Archive for the ‘Petua & Rawatan’ Category

Terkehel adalah sebuah luka sendi yang terjadi ketika sebuah sendi berpusing dan tertekan di luar rentang gerak biasanya. Terkehel akan mempengaruhi jaringan lembut di sekitar sendi, ligamen, otot, tendon dan sebagainya. Gejalanya ini meliputi rasa sakit, bengkak dan tak boleh bergerak. Daerah yang paling selalu terkena adalah pergelangan tangan dan pergelangan kaki. Kebanyakan olahragawan dan olahragawati pernah mengalaminya – pemain tennis, pelari-pelari, squash, badminton, bola sepak dan pemain ragbi juga biasa mengalaminya.

Perawatan.

Tekapkan Pek air batu atau kompres sejuk dengan segera supaya tahap akut berlalu. Dengan mengompres ini boleh meredakan sakit atau mengurangi keradangan. Angkat tungkai (bawah kaki atau bawah tangan) dan berehatlah selama mungkin. Mungkin memerlukan tali untuk menyokongnya. Urut boleh di lakukan setelah rasa perih dan pedih hilang.

Terkehel pada pergelangan kaki.

Setelah tahap akut atau serius berlalu. Pertama lakukan urut layang dari lutut menuju kepeha dan kemudian dari pergelangan kaki ke lutut untuk membantu menghilangkan bengkak. Jika lukanya telah sembuh, maka lakukan urutan meremas yang lembut dan friksi sambil menambah kekuatan tekanan secara perlahan-lahan. Friksi juga boleh di lakukan setelah lima atau enam hari untuk membantu mencegah terbentuknya goresan bekas luka dan adhesi. Jika rasa sakitnya sudah reda atau hilang maka gerakan pergelangan kaki secara perlahan-lahan. Lakukan gerakan plantarflex, dosiflex, dan putaran pada pergelangan kaki untuk memulihkan kemampuan pergerakannya.

Sila Lawat Web:

www.treat-cure.com
http://saatjais.formor.com
http://iecahaya.wordpress.com
http://rrcorner.wordpress.com
 

Saat Jais - Pakar Urut

Jumpa lagi Insya-Allah………

Advertisements

Siku Tenis

Kondisi ini juga dikenal dengan nama epicondylitis Lateral adalah salah satu masalah yang paling umum yang terjadi pada lengan bahagian bawah. Rasa terlalu sakit, sangat menyiksa, keterlaluan dan menjalar kebahu dan menurun kebawah lengan dan tangan. Walaupun melakukan pekerjaan yang ringan seperti memegang gelas, pinggan, cawan atau pun mangkuk, membuka pintu almari, membuka pintu kereta, membuka pintu rumah ataupun bersalaman juga menyebabkan terasa sakit yang amat sangat.

” Tenis Elbow” boleh terjadi pada mereka yang memerlukan gerakan lengan secara berulang-ulang seperti pemain tenis, squash, badminton atau olahraga raket yang lain. Kajian juga menunjukan bahawa 2.5% atlit yang bermain seminggu sekali juga boleh mengalami kecerderaan ini.

Pekerjaan berkebun, menaip, menjahit, pekerja-pekerja binaan rumah juga boleh mengalami terjadinya tenis elbow.

Perawatan.

Selain memerlukan istirihat boleh juga diurut jika rawatan di mulai sebelum kondisinya menjadi lebih kronis atau parah. Terapi panas dan dingin juga sangat-sangat efektif. Perban kompresi (elastic bandage) tidak di perlukan jika tidak terjadinya pembengkakkan.

Lakukan effleurage (urut layang) pada seluruh tangan dan perhatikan otot pada lengan bawah. Tujuan utama dari rawatan adalah untuk meningkatkan sirkulasi dan melepaskan adhesi dan ketegangan pada otor extensor. Lakukan effleurage longitudinal (urut layang yang panjang) dan gerakan friksi di mulai dari pergelangan tangan menuju kesiku di sepanjang otot extensor dalam lengan bawah.

Jika terlihat tanda-tanda ketegangan anda di wajibkan memberi rawatan segera. Tenis elbow boleh berkembang menjadi masalah kronis, yang memerlukan mediksi anti peradangan dan ijeksi steroid. Jika terjadi kalsifikasi pembendahan perlu di lakukan.

Sila Lawat Web:

www.treat-cure.com
http://saatjais.formor.com
http://iecahaya.wordpress.com
http://rrcorner.wordpress.com
 

Saat Jais - Pakar Urut

Jumpa lagi Insya-Allah………

 

Luka terhiris dan luka biasa selalunya boleh terjadi di dalam olahraga kontak (bertembung), atletik dan juga acara berbasikal. Cucilah luka tersebut secara menyeluruh walaupun luka terhiris yang kecil kerana di kuatiri akan menyebabkan infeksi. Gunakanlah minyak essential yang bersifat antiseptik atau detol yang sangat berguna untuk membersihkan dan menyembuhkan luka. Minyak essential (minyak pati) juga dapat menghentikan pendarahan, mempercepatkan penyembuhan dan juga dapat mengurangkan rasa sakit.       

