Buah Semangka (Tembikai).

PokokTembikaiSemangka adalah buah dari tanaman yang merambat atau menjalar yang serumpun dengan labu, melon dan ketimun ia itu dari keluarga Cucurbitacease.. Buahnya banyak mengandungi air. Isinya berwarna merah dan ada juga yang berwarna kuning.Sering dijadikan buah pencuci mulut atau jus minuman. Selain menghilangkan dahaga, Semangka (Tembikai) juga memiliki pelbagai faedah dan khasiat. Semangka juga mempunyai beberapa jenis, yang bulat atau pun yang berbentuk bujur.

Semangka dipercayai berasal dari gurun Kalahari, Afrika. Menurut kepercayaan nenek moyang di Mesir saat itu, buah ini di gunakan untuk penguburan Raja-raja agar roh-roh mereka mendapat bekalan nutrisi di alam baka. Dari sanalah buah semangka ini tersebar  ke seluruh Dunia.

Buah Semangka adalah salah satu buah yang di gemari oleh Rasulullah SAW. Diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tirmidzi dari Nabi bahawa beliau pernah makan semangka dicampur dengan kurma muda yang sudah masak, beliau bersabda, “Panas di buah ini dineutralkan oleh unsur dingin di buah ini.” Buah Semangka atau dalam istilah arab disebut dengan biththikh adalah buah multi manfaat. Bahkan bagi penderita Gout (asam urat) pun tak perlu risau jika sahaja mengerti cara memanfaatkan buah manis yang satu ini.

tembikai2Ibnu Abas pula berkata: “ Makanlah semangka kerana di dalamnya ada kebaikan. Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi, sebagai pewangi, pembersih pundi kencing, membersihkan perut, menambah air tulang belakang, menghindarkan sejuk, mengatasi kelemahan dan pembersihan Kulit.” (Kitab Ath-Thibbun Nabawi)

Satu hari telah di hadiahkan buah Semangka kepada Rasulullah SAW. Nabi menciumnya dan bersabda: “Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah di antara perkara yang halal di atas bumi. Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari Syurga.”

Pada suatu hari Rasulullah SAW berada bersama beberapa sahabat dan bersabda: “Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah semangka ini”. Kemudian  bangun Saidina Ali kw mendapatkan buah Semangka tambahan. Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya.

Baginda Bersabda: “Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan.”

Semangka juga di kenali sebagai Citrullus Vulgaris.

Bagaimana Cara Membuat Jus Semangka?

Ambil buah Semangka segar secukupnya. Buah Semangka mempunyai kandungan air sehingga 93%, tidak payahlah menambah air semasa membuat Jus Semangka. Tidak watermelonpayahlah untuk menambah apa-apa bahan yang lain, cukup hanya Semangka sahaja.

Buang kulit arinya sahaja, biarkan bahagian yang bewarna hijau muda. Potong kecil-kercil supaya mudah untuk di blender. Jika menggunakan Juicer sertakan biji Semangka sekali.. Boleh ditambah sedikit perahan limau supaya rasanya enak dan seimbang. Minumlah jus setengah jam sebelum sarapan pagi dan makan malam hari. Jus Semangka dapat memnyembuhkan banyak penyakit , termasuk untuk kesembuhan penyakit Gout. Seperti mana yang di catit di Thibbun Nabawi.

Ibnu Qayim menegaskan bahawasanya yang perlu diperhatikan adalah buah Semangka dimakan sebelum memakan sesuatu. Sementara menurut Imam Dzhahabi efek negative yang timbul ketika pengambilan buah Semangka dapat dineutralkan dengan  pengambilan Halia.

Faedah Dan Khasiat Buah Semangka.

