Khasiat Dan Kebaikan Cengkih

Posted: December 3, 2013 in Health Information, Kembali Kepada Alami, Natural Herbs, Terapi Alternatif
Tags: , ,

cengkihCengkih mempunyai berbagai-bagai nama bergantung kepada daerah atau negeri. Clove (Inggeris), Cengkih (Indonesia) Wunga Lawang (Bali), Ley-nyin-bwint (Burma), Ding Heung (China), Laung Lavang, Lavungam (India) dan Gahu Plu (Thai). Nama saitifik cengkih adalah Eugenia Aromaticum yang mengandungi minyak astiri, mengandungi senyawa kimia yang dikenali sebagai Eugenol, asid Oleonolat, asid galotanat, fenillin, karyofillin, lilin (resin) dan gum. Cengkih juga mempunyai tinggi nilai pelbagai miniral termasuk besi, magnesium, fosforos, natrium, kalsium, asid hidroklorik, kalium dan Vitamin C, K dan A dan kaya dengan makanan yang berserat.

Cengkih biasanya digunakan sebagai perencah masakan. Sama ada dalam bentuk yang semula jadi atau dalam bentuk serbuk atau rempah. Ia digunakan samaada di Asia atau di benua Eropah.

Cengkih3Dapat meningkatkan kesihatan dalam penyediaan makanan. Dalam kajian Universiti Kansas di Amerika Syarikat berkaitan rempah-ratus mendapati cengkih boleh dijadikan anti-bakteria dalam membantu memusnahkan Escherichia Coli Infection ( E Coli) dalam daging.Caranya digaul satu sudu cengkih pada daging sebelum memasak sebagai satu cara untuk menjadikan hidangan enak dan menyihatkan.

Eugenol bahan kimia yang terdapat dalam cengkih dapat membantu mencegah pembekuan darah dan membantu mencegah berlakunya Stroke.

Mengandungi anti oksidan yang dapat mencegah kerosakan Sel supaya tidak terjadinya barah (cancer). Dapat membantu merangsang pengaliran darah, meningkatkan pencernaan dan meningkatkan Metabolisma tubuh.

Dapat membantu penjagaan gigi dan melegakan sakit gigi, sakit gusi dan ulcer mulut. Perisa dari minyak cengkih dapat menyekat  pertumbuhan bacteria. Untuk mendapatkan gusi yang sehat , masukan satu atau 2 sudu teh cengkih dalam satu cawan teh pekat dan di minum.

Selain mengurangi sakit gigi dan gusi, cengkih juga dapat mengurangi infeksi kerana sifat antiseptiknya. Minyak cengkih juga bermanafaat mengurangi rasa sakit gigi berlubang:.

  • Rebus segelas air dan di tambah beberapa butir cengkih. Setelah suam berkumur-kumurlah perlahan-lahan.
  • Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, Asam Gelugur, Halia dan lada Sulah. Sumbatkan ramuan yang telah digaul sebati itu kedalam lubang gigi yang sakit. Insyaalah sakit gigi itu akan segera hilang dan beransur pulih. Boleh juga dengan mengunyahnya bersama Halia.

 Menghilangkan Bau Mulut. 

  • Kunyah beberapa kuntum bunga cengkih hidup atau yang telah kering.
  • Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkih dan 3 ulas bawang putih, kemudian gosokan kepada gigi berkumur-kumur sehingga bersih. Lakukan 3 hari sekali.

Menyembuhkan Penyakit Campak.

Caranya rendam semalaman 10 biji cengkih di dalam air masak. Tambah gula batu dan kacau sehingga rata. Minumlah sedikit demi sedikit secara teratur.

 Mengubati Batuk.

Dengan mencampurkan bersama-sama bahan-bahan lain seperti Sireh, Pelaga, Gula Batu. Bahan dicampur dan direbus, kemudian airnya ditapis dan diminum dua kali sehari untuk menghilangkan batuk.

Untuk Mengelakan Batuk Yang Berkahak.

  • Ambil beberapa butir cengkih dan sedikit garam dapur. Kunyahlah kedua-duanya secara bersama. Cara ini memudahkan pengeluaran kahak dan juga mengurangkan rasa gatal pada tenggorok.
  • Kunyahlah beberapa biji Cengkih yang telah dibakar.

Cengkih2Dalam penyelidikan ahli penyelidik Jepun, mendapati Cengkih mengandungi anti Oksidan. Anti Oksidan ini dapat membantu mencegah kerosakan sel yang boleh menyebabkan penyakit barah (Cancer) Perubatan traditional juga menggunakan cengkih sebahagian  campuran untuk rawatan Gout.