Perawatan.

Menghentikan pendarahan. Jika lukanya teruk atau parah, maka perlu di lakukan pertolongan pertama (first aids). Angkat bahagian yang terluka, kemudian tekan luka tersebut dan ikatkan kain balutan (gauze – sejenis kain yang tedapat di Pharmacy) pada tempat yang terluka dan berkonsultasilah dengan doktor.

Jika lukanya terlalu serius maka larutkan Minyak Essential Lemon supaya dapat  mempercepat pengentalan dan menghentikan aliran darah. Minyak Essential juga bersifat antiseptik. Sari lemon yang baru diperas juga boleh di gunakan jika tidak ada Minyak Essential. Celupkan kain dalam larutan lemon – tiga tetes untuk 10 ml air – letakan pada luka dan tekan.

Pendarahan hidung juga boleh terjadi di dalam sukan kontak (olahraga kontak) . Seperti bola sepak, ragbi, hoki air batu dan tinju. Untuk menghentikannya pendarahan, dudukan pasien dengan kepala condong kehadapan dan gunakan Ibu Jari dengan telunjuk untuk menekan hidung yang terluka, tekan terus sampai sekitar 10 minit sehingga pendarahannya berhenti. Jangan gerakan kepala kebelakang kerana darah boleh masuk ketenggorokan. Beri arahan pasien supaya bernafas melalui mulutnya. Hisaplah jus lemon yang masih baru. Jika pendarahan sudah boleh di kontrol, bersihkanlah hidung dan mulut.

Bersihkan dan tutup luka.

Sebelum menutup luka tersebut hendaklah membersihkan segala debu atau habuk yang ada kerana di kuatiri adanya bakteria (kuman) yang akan berkembang biak, dan menyerang semua jaringan dan di kuatiri boleh menyebabkan infeksi. Gunakan antiseptik atau detol untuk mencuci daerah tersebut.

Setelah di bersihkan, sapukan sedikit disinfeksen pada tempat luka tersebut. Jika lukanya kecil, biarkanlah kulit terkena udara untuk mempercepat proses penyembuhan. Berkonsultasilah dengan doktor jika perlu.

Sila Lawat Web:

www.treat-cure.com
http://saatjais.formor.com
http://iecahaya.wordpress.com
http://rrcorner.wordpress.com
 

Saat Jais - Pakar Urut

Jumpa lagi Insya-Allah………

Kondisi ini yang juga di kenali dengan nama medial tibia stress sydrome pada umumnya terjadi pada pelari jarak jauh yang selalu melakukan latihan intensif di jalur atau jalan yang dengan permukaan yang keras. Rasa sakit di sepanjang sisi tibia (shin) kususnya di bahagian bawah tibia.       

Perawatan.

”Shin Splints” boleh terjadi setelah terjadi trauma perlanggaran. Segera lakukan rawatan untuk menghindari dari berlakunya kondisi kronis. Berhentikan latihan dan beristirihatlah, jangan melanjutkan latihan sampai tidak ada lagi daerah dengan kelunakan yang tidak normal. Pekapkan dengan beg air batu untuk mengurangi peradangan dan rasa sakit. Setelah 48 jam ganti kompres panas dengan dingin (bergantian).

Setelang peradangan hilang lakukan urutan pada kaki bawah telapak kaki. Rasa sakit kerana shin splints dirangsang ketika jari kaki atau sendi pergelangan kaki tertekuk kebawah. Lakukan urutan usapan pada kaki bahagian bawah dan lakukan friksi di sepanjang batas medial tibia untuk memecahkan adhesi. Lakukan gerakan pegang, putar dan pelintir otot gastrocnemus (bahagian betis) dan soleus di bahagian belakang betis. Usap kaki dan gerakkan pergelangan kaki.

Hasil dari rawatan tersebut akan sangat luar biasa jika di urut di lakukan setiap hari.

Jika kondisi ini tidak hilang, maka lakukan konsultasi dengan praktis medis (doktor) yang mungkin akan melakukan foto sinar X, mungkin terjadinya keretakan.

Untuk menghindari terjadinya sydrome medial tibial, pilihlah sepatu yang selesa dan sesuai dengan permukaan tanah. Lakukan pemanasan dan peregangan dulu sebelum lari dan kaki harus di urut secara teratur setiap minggu.

Sila Lawat Web:

www.treat-cure.com
http://saatjais.formor.com
http://iecahaya.wordpress.com
http://rrcorner.wordpress.com
 

Saat Jais - Pakar Urut

Jumpa lagi Insya-Allah………

Golfer’s Elbow ada persamaan dengan tennis elbow, cuma bezanya gejala terletak sisi dalam dari siku. Masalah muncul dari medial epicondyle di mana otot flexor lengan atas menempel. Pasien mengalami rasa sakit pada siku bahagian dalam dan rasa sakit itu juga terasa sampai pergelangan tangan dan jari bahkan sampai kesiku.

