Posts Tagged ‘Obat Tradisional’

Khasiat Daun Belalai Gajah

Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass telah lama dikenal pasti mempunyai antioksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia. Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.

Muhammad Nur Shahir Mat Hussin, 24, mengidap aplastic aneamia sejak kecil.

Aplastic aneamia adalah satu keadaan yang mana sum-sum tulang tidak menghasilkan sel-sel baru yang mencukupi untuk mengisi sel-sel darah.

daun belalai gajahPenyakit itu menyebabkan beliau asyik tidur kerana keletihan dan tidak dapat tidur lena pada waktu malam kerana terlalu banyak makan ubat. Menurutnya, pada tahun 2009, dia mengidap diabetes sehingga memaksanya mengambil insulin sebanyak empat kali sehari. Bagaimanapun, kesihatannya mula berubah selepas mengambil produk daun belalai gajah pada Jun tahun lalu.

Jelasnya, mulai Oktober tahun yang sama, dia mengambil kapsul dan jus ekstrak belalai gajah dan keadaan kesihatannya semakin bertambah baik.

Pekerja kilang, Nur Amirah Mohd. Adi, 18, mengidap neprhotic syndrome sejak kecil.

Masalah tersebut merujuk kepada gangguan buah pinggang yang menyebabkan pengidapnya kurang kencing atau mengalami kencing tidak lawas. Katanya, akibat penyakit itu, kaki menjadi bengkak, perut buncit dan berat badan bertambah, mata kuning serta tidak dapat tidur lena pada waktu malam. “Ketika berumur lima tahun, saya pulih selepas mengambil steroid tetapi penyakit tersebut kembali berulang ketika berumur 16 tahun menyebabkan saya terpaksa berhenti sekolah,” ujarnya.

Pelajar tingkatan satu, Muhammad Al Saddiq Fajar, 12, mengidap thalassaemia dengan kadar ferritin dalam darah yang tinggi iaitu pada bacaan 6,779. Katanya, pada bulan September tahun lalu, dia mula mengambil cecair pati belalai gajah dan selepas itu, tubuhnya mula menunjukkan pemulihan dengan kadar ferritin menurun kepada bacaan 4,000 semasa ujian kesihatan dijalankan pada Oktober tahun lalu.

“Ketika sakit, saya perlu mengambil darah sebanyak dua paket sebanyak dua kali sebulan selain perlu menjalani rawatan mencuci darah,” katanya. Kesan pengambilan produk belalai gajah juga dapat dirasakan oleh kakaknya, Fatin Farhana Fajar, 15, yang turut mengidap penyakit yang sama.

Penasihat kewangan, Nasir Musa, 41, menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan tahap kolesterol tinggi. “Sebulan saya mengambil produk ini, telah menunjukkan kesan secara fizikal yang mana bila saya membuang air kecil tidak lagi berbuih seperti biasa.”ujarnya

Demikian beberapa pengalaman daripada pengguna mengenai khasiat daun belalai gajah tersebut. Bagaimanapun mereka yang ingin mencubanya tidak menganggap daun tersebut sebagai kaedah merawat atau ubat sebaliknya hanya membantu mengatasi masalah yang mereka alami.

The above Video is taken from Channel News Asia – on 24.11.2008

We are doing Manhood Therapy for men who have low sexual desire or Erectile Dysfuntion. Normally, most of the Erectile Dysfuntion problem comes from the side effect problem from high blood pressure, diabetes and also because of stress.

Sometimes it also sprung from masturbating too often, too much sex and also because of frequent use of probihited material which are popular in the market, those products do not get the approval from Health Authority (HSA) or more well-known with call “Illegal Viagra”. Be careful, because this product can jeopardize the health of consumers.

This sequence of manhood therapy takes 1 hours. Whole body fo 40 – 45 minutes and massage at the private area about 15 – 20 minutes. This massage can help convalesscence of Erectile Dysfuntion…..Customer must do more or frequent massages, exercise and also take health supplement or nutrition. We also introduce health products which can help boost endurance for Erectile Dysfuntion.

You can surf at our web: www.treat-cure.com

Not only for men, we also provide services for women at your own house.

House Call For Ladies Only / Perhidmatan Urut Dari Kaum Wanita  Untuk Wanita Sahaja. Sila hubungi:-

Click Picture / Klik Gambar

Service 1

Important Note: We provide only female massage therapists (masseuses) for Ladies; and Male Massage therapist (masseurs) for Men only.

