Archive for the ‘Singapura Tercinta’ Category

 

Beginilah keadaannya kalau tidak dapat menahan Emosi. Walau bagaimanapun tindakan Polis yang menyuruh mereka yang berada di kedai-kedai , temple atau rumah-rumah yang  berhampiran tidak turun supaya menyenangkan mereka menguruskan  masalah rusuhan patut di beri kepujian.  Masalah dapat membezakan yang mana mereka yang jujur dan baik dengan perlaku  rusuhan itu.

Rusuhan Ini khabarnya berlaku pada 9.23 malam 8.12.2013 (Ahad) di little India, Singapura.

Tindakan perusuh ini amat mengewakan kita, setelah diberi susu tuba di balasnya. Pemerentah harus mengambil tindakan yang wajar. Supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi. Kami Rakyat Singapura cintakan keamanan, tanpa keamanan keperitan hidup akan berlaku.

Memang Patut di tangkap. Mereka menyangka negara ini adalah di tempat mereka yang boleh berbuat sesuka hati mereka. Syabas Polis dan lain-lain pehak  keamanan yang telah berjaya membantutkan kerakusan mereka itu.

Fikir-fikirkanlah………

Jumpa lagi Insyaallah………

Pontian, Air baloi,, Johor, Malaysia.

Pada 24.10.09 yang lalu saya dan keluarga telah pergi ke Pontian di rumah pakcik saya Hamzah pangilan mesra dengan panggilan Uncle Hamzah. Kami sekeluarga kesemua berjumlah 12 orang dengan menaiki 2 kereta.

Kami bertolak hampir tengah hari melalui Link ke 2 di tuas.  Selepas melepasi imigrasi Johor kami makan di rest place dekat Geylang Patah.  Selapas makan kamu langsung ke air baloi, pontian. Perjalanan begitu licin tanpa ada halangan yang berlaku.

Sampai di rumah uncle Hamzah lebih kurang jam  3.30 petang.  Selepas berehat-rehat minum juadah yang di hidangkan . Berbual dengan keluarga uncle. Kami mengelilingi kawasan rumah uncle yang banyak di kelilingi pokok-pokok Ubi, pokok kunyit, lengkuas, pokok tebu dan juga pokok buah-buahan seperti Mangga, Jambu Batu, Jambu Air, Kelapa dan lain-lain lagi.

Uncle hamzah juga ada memelihara ayam. Cucu saya Noor Fateha dan anak saudara saya Dini sangat seronok melihat gelagat ayam yang bising dengan anak-anaknya yang sedang berjalan-jalan dan yang ada sedang makan. Maklumlah dah lama hidup di bandar dan tak pernah melihat ke adaan Kampong seperti ini.

img_2115Saya perpeluang memetik buah kedondong madu, walaupun kecil tapi manis rasanya. Banyak yang saya petik dan di bawa pulang ke Singapura. Begitu juga anak saya Saufi dan Isterinya ( Noor Faizah) berpeluang memetik buah Jambu Air. Saya juga berpeluang mencabut pokok ubi, untuk kami membawa pulang ubinya. Dah lama saya tak merasai bagaimana nak cabut ubi. Saya masih teringat masa saya kecil di kampong dulu memang ada menanam Ubi, keledek, cili padi, nenas, keladi dan sebagainya. Kalau di ikutkan kawasan Rumah saya semasa di kampong  lebih besar dari kawasan rumah Uncle, tetapi rumah kami di perbuat dari kayu tidak seperti uncle yang di perbuat dari bpontianatu. Rumah kami ketika itu mempunyai 3 hall (dewan) , tiga dapor untuk memasak dan mempunyai 8 bilik tidur.

Saya masih teringat bagaimana saya mencabut ubi masa di kampong dulu, di sini saya akan menggunakan skill yang saya ada itu.  Oleh kerana ubi yang di tanam menggunakan batas, sangat mudah untuk di cabut.  Saya mencangkol tepi, pokok dahulu supaya tidak terkena ubinya. Perlahan-lahan saya cabut, alhamdulillah ubinya semua tercabut tanpa ada satu pun yang patah. Kemudian saya menggunakan cara yang sama untuk cabut ubi pada pokok yang kedua, nampaknya saya masih mempunyai kemahirannya lagi.

Selepas makan petang dan selepas magrib , kami bertolak Ke Singapura. Di kampong keadaannya udara sangat nyaman dan tidak ada hirok-pikok seperti di Singapura. Insya-Allah kalau ada kelapangan akan kesana lagi.

www.treat-cure.com,                                       http://saatjais.formor.com

 

Saat Jais - Pakar Urut

 

Jumpa Lagi Insya-Allah……

NDP 09: Mari Bersama – Mencapai, Menjangkau Ke Atas (9.8.2009).

concept3Semuga dengan Kemerdekaan yang ke 44 tahun ini Rakyat Singapura lebih matang, lebih gigih dan lebih bekerja kuat, supaya bersama bertambah maju, seterusnya, seterusnya sampai tahap yang lebih tinggi lagi.

Kami sebagai warga dan rakyat Singapura terlalu berbangga dengan kepimpinan yang ada. Tidak kira apa bangsa, Melayu, Cina, India, Serani dan kelompok kecil yang lain, telah bersatu menggembling tenaga untuk membangun Singapura negara tercinta ini.

Picture3Saya menyeru kepada semua Rakyat Singapura teruslah bersatu-padulah, untuk kejayaan bersama. Jangan biarkan diri di pergunakan oleh anasir-anasir yang tidak bertanggung jawab. Saya amat kesal, kerana adanya cerita-cerita mengarut tentang  “Makcik Penjual Keropok” yang di tersiar di dada-dada Akhbar. Ini menyebabkan anak-anak jadi takut dan membawa kepada perkara-kara yang negatif. Berfikir waraslah supaya kita tidak tertipu.

Pada anak-anak Melayu teruskan usaha kamu dalam mempertabatkan Keagungan bangsa. Jihadmu anak bangsaku memang terserlah, ia itu Jihad Berilmu, menimba Ilmu seberapa yang boleh sampai kepuncak menara gading. Telah banyak Doktor-doktor Melayu, Peguam-peguam Melayu, concept1telah berdiri sama tinggi dengan lain-lain bangsa di Singapura. Pada rakyat Singapura yang berlainan Bangsa jasa kamu yang tidak mencurigai kami,  hidup harmoni bersama kami, amat di Sanjung tinggi, Majulah Singapura, Majulah Bangsa Singapura semuga menjadi contoh di alam maya ini.

Para Peminpin Singapura, Kami menghormati kamu yang tidak terhingga. Kamu telah mengharumi Singapura di mata Dunia.

Saat Jais - Pakar Urut