Golfer”s elbow lebih jarang terjadi jika dibandingkan dengan tennis elbow. Biasanya gejala ini terjadi pada ahli sukan ”melempar” seperti lempar lembing, kriket, baseball dan ahli sukan raket lainnya. Pemain golf dengan kekuatan pada tangan kanan mungkin cukup beruntung kerana mengalami tennis elbow hanya di siku kiri dan golfer’s elbow di siku kanan.

Jika Anda bermain golf, cubalah untuk tidak melakukan lebih dari satu jam di tempat Anda bermain dan sering-seringlah beristirihat. Tidak diperlukan balutan kompresi atau mengangkat bahagian yang terluka keatas.

Urut sangat berguna dalam rawatan kondisi ini. Lakukan urut ringan dan layang – usapan pada seluruh bahagian lengan dan usahakan posisi lengan berputar keluar sehingga Anda boleh melakukan sesuatu pada otot flexor. Lakukan urut ringan dan layang, urut friksi pada daerah ini. Jika terasa luka di pergelangan tangan dan jari , maka urutlah tangan dan pergelangan tangan.

Sila Lawat Web:

www.treat-cure.com
http://saatjais.formor.com
http://iecahaya.wordpress.com
http://rrcorner.wordpress.com
 

Saat Jais - Pakar Urut

Jumpa lagi Insya-Allah………

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

بسْمِ اللهِ الَّذِىْ لاَيَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِىْ الاَرْضِ

 وَلاَ فِىْ السَّمَاءِ وَهُوَالسَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ.

Bismillah Hirohman Nirohhim
Bismillahil Lazi Laa Yazurru Ma’asmihi Sai Un Fil Arzi Walafis Samaa ii Wahuwas Sami Ul Ngalim.

Ertinya:

Dengan Nama Allah Yang maha Pengasih lagi maha penyayang.
Dengan nama Allah, tuhan yang tidak dapat dimudharatkan oleh sesuatu baik di bumi maupun di langit. Dan dialah yang maha mendengar lagi maha mengetahui.

Kegunaannya.

  1. Dibaca tiap-tiap pagi dan petang sebanyak 3 kali, Insya-Allah terhindar dari segala mara bahaya.
  2. Dibaca 3,5,7 atau 21 kali di air boleh menyembuhkan penyakit dan menjadi ubat selusoh untuk orang yang akan beranak (melahirkan).
  3. Bacakan doa ini 1 atau 3 kali sebelum makan dan minum dirumah sesaorang yang diragui kejujurannya, kerana ia jadi penawar racun, sihir dan sifat dengki dan aniaya orang tersebut.

Sila Lawat Web:

www.treat-cure.com
http://saatjais.formor.com
http://iecahaya.wordpress.com
http://rrcorner.wordpress.com
 

Saat Jais - Pakar Urut

Jumpa lagi Insya-Allah………


Bagaimana Menjana Wang Lebih Setiap Bulan!
Kerja Separoh Masa, Pendapatan Sepanjang Masa!
http://syair.cieaura.com
 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

بسْمِ اللهِ الشَّافِى.ِبسْمِ اللهِ الْمُعَافِىْ

Bismillah Hirohman Nirohhim
Bismillah Syafii, Bismillahil Mu Ngafii

Ertinya:

Dengan Nama Allah Yang maha Pengasih lagi maha penyayang.
Dengan nama Allah tuhan yang menyembuhkan, Dengan nama Allah, tuhan yang memberi kesihatan.

Kegunaannya.

 

  1. Bacakan ayat ini apabila mengurut pada tempat-tempat yang sakit dan sendi-sendi tubuh. Bacalah berulang-ulang. Inys-Allah penyakitnya akan cepat sembuh.
  2. Doa ini juga berguna untuk penyakit haiwan ternakan. Bila ada salah satu haiwan pemeliharaan diserang penyakit. Bacakanlah Surah Alfatiha 7 kali, Surah Al-Ikhlas 7 kali, Surah Al-falak 7 kali, Surah An-nas 7 kali, Ayat Kursi 7 kali dan doa di atas sebanyak 7 kali. Lalu ditiup pada air yang dicampur dengan garam, kemudian air itu sebahagiannya diminumkan pada haiwan tersebut yang sakit dan sebahagiannya lagi disiramkan ditubuhnya. Insya-Allah segera akan sembuh.

Sila Lawat Web:

www.treat-cure.com
http://saatjais.formor.com
http://iecahaya.wordpress.com
http://rrcorner.wordpress.com
 

Saat Jais - Pakar Urut

Jumpa lagi Insya-Allah………


Bagaimana Menjana Wang Lebih Setiap Bulan!
Kerja Separuh Masa, Pendapatan Sepanjang Masa!
http://syair.cieaura.com