Klik Gambar / Click Picture
bekam-1body_pictures__188_man2 Service 1 Oil 1Types Of Massage (Jenis Urutan)
 urut9 Urut 4 Urut10   Doa
 dalamkaabah+1
 

Urut Lemah Tenaga Bathin

Video di atas adalah petikan dari Channel News Asia – Pada 24.11.2008

Melakukan Urutan Lemah Tenaga Bathin untuk kaum Bapa yang bermasalah. Kebanyakan penyakit Lemah Tenaga Bathin berpunca dari masalah penyakit Darah Tinggi , Kencing Manis dan juga akibat tekanan (Stress).

Adakalanya juga berpunca dari terlalu kerap beronani, atau seks keterlaluan, juga kerana kerap menggunakan bahan-bahan terlarang yang banyak di jual di pasaran, ia itu produk yang tidak mendapat kelulusan dari Pehak Kesihatan (HSA) atau lebih terkenal dengan panggilan “Illegal Viagra”. Ini merbahaya dan boleh menjejas kesihatan si pengguna. Berhati-hatilah.

Cara Urutan

Urutan ini mengambil masa selama 1 jam. Ia itu Urut seluruh badan selama 40-45 minit dan urut di tempat angguta sulit lebih kurang 15-20 minit. Urut ini dapat membantu kesembuhan Lemah Tenaga Bathin……InsyaAllah. Cuma pelanggan di galakan lebih kerap melakukan urutan, bersenam dan juga menjaga pemakanan. Kami juga akan memperkenalkan produk-produk kesihatan yang dapat membantu meningkatkan lagi daya tahan untuk Lemah Tenaga Bathin ini.

Anda juga boleh menglunsur di web Saya www.treat-cure.com .

Selain untuk kepentingan Kaum Bapa, kami juga menyediakan perhidmatan kerumah untuk kaum wanita.

Perhatian Penting: Kami menyediakan terapi urut wanita untuk wanita dan terapi urut lelaki untuk lelaki.

Urut

 Saat Jais - Pakar Urut

www.treat-cure.com
http://treatcure4u.wordpress.com
 
 
 
Jumpa Lagi………

Khasiat Buah Rambutan

Sumber: www.iptek.net.id

Selain sedap dimakan, rambutan juga memiliki sejumlah khasiat bagi kesehatan. Berbagai referensi menyebutkan, khasiat rambutan yang baik untuk kesehatan tidak lepas dari kandungan kimia di dalamnya. Sebab buah rambutan mengandung senyawa tannin. Sedangkan bijinya mengandung polifenol yang cukup tinggi. Komposisi zat kimia di dalam biji ini boleh menghasilkan khasiat hipoglikemik untuk menurunkan kadar gula darah. Sedangkan kulit buahnya mengandung saponin.

Sejumlah pakar tanaman obat juga meyakini isi buah rambutan mengandung zat yang cukup lengkap. Mulai dari karbohidrat, protein, lemak, fosfor, besi, kalsium, sampai vitamin C. Sejumlah penyakit boleh diobati dengan buah rambutan.

Kencing manis

Salah satunya. Caranya, lima buah rambutan yang sudah masak, dipisahkan bijinya, Kemudian biji tersebut dipotong menjadi bagian-bagian kecil terus digoreng hingga warnanya kuning kehitaman. Biji ini kemudian ditumbuk hingga halus, dan dicampur dengan air panas. Setelah dingin, bagian air yang berwarna kekuningan diminum. Sedangkan ampas atau endapannya dibuang. Ini dilakukan sebelum makan sebanyak satu hingga tiga kali sehari.

Demam:

Kulit buah rambutan juga berkhasiat untuk mengatasi demam. Sebanyak 15 gram kulit buah yang kering lalu dicuci dan direbus dengan tiga gelas air hingga mendidih. Setelah dingin lalu disaring dan diminum. Ini dilakukan tiga kali sehari.

Mengurangi Uban Di Rambut

Rambutan juga boleh dimanfaatkan untuk mengurangi uban. Yang digunakan adalah daunnya. Caranya, daun rambutan secukupnya lalu ditumbuk hingga halus. Selanjutnya tambahkan sedikit air dan digaul hingga rata. Kemudian peraslah airnya lalu ditapis. Air ini kemudian digunakan untuk membasahi rambut. Agar hasilnya maksima, lakukan hal ini setiap hari hingga rambut terlihat lebih hitam.