Dalam perubatan Cina pula, Cengkih sering digunakan untuk mencegah mual dan mengatasi pencernaan. Ia juga digunakan dalam berbagai bentuk mual perut dan gangguan pencernaan (dyspepsin). Selain mual  dan masalah pencernaan, Cengkih juga dipercayai dapat merawat masalah penghazaman, Cirit-birit, angin pasang (hernia) dan kurap serta penyakit celah jari kaki (athlete’s foot)-lain penyakit jangkitan kulat. Rebusan cengkih bersama daun basil dan pudina, di percayai dapat menurunkan Tekanan Darah Tinggi.

Mengawal Rasa Mual Dan Pening.

Kemam atau hisap bunga cengkih dan mamah sedikit dengan kemenyan putih.

Mengawal Muntah.

Pengambilan serbuk cengkih goring dengan madu dapat secara berkesan mengawal muntah. Tindakan lalian (anesthesia). Cengkih membantu menangan nyilu perut dan juga menghentikan muntah-muntah.

Sembelit.

Buah manjakani, buah pala, bunga lawang dan bunga cengkih digiling halus kesemuanya. Bahagikan kepada tiga bahagian sama banyak. Minum sebanyak tiga pagi bersama air suam yang dicampur dengan madu dan telur ayam (Sebaik-baiknya telur ayam kampong).

Di India cengkih digunakan untuk merawat penyakit pernafasan dan penghadaman.

Menghgilangkan Bau Peti Sejuk.

Masukkan segelas kecil bunga cengkih kedalam peti sejuk untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan. Boleh juga dibubuh beberapa ketul arang.

Dapat Menghilangkan Radang Hati.

Minumlahlah susu kambing yang dicampur dengan bunga cengkih dan madu asli. Susu tersebut hendaklah di panaskan setiap pagi dan petang.

Mengelakan Semut.

Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih di dalam bekas berisi gula bagi mengelakan semut. Semut akan hilang dan gula pula berbau harum.

Masalah Tenaga Bathin.

  • Masak cengkih dengan minyak zaitun dan biarkan sejuk. Sapu dan urut pada alat kelamin pria (lelaki) beberapa ketika sebelum bersetubuh. Hasilnya kelazatan yang tidak terhingga serta mempercepatkan inzal untuk kaum wanita.
  • Digalakan makan bunga cengkih, kulit kayu manis dan bunga lawang dan elakan makanan yang berangin. Minum madu lebah dan sebiji telur ayam kampong dapat memulihkan kelemahan tenaga bathin.

Empat unsur kimia yang utama bertanggung jawab menjadikan cengkih analgesic yang kuat, anastetik, anti radang dan kesan anti bacteria, serta mempunyai aromatic yang tersendiri yang dipanggil eugenol. Eugenol yang sering di ekstrak dari cengkih digunakan sebagai antiseptic semula jadi tempatan dan analgestik pergigian dan sakit gigi.

Menghindari Masalah Gagap.

Makan 21 biji cengkih setiap hari. Rebus 100 gm jintan manis dengan 2 cawan air selama 15 minit. Minum air rebusan tersebut setiap pagi sebelum sarapan.

Masalah Haid.

Merendam 7 biji bunga cengkih kedalam segelas air panas. Setelah suam minum air itu. Insyaallah dapat mengatasi masalah kesakitan masa kedatangan haid akan hilang.

Menghilangkan Kesan Kulit Hitam Di Muka.

Tumbuk sehingga halus bahan ini pucuk jambu batu, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Campurkan sedikit minyak zaitun dan sapulah pada kulit muka sebanyak 2 kali sehari. Jauhi daripada makanan yang berminyak.

Meningkatkan Degupan Jantung Yang Lemah.

Dikunyah bunga cengkih yang sudah kering, dihisap airnya, dilakukan setiap hari. Minyak cengkih dapat memperkuatkan lender usus dan perut serta menambah jumlah darah putih.

Menghitamkan Alis Mata.

Ambil 5 -7 biji bunga cengkih dibakar hangus, kemudian ditumbuk sampai halus dan ditambah dengan minyak kemiri (buah keras) secukupnya. Dioleskan pada alis mata setiap pagi.

Untuk Melegakan Stress.

Didihkan air dengan daun pudina, daun kemangi dan cengkih. Gunakan air rebusan ini sebagai minuman teh hitam dengan menambah sedikit madu.

Selsema.

Rebuskan Jus halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada sulah dengan sukatan yang sama banyak (Satu Sudu Besar) kedalam 1 liter air. Minum air rebusan tersebut ketika air masih suam.

Comments
  1. Dinc Saundi says:

    terbaik…artikel yang berguna

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s