Perniagaan Atau Model Baharu Skim Piramid.

Posted: December 16, 2014 in Berhati-hati, Jana Wang, Jangan Jadi Bodoh, Tidak Bermoral
Tags: ,

Adakah Anda Tidak Tertarik Jika Promosinya Atau Iklan Seperti Dibawah Ini..

Sistem 4D – Duduk, Diam-diam, Doa dan Dapat Duit.

Mereka sibuk buat duit, mengapa kita harus sibuk dengan alasan?

Nyalakan pelita Wang Anda sekarang juga!!!!

Masalah Kewangan??? Sekarang …Anda Menemui Jalan Terbaik….

Jawapan Kepada permasalahan Kewangan Anda….

Melabur Hari Ini!!!… Esuk sudah boleh dapat hasil!!!!…

Berita Baik . Cara Paling Malas Untuk Menjadi Kaya….

Bayar Sekali tetapi pendapatan berulang-kali…..

Duit 1Melihat iklan di atas sudah pasti hati kita akan terbetik untuk mengetahuinya lebih lanjut. Sudah pasti hati kita ini ingin menelipon yang ada beberapa no di sana. Tetapi kita harus pendamkan sementara dan cuba google di internet. Terdapat laman sesawang yang mempermosikan perniagaan seperti ini. Setelah kita amatilah dan membuat sedikit kajian kita akan dapati system ini ada persamaan hampir 100% dengan skim pyramid.

Cuba Lihat Apa Yang Dipaparkan Di Bawah Ini:

Apa Itu Skim Piramid?

Skim piramid ialah model perniagaan yang tidak dapat dikekalkan yang membabitkan pertukaran wang terutamanya bagi mendaftar peserta baru ke dalam skim ini, biasanya tanpa barangan atau perkhidmatan disertakan.

Ketepuan Pasaran

Lebih 90% dari peserta yang terbabit dalam skim pyramid tidak pernah mendapat balik pelaburan awal mereka.

Mereka yang di dasar piramid, tidak kira bagaimana cetek atau dalam ia, akan sentiasa “kehilangan” wang mereka. Ia mudah bagi melihat bilangan di dasar piramid “sentiasa” melebihi jumlah kesemua aras atas, tidak kisah berapa banyak tingkat yang ada. Jika setiap tingkat perlu mendapatkan enam di bawah mereka, nisbah rugi kepada untung adalah hampir 5 kepada 1 – ~84% dari kesemua pelabur akan kehilangan pelaburan mereka. Secara reality Piramid ini tidak akan seimbang dengan sempurna dan sesetengah peserta mungkin mampu mendapatkan sebahagian jumlah peserta mereka, tetapi prinsip yang sama masih diguna-pakai.

MODEL “8 BOLA”

400px-Pyramid8Ball.svgKebanyakan skim pyramid lebih maju (‘’sophisticated’’) berbanding model mudah. Ini mengenali bahawa mendapatkan sejumlah besar peserta baru kedalam skim ini mungkin sukar dengan itu model yang kelihatan lebih mudah digunakan. Dalam model ini setiap orang perlu mendapatkan dua peserta yang lain, tetapi pencapaian mudah ini ditengelami dengan peningkatan tingkat yang diperlukan bagi mendapatkan wang turut meningkat. Skim ini memerlukan seseorang mendapatkan dua orang baru, yang perlu  mendapatkan dua peserta baru, yang perlu mendapatkan dua peserta baru.

SKIM PIRAMID

Selalunya mereka yang mengamalkan skim cepat kaya ini adalah orang-orang yang tak bertanggungjawab. Tapi ramai orang masuk kerana tiada usaha yang perlu dibuat hanya menunggu keuntungannya yang telah dijanjikan berlipat kali ganda. Tiada Produk dikeluarkan, hanya deposit  dari ahli-ahlinya, keuntungannya dari deposit yang dilaburkan oleh ahli-ahli terkemudian. Selalunya keuntungan pelabur awal akan lebih bayak dari pelabur terkemudian.

MODEL

Idea asas bagi setiap penipuan adalah seseorang itu membuat hanya satu pembayaran, tetapi dijanjikan keuntungan berganda dari orang lain sebagai balasannya. Contoh biasa mungkin tawaran yang dengan bayaran, membenarkan mangsa menjual tawaran yang sama kepada orang lain, atau menerima bonus melalui orang yang mereka rujukkan. Setiap penjualan merangkumi bayaran kepada penjual asal.