Sariawan (Pecah-pecah bahagian dalam Mulut – Ulcer)

Cuci kulit kayu rambutan (tiga ruas jari), lalu rebus dengan dua gelas air bersih sampai tersisa satu gelas. Gunakan untuk berkumur selagi hangat .

Sila Lawat Lelaman: 

www.treat-cure.com                 

http://saatjais.formor.com

http://rrcorner.wordpress.com

Saat Jais - Pakar Urut

Jumpa Lagi Insya-Allah……

Rambut Jagung Luruhkan Batu Empedu (Batu Karang)

16/6/2009

Sumber : http://kesehatan.kompas.com/read/xml/2009/06/16/13122799/rambut.jagung.luruhkan.batu.empedu

Selama ini Anda mungkin mencari kaedah atau solusi alami untuk mengatasi masalah batu empedu.atau batu karang. Boleh jadi rambut jagung adalah pilihannya. Kerananya, sebagai terapi awal, rambut jagung ternyata memiliki potensi yang amat besar untuk meluruhkan atau pun menghancurkan batu empedu (batu karang). Beberapa ujian telah di buat  laboratorium, yang  telah menguatkan sangkaan dan dugaan ini.

Rambut jagung dalam kehidupan sehari-hari lebih dilihat sebagai limpahan dari industri pemakanan ataupun keperluan rumah tangga. Padahal, seperti diungkapkan ahli tanaman obat Dr.Setiawan Dalimartha, sebagian besar masyarakat sudah memanfaatkan air rebusan rambut jagung sebagai obat tradisional untuk peluruh air seni dan penurun tekanan darah (darah tinggi).

Penelitian mengenai kandungan rambut jagung sayangnya masih terbatas dan belum banyak disiarkan ataupun di terbitkan. Namun, beberapa penelitian menunjukan dijumpai adanya kandungan flavonoid yang bermanfaat sebagai peluruh batu empedu.

Sebelum Anda mengambil atau meminumnya pastikan memilih rambut jagung yang masih segar. Maksudnya, pilih jagung yang segar dan ambil rambut jagung yang sebahagiannya masih terbungkus dipelepah jagung.

“Jadi bukan yang di luar. Karena rambut jagung bagian dalam jauh lebih bersih dan banyak mengandung zat yang bermanfaat,” kata Setiawan.

Tertarik untuk mencoba? Cara meramunya (menyediakannya) tersangatlah mudah.

Peluruh batu empedu

Siapkan 30 gram rambut jagung, rebus dengan air secukupnya. Setelah mendidih, saring (tapis) airnya lalu disejukan. Saring  (tapis) kembali, dan setelah sejuk bolehlah diminum. Minum ramuan ini sehari sekali.

Pereda panas dalam

Siapkan 30-40 gram rambut jagung dan irisan daun pandan. Rambut jagung dan daun pandan direbus dengan air secukupnya. Setelah sejuk, saringlah (tapislah) lalu diminum.

Peluruh kencing (diuretik)

Siapkan 30-50 gram rambut jagung dan satu rimpang jahe (halia) ukuran sedang. Rebus bahan-bahan dengan air secukupnya. Setelah dingin, saring. Boleh ditambah madu.

Sumber : http://kesehatan.kompas.com/read/xml/2009/06/16/13122799/rambut.jagung.luruhkan.batu.empedu

 

Sila Lawat Lelaman :

www.treat-cure.com                

http://saatjais.formor.com

 

Saat Jais - Pakar Urut

Jumpa Lagi Insya-Allah…….

Buah Naga Banyak Khasiat – Buah Naga Merah Banyak Khasiat

Oleh: ZAINUDDIN ZAIN

Sumber :http://www.azlina.net/blog/index.php/2006/09/23/buah-naga-banyak-khasiat/

MASIH ramai rakyat negara ini tidak tahu cara memakan buah ini kerana bentuknya yang ganjil, dengan kulit luar berwarna merah dan mempunyai sayap seperti seekor naga sehingga ia mendapat nama buah naga (dragon fruit).

Jangan ketawa jika ada orang yang memotong kulitnya seperti memakan buah epal, walaupun cara sebenar memakan buah naga ialah dengan memotong dua dan menceduk isinya dengan menggunakan sudu.

