Khasiat Timun

Cucumbers 3 1.  Diet Harian

  • Timun bagus untuk menurunkan berat badan kerana kandungan kalorinya rendah tetapi tinggi kandungan air.
  • Amalan memakan timun membantu mengatasi sembelit.
  • Kajian mendapati sesetengah sebatian dipanggil sterol kolestrol di dalam timun membantu mengurangkan paras kolestrol.
  1. Kulit.
  • Kandungan air yang tinggi, vitamin A, B, C dan mineral tertentu seperti magnesium, kalium serta silika menjadikan timun bagus untuk kulit.
  • Masker yang dihasilkan daripada timun boleh digunakan untuk mengatasi masalah ketegangan kulit.
  • Asid askorbik dan asid caffeic dalam timun membantu mengurangkan keadaan bengkak di bawah mata.
  • Kulit timun membantu memberi kelegaan pada kulit yang disebabkan oleh sinaran matahari.

Cucumber and slices isolated over white background   3.  Rambut.

  • Timun membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat kerana ia mengandungi silikon dan sulfur.

4. Sistem Penghadaman.

  • Jus timun segar membantu mengurangkan masalah ulser mulut keasidan, pedih hulu hati dan gastrik.
  • Kandungan air yang tinggi dan serat makanan dalam timun membantu mengurangkan toksin dari sistem penghadaman.

5.  Penyakit.

  • Kajian mendapati timun mengandungi lariciresinol, pinoresinol dan secoisolariciresinol-3 lignans yang membantu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser payudara, kanser prostat, kanser rahim dan kanser ovari.
  • Jus timun bermanfaat untuk penyakit kencing manis. Ia mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas untuk menghasilkan insulin.
  • Pengambilan kerap membantu melarutkan kencing atau batu karang.
  • Timun kaya dengan vitamin A, B1, B6, C, D, folat, kalsium, magnesium dan kalium. Apabila dicampur dengan jus lobak merah, ia membantu melegakan gout dan sakit arthritis dengan merendahkan tahap asid urik.
  • Jus timun mengandungi banyak kalium, magnesium dan serat yang berfungsi untuk mengawal tekanan darah.

   6. Gusi dan Gigi.

  • Juga timun juga bermanfaat bagi anda yang mengalami masalag gigi dan gusi kerana timun merupakan sumber serat yang baik.
  1. Mata.
  • Jika anda mengalami mata letih dan bengkak, tekapkan timun yang dipotong membulat pada mata. Ia mempunyai sifat anti-inflamasi dan membantu mengurangkan bengkak tersebut.

TIP

Jika anda ingin membeli timun, pastikan ia berwarna hijau tua dan keras apabila dipegang. Elakkan timun yang terlalu masak (berwarna kuning) kerana kebiasaannya ia mengandungi lebih banyak serta yang tidak larut dan benih matang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s