Kenangan Manis Semasa Di kampong!

Posted: November 3, 2009 in Cuti-Cuti, Singapura Tercinta, Uncategorized
Tags: , , , ,

Pontian, Air baloi,, Johor, Malaysia.

Pada 24.10.09 yang lalu saya dan keluarga telah pergi ke Pontian di rumah pakcik saya Hamzah pangilan mesra dengan panggilan Uncle Hamzah. Kami sekeluarga kesemua berjumlah 12 orang dengan menaiki 2 kereta.

Kami bertolak hampir tengah hari melalui Link ke 2 di tuas.  Selepas melepasi imigrasi Johor kami makan di rest place dekat Geylang Patah.  Selapas makan kamu langsung ke air baloi, pontian. Perjalanan begitu licin tanpa ada halangan yang berlaku.

Sampai di rumah uncle Hamzah lebih kurang jam  3.30 petang.  Selepas berehat-rehat minum juadah yang di hidangkan . Berbual dengan keluarga uncle. Kami mengelilingi kawasan rumah uncle yang banyak di kelilingi pokok-pokok Ubi, pokok kunyit, lengkuas, pokok tebu dan juga pokok buah-buahan seperti Mangga, Jambu Batu, Jambu Air, Kelapa dan lain-lain lagi.

Uncle hamzah juga ada memelihara ayam. Cucu saya Noor Fateha dan anak saudara saya Dini sangat seronok melihat gelagat ayam yang bising dengan anak-anaknya yang sedang berjalan-jalan dan yang ada sedang makan. Maklumlah dah lama hidup di bandar dan tak pernah melihat ke adaan Kampong seperti ini.

img_2115Saya perpeluang memetik buah kedondong madu, walaupun kecil tapi manis rasanya. Banyak yang saya petik dan di bawa pulang ke Singapura. Begitu juga anak saya Saufi dan Isterinya ( Noor Faizah) berpeluang memetik buah Jambu Air. Saya juga berpeluang mencabut pokok ubi, untuk kami membawa pulang ubinya. Dah lama saya tak merasai bagaimana nak cabut ubi. Saya masih teringat masa saya kecil di kampong dulu memang ada menanam Ubi, keledek, cili padi, nenas, keladi dan sebagainya. Kalau di ikutkan kawasan Rumah saya semasa di kampong  lebih besar dari kawasan rumah Uncle, tetapi rumah kami di perbuat dari kayu tidak seperti uncle yang di perbuat dari bpontianatu. Rumah kami ketika itu mempunyai 3 hall (dewan) , tiga dapor untuk memasak dan mempunyai 8 bilik tidur.

Saya masih teringat bagaimana saya mencabut ubi masa di kampong dulu, di sini saya akan menggunakan skill yang saya ada itu.  Oleh kerana ubi yang di tanam menggunakan batas, sangat mudah untuk di cabut.  Saya mencangkol tepi, pokok dahulu supaya tidak terkena ubinya. Perlahan-lahan saya cabut, alhamdulillah ubinya semua tercabut tanpa ada satu pun yang patah. Kemudian saya menggunakan cara yang sama untuk cabut ubi pada pokok yang kedua, nampaknya saya masih mempunyai kemahirannya lagi.

Selepas makan petang dan selepas magrib , kami bertolak Ke Singapura. Di kampong keadaannya udara sangat nyaman dan tidak ada hirok-pikok seperti di Singapura. Insya-Allah kalau ada kelapangan akan kesana lagi.

www.treat-cure.com,                                       http://saatjais.formor.com

 

Saat Jais - Pakar Urut

 

Jumpa Lagi Insya-Allah……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s