Jelas, kelemahannya adalah tidak terdapat keuntungan akhir; secara mudah wang itu bergerak ke rantaian atas, dan hanya orang asal (atau paling baikpun, sebahagian kecil peserta) menang dalam penipuan pengikut mereka. Sudah pasti, orang yang dalam keadaan paling buruk adalah mereka yang berada di dasar piramid: mereka yang menyertai skim tersebut, tetapi tidak mampu mendapatkan sebarang pengikut di bawah mereka sendiri. Untuk mengemburkan tindakan ini, kebanyakan skim mempunyai rujukan, maklumat dan persaksian palsu.

Sumber: http://malayanfunder.blogspot.sg/2009/03/apa-itu-skim-piramid.html

Saya tidak masukan Testimoni mereka ini yang memang menggiurkan. Anda sudah pasti akan terserempat testimoni yang menggiurkan di Surat Khabar atau di Facebook atau di mana sahaja di Media social dewasa ini, lebih-lebih lagi dengan penggunaan Internet yang begitu meluas. Kenapa kita terpancing dengan iklan atau testimoni seperti itu . Adalah kerana manusia mempunyai sifat tamak dan hendak cepat dan mudah mendapat kesenangan. Saya dapati Syarikat-syarikat yang menawarkan keuntungan dan perniagaan yang untung berlipat ganda ada persamaannya dengan system Model 8 bebola, ia itu kedalamnya hanya sampai kelevel yang keempat. Dalam sistem tersebut Orang yang di atas sekali mendapat keuntungan yang mana 14 orang yang memberi imbuhan itu. Bagaimana dengan 14 orang ini. Ia mulanya system ini akan Berjaya tetapi sampai bila, sampai bila, sampai bila?……

Mengimbas Sejarah. Terlalu banyak peluang menambah Wang atau peluang perniagaan yang senang dan Mudah. Perhatikan dari http://swisscash.biz/mymoh 1505902 mungkin blog ini telah terkubor kerana wujud pada tahun 2006 (forum). Seperti 1) SWISSCASH, 2) 12dailypro (12 hari sahaja pelaburan sudah menjana 3 kali ganda pendapatan – misal $200 boleh jadi $600), 3) studiotraffic, 4) vasco, 5) fastpercent, 6) SOLIDINVESTMENT, 7) Eaindex, 8) Arabicfund, 9) Buyebarrel, 10) Abbfund, 11) Virgin Gold dan yang baharu adalah 20 Hari Wang Berganda (kalau melabur $200, $400 atau $2000 dalam masa 20 hari jadi berganda.Yang $200 jadi $400, $400 jadi $800 dan $2000 jadi $4000. Mula2 okeylah…last2 jadi mcm yang lain-lain. Orang yang mula-mula masuk okeylah… yang hujung2 parah… kita bukan nak invest 1, 2 tahun sahaja, kalau boleh nak selama-lamanya….

Masa itu segala nasihat semuanya di ketepikan, semuanya dianggap cemburu, sakit hati dan bermacam lagi. Sekarang terbukti semua program itu scam hanya bertahan 1 atau 2 tahun sahaja. Makin besar ganjarannya makin cepat terkubur. Fikir-fikirkanlah… tidakkan sejarah akan perulang sekali program seperti itu?… berhati-hatilah….!!!

Orang yang seperti saya sudah pasti akan dicap sebagai cemburu, iri hati tidak mahu melihat melayu maju dan pelbagai tuduhan. Tulisan saya ini sebenarnya hanyalah untuk membuka minda semua pembaca supaya tidak terpedaya system yang bukan-bukan. Saya tidak kata semua yang mereka kata itu semua bohong, tetapi harus di ingat dalam model 8 bebola dalam 15 pelabur hanya satu yang untung tetapi yang 14 yang lain masih menunggu. Bagaimana kalau ia masuk kumpulan itu bawa 2 orang, tetapi yang 2 itu tidak bergerak?

Memang benar secara lisan memang mudah, tetapi amalinya bagaimana?

Fikir-fikirkanlah sebelum kita terjebak di dalam sesuatu perniagaan yang di katakana menguntungkan. Hanya sedikit yang untung sementara hampir 90% yang rugi.

http://www.treat-cure.com.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s