yang dengan bayaran, membenarkan mangsa menjual tawaran yang sama kepada orang lain, atau menerima bonus melalui orang yang mereka rujukkan. Setiap penjualan merangkumi bayaran kepada penjual asal.

Jelas, kelemahannya adalah tidak terdapat keuntungan akhir; secara mudah wang itu bergerak ke rantaian atas, dan hanya orang asal (atau paling baikpun, sebahagian kecil peserta) menang dalam penipuan pengikut mereka. Sudah pasti, orang yang dalam keadaan paling buruk adalah mereka yang berada di dasar piramid: mereka yang menyertai skim tersebut, tetapi tidak mampu mendapatkan sebarang pengikut di bawah mereka sendiri. Untuk mengemburkan tindakan ini, kebanyakan skim mempunyai rujukan, maklumat dan persaksian palsu.

Sumber: http://malayanfunder.blogspot.sg/2009/03/apa-itu-skim-piramid.html

Saya tidak masukan Testimoni mereka ini yang memang menggiurkan. Anda sudah pasti akan terserempat testimoni yang menggiurkan di Surat Khabar atau di Facebook atau di mana sahaja di Media social dewasa ini, lebih-lebih lagi dengan penggunaan Internet yang begitu meluas. Kenapa kita terpancing dengan iklan atau testimoni seperti itu . Adalah kerana manusia mempunyai sifat tamak dan hendak cepat dan mudah mendapat kesenangan. Saya dapati Syarikat-syarikat yang menawarkan keuntungan dan perniagaan yang untung berlipat ganda ada persamaannya dengan system Model 8 bebola, ia itu kedalamnya hanya sampai kelevel yang keempat. Dalam sistem tersebut Orang yang di atas sekali mendapat keuntungan yang mana 14 orang yang memberi imbuhan itu. Bagaimana dengan 14 orang ini. Ia mulanya system ini akan Berjaya tetapi sampai bila, sampai bila, sampai bila?……

Mengimbas Sejarah. Terlalu banyak peluang menambah Wang atau peluang perniagaan yang senang dan Mudah. Perhatikan dari http://swisscash.biz/mymoh 1505902 mungkin blog ini telah terkubor kerana wujud pada tahun 2006 (forum). Seperti 1) SWISSCASH, 2) 12dailypro (12 hari sahaja pelaburan sudah menjana 3 kali ganda pendapatan – misal $200 boleh jadi $600), 3) studiotraffic, 4) vasco, 5) fastpercent, 6) SOLIDINVESTMENT, 7) Eaindex, 8) Arabicfund, 9) Buyebarrel, 10) Abbfund, 11) Virgin Gold dan yang baharu adalah 20 Hari Wang Berganda (kalau melabur $200, $400 atau $2000 dalam masa 20 hari jadi berganda.Yang $200 jadi $400, $400 jadi $800 dan $2000 jadi $4000. Mula2 okeylah…last2 jadi mcm yang lain-lain. Orang yang mula-mula masuk okeylah… yang hujung2 parah… kita bukan nak invest 1, 2 tahun sahaja, kalau boleh nak selama-lamanya….

Masa itu segala nasihat semuanya di ketepikan, semuanya dianggap cemburu, sakit hati dan bermacam lagi. Sekarang terbukti semua program itu scam hanya bertahan 1 atau 2 tahun sahaja. Makin besar ganjarannya makin cepat terkubur. Fikir-fikirkanlah… tidakkan sejarah akan perulang sekali program seperti itu?… berhati-hatilah….!!!

Orang yang seperti saya sudah pasti akan dicap sebagai cemburu, iri hati tidak mahu melihat melayu maju dan pelbagai tuduhan. Tulisan saya ini sebenarnya hanyalah untuk membuka minda semua pembaca supaya tidak terpedaya system yang bukan-bukan. Saya tidak kata semua yang mereka kata itu semua bohong, tetapi harus di ingat dalam model 8 bebola dalam 15 pelabur hanya satu yang untung tetapi yang 14 yang lain masih menunggu. Bagaimana kalau ia masuk kumpulan itu bawa 2 orang, tetapi yang 2 itu tidak bergerak?

Memang benar secara lisan memang mudah, tetapi amalinya bagaimana?

Fikir-fikirkanlah sebelum kita terjebak di dalam sesuatu perniagaan yang di katakana menguntungkan. Hanya sedikit yang untung sementara hampir 90% yang rugi.

http://www.treat-cure.com.