Bagaimanapun, di sebalik rupanya yang ganjil, buah naga daripada keluarga cactacea yang tergolong dalam spesies kaktus dan semakin mendapat tempat di kalangan petani moden negara ini, sebenarnya kaya dengan khasiat.

Buah naga mempunyai isi seperti buah kiwi. Pada masa ini, buah naga yang isinya berwarna putih lebih mudah didapati di pasaran, tetapi mengikut pakar pemakanan dan perubatan, buah yang isinya berwarna merah mempunyai lebih banyak khasiat.

Secara amnya, pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.

Mengikut wakil Johncola Pitaya Food R&D, syarikat penanaman dan penyelidikan buah naga merah terbesar di negara ini, AL Leong, buah kaktus madu itu cukup kaya dengan pelbagai zat vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisma dalam badan manusia.

Kajian menunjukkan buah naga merah ini sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.

Kajian juga menunjukkan buah ini boleh mencegah kanser usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam badan, katanya.

Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung; serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet); karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit); kalsium (menguatkan tulang) dan fosferos (pertumbuhan tisu badan).

Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah; vitamin B1 (mengawal kepanasan badan); vitamin B2 (menambah selera); vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).

Leong berkata, satu lagi fakta menakjubkan ialah berdasarkan kajian terkini, khasiat buah naga tidak terhad kepada buahnya, tetapi turut wujud pada keseluruhan pokok.

Katanya, buah naga juga boleh dijadikan pencuci mulut yang lazat.

Syarikat kami juga mengeluarkan produk jus, jem, dan wain merah daripada buah ini. Pada masa sama, buah yang belum masak boleh dimasak sup dan dicampur dengan daging, ekor atau tulang, katanya.

Leong berkata, bunga buah naga pula boleh digoreng sebagai sayuran, dijadikan ulam dan juga boleh dikeringkan untuk dijadikan teh bunga.

Bunga pokok ini mempunyai kadar debunga yang tinggi kerana tempoh ia mekar penuh terlalu singkat, sekali gus menyebabkan lebah dan serangga lain tidak sempat mengambil debunganya secara penuh berbanding bunga lain yang mekar berbulan-bulan.

Debunga bunga buah naga juga mempunyai khasiat tinggi dan cukup baik untuk kesihatan manusia, katanya.

Leong berkata, dahan pokok buah naga juga boleh dijadikan salad, ulam, digoreng dengan sambal belacan dan dimasak sup, yang terbukti berkesan untuk membuang toksik dalam badan dan mencuci perut.

Di Amerika Selatan, dahan buah naga dihancurkan dan diperam untuk dijadikan makanan ternakan seperti lembu dan kambing. Ia terbukti mampu meningkatkan kadar susu, selain kualiti ternakan berkenaan, katanya.

Leong berkata, pada masa ini buah naga atau nama saintifiknya Epiphytes atau Pitaya dan berasal dari Amerika Selatan digemari kaum Cina yang menggelarnya Paw Wang Fa Kor.

Kita sekarang cuba mempromosikan buah ini kepada seluruh rakyat Malaysia bukan hanya kerana rasanya yang enak, tetapi juga sangat berkhasiat. Tidak hairanlah harganya mahal.

Bagaimanapun, kita sekarang cuba menggalakkan lebih ramai orang di negara ini menanam buah naga dengan menawarkan insentif menarik, termasuk menjual pokok pada harga murah dan jaminan pembelian semula buah daripada petani, katanya.

Leong berkata, kelebihan pokok buah naga ialah ia tahan lasak, termasuk tahan serangan serangga, berikutan ia spesies pokok kaktus, menyebabkan racun serangga tidak perlu digunakan ketika penanaman.

Seperti kita sedia maklum, bahan makanan yang bebas daripada penggunaan racun serangga adalah yang terbaik untuk kesihatan, katanya.

KEBAIKAN

Tingkat daya tahan

Kurangkan metabolisma badan

Baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah

Kurangkan tekanan emosi

Neutralkan toksik dalam darah

Cegah kanser usus

Cegah kandungan kolesterol tinggi

Turunkan kadar lemak

Sumber: http://www.azlina.net/blog/index.php/2006/09/23/buah-naga-banyak-khasiat/

Sila  Surf: www.treat-cure.com                   http://saatjais.formor.com

Saat Jais - Pakar Urut

Jumpa Lagi Insya-Allah……..