Yang di atas ini pula, kita berdoa untuk mereka-mereka yang tahu dimana mereka berada dan supaya agar mendapat keselamatan, tetapi dia ini melalut tak tentu pasal. Agaknya budak ini tak pernah belajar sivik tak? Apakah Islam mengajar secara kurang ajar begini? Fikir-fikirkanlah….. Hari ini  keluarga sesaorang yang di timpa musibah, kalau terkena keluarga kita bagaimana?

YB Nizar Pula mempersendakan kejadian ini. Adakah ini kualiti Parti Pembangkang. Nama sahaja sekolah tinggi, tetapi perangai kebudak-budakan. Orang bersedih atas trajidi ini, dia pula mempersendakannya. Tak tahu apa nak jadi dengan Dunia ini. Orang yang berilmu juga bodoh dalam memberi komen dan pandangannya.

Insya-Allah Jumpa lagi…….

Taufan Haiyan – Filipina.

Posted: November 24, 2013 in Bahaya, Berhati-hati, Umum
Tags: , ,

Apa kata Ustaz Fathulbari berkenaan Taufan Haiyan yang berlaku di Filipina? Lihat Video di atas.

Dikatakan Taufan Haiyan ini adalah taufan paling kuat dan dahsyat yang pernah dicatatkan di dunia. Berkelajuan 315km sejam dan telah meragut lebih 10000 nyawa. Wilayah tengah Filipina kini bagaikan padang jarak padang tekukur.

Taufan Haiyan turut mengakibatkan kemusnahan teruk sekurang-kurangnya di enam daripada 7,000 kepulauan negara itu termasuk Leyte, Pulau Samar dan bahagian utara Cebu paling teruk terkesan.

Ramai yang menyatakan ianya adalah sebab dari perubahan cuaca dan sebagainya. Mereka menyatakan ribut sebegini berlaku pada setiap tahun cuma kali ini ianya bukan seperti tahun² tahun lalu. Namun desas desus juga menyatakan ianya akibat daripada mereka merobohkan masjid pada September 2013 lalu sehingga terbunuh beberapa orang Islam. Ada juga umat Islam yang ditembak dalam proses merobohkan masjid tersebut.

Sumber: http://abuaqifstudio.blogspot.sg/

Kejadian itu berlaku di tahun 22 June 2010 untuk protes penjaminan pendidikan di pemerintahan punjab mereka rela mengorbankan diri agar tuntutan mereka di penuhi. Sanggupkah anda berbuat demikian untuk membakar diri sendiri?.

Tindakan protes keatas pemerintahan punjab, dan perstiwa ini terjadi secara tidak sengaja karena niatnya hanya membakar selendang sari (kain kerudung yg digunakan wanita india), tetapi karena bahan bakar yg dipegang wanita yg terbakar mudah dan tinggi menangkap api, maka dengan mudahnya api menyambar dan membakar pakaian korban.

Fikir-fikirkanlah………………

Jangan Di sangka air yang tenang di sangka tiada buaya.

Walaupun di sangka jinak kekadang berbahaya juga. Begitulah mereka-mereka yang selalu berhadapan dengan benda-benda yang berbahaya ini. Tetapi kerana untuk sesuap nasi dan untuk meyara keluarga terpaksalah benda yang merbahaya ini dilakukannya.

Saat Jais - Pakar Urut

www.treat-cure.com
http://treatcure4u.wordpress.com
 
House Call For Ladies only / Perhidmatan Urut Dari Kaum Wanita  Untuk Wanita Sahaja. Sila hubungi:-
 
Chua Chu Kang  Area (Daerah Chua Chu Kang ).
 
1. Hjh Mahani – 96737594 2 Hjh Hamidah – 93860098
3. Puan Jamilah – 91426428    

 

Woodland  Area (Daerah Woodland):

1. Puan Mariati – 96319031 2. Puan Ana Ratnah – 96345114
3. Puan Bibah – 97420314 4. Puan Salama Eusope – 96605967
5. Puan Asnah – 93659310 6. Puan Roslinda – 97997794
7. Puan Misah – 87008154 8. Puan Saripah – 91061704

 

Boon Lay Area (Daerah Boon Lay).

1. Puan Inah – 93592137  2.  Puan Minah – 96683184

 

Yishun Area (Daerah Yishun).

1. Puan Hadisa – 98573037 2. Puan Salamah – 94792045
3. Puan Fauziah – 91792096 4. Puan Fauziah Zee – 90089114

 

Tampiness Area (Daerah Tampiness):

1. Puan Soraya – 94555543 2. Puan Dahlia – 93506911/83667262
3. Puan Liza – 96412314 4. Puan Normala- 96491966
    
Saat Jais - Pakar Urut
 
www.treat-cure.com
http://treatcure4u.wordpress.com
 
Jumpa Lagi………InsyaAllah.