  • Buah Semangka banyak mengandungi Vitamin C. Makanlah buah semangka untuk mendapatkan Vitamin C bagi tubuh. Tubuh manusia tidak dapat mengeluarkan vitamin C secara semula jadi.
  • Buah Semangka yang berwarna Merah banyak mengandungi Vitamin A. Vitamin ini sangat baik untuk mengelakan dari terjadinya kerabunan mata.
  • Vitamin A dan C juga adalah anti Oksidan yang dapat membantu mencegah penyakit. Di antaranya mengurangkan risiko kanser usus besar, penyakit Jantung, Asma, Osteoperosis, Rheumatoid Arthritis dan Kanser prostat. Setiap orang digalakan memakan buah yang banyak mengandungi Anti Oksidan. Ia memberi manfaat kepada kesihatan. Ia juga terdiri daripada mineral, vitamin, protein, kabohidrat dan lain-lain zat.
  • Semangka tinggi kandungan vitamin B. Vitamin B adalah punca penghasilan tenaga yang banyak di tubuh kita. Memakan Semangka dapat memberi banyak tenaga. Ia mempunyai jumlah zat pemberi tenaga yang banyak – ia itu Magnesium dan Potassium. Makanlah Semangka sebagai makanan altenatif yang baik sebelum memulakan sesuatu latihan (bersenam). Ia juga tersangat baik untuk orang-orang yang berumur (tua) kerana ia memberi tenaga yang banyak untuk mereka.
  • Lycopene (Likopen) adalah salah satu komponen Karotenoid yang merupakan Anti Oksidan yang selalu kedapatan pada buah-buahan yang bewarna merah. Anti Oksidan menjalar keseluruh tubuh meneutralkan Radikal Bebas.
  • Radikal bebas adalah Zat dalam tubuh yang dapat menyebabkan banyak kerusakan untuk kita. Radikal Bebas mengoksidasikan kolestrol, sehingga melekat pada dinding pembuluh darah dan menebal yang dapat menyebabkan serangan jantung atau stroke.
  • Likopen yang ada dalam Semangka juga dapat menyumbang khasiat khusus untuk pria menikah. Dapat meningkatkan kesuburan dan membantu membangkitkan ghairah seksual pria. Bahawa Senyawa Sitrulin dalam Semangka memiliki efek Afrosodiak yang sama hebat dengan Viagra tetapi sama sekali tidak mempunyai efek sampingan.
  • Likopen, karotenoid yang ada di dalam Semangka dapat meningkatkan fungsi jantung. Beta karoten yang di kenal sebagai anti oksidan juga bersifat anti penuaan, yang membuatkan anda merasa muda dan pencegahan masalah jantung kerana usia tua.
  • Untuk pria penderita Impotensi, digalakan mengambil solusi yang lebih alami untuk merawat kondisi mereka dengan memakan buah Semangka menjadi satu pilihan supaya tidak mengambil obat-obatan yang berkimia.
  • Secara tidak langsung Semangka mempengaruhi alat kelamin pria sebagai obat-obatan seperti Viagra. Masukanlah menu pada daftar masakan sehari-harian bagi pria dan wanita.
  • Sitrulin, ketika diserap kedalam tubuh berubah menjadi Arginin (arginine) dan asid amino. Sitrulin ini bekerja memberikan manfaat seperti kekebalan tubuh, jantung dan Sistem peredaran darah dan meningkatkan ereksi pada pria.
  • Ini adalah fakta yang mengejutkan bahawa semangka merupakan buah yang mengandungi likopen dengan konsentrasi yang tinggi bila di bandingkan buah atau sayur-sayuran segar yang lain. Kajian mendapati Likopen ini dapat mencegah risiko Kanser Prostat dan Sakit Jantung.
  • Vitamin B6 yang terdapat dalam buah Semangka dapat membantu manusia dari rasa panik dan kebimbangan.
  • Dapat Menyembuhkan sakit kepala, penyakit Paru-paru dan masalah kulit.
  • Kerana jumlah Kalium dan Magnesium yang tinggi yang baik ada dalam Semangka. Sangat baik dalam menurunkan Tekanan darah (darah tinggi). Karotenoid yang hadir di dalamnya juga dapat mencegah pengerasan dinding arteri dan vena. Sehingga dapat membantu mengurangi atau mengawal tekanan darah.
  • Kalium yang terdapat dalam Semangka dapat membantu membersihkan atau mencuci bahan sampah atau beracun dalam ginjal. Ia juga dapat mengurangi kepekatan Asid Urik, yang memungkinkan kerosakan Ginjal dan pembentukan batu Ginjal di dalamnya. Membersihkan usus, dapat melawaskan buang air kecil dan besar, dapat merawat penyakit seperti Gout dan Ginjal.
  • Semasa kita berpeluh, Sodium dan Potasium banyak keluar dari badan kita. Memakan Semangka dapat mengembalikan unsur-unsur ini didalam tubuh badan kita.
  • Semangka  sadalah teman baik anda jika anda melakukan diet. Buah ini bebas lemak dan memiliki kombinasi kadar gula terbatas dan kadar air yang banyak. Ia juga bersifat cepat mengenyangkan di dalam Perut.
  • Semangka boleh digunakan untuk menurunkan demam dan dapat mencegah Sariawan atau ulcer di mulut.
  • Memakan Isi buah Semangka ini juga dapat meningkatkan pembakaran lemak dan glukosa. Ia adalah bukti klinikal atas ujian terhadap Tikus percubaan. Kandungan asid Amino dalam Semangka sangat effektif mengurangi lemak pada tikus-tikus ujian yang kelebihan berat badan.
  • Memakan Semangka dapat melindungi tubuh daripada kesan negative degenerasi Makula. Degenerasi Makula ialah kehilangan penglihatan. Kehilangan penglihatan berkait rapat dengan usia sesaorang. Kajian menunjukan memakan Semangka adalah lebih baik untuk mata berbanding pengambilan lobak merah atau carrot.
  • Penderita penyakit  kencing manis (Diabetes) kebiasaannya memiliki energy yang rendah dan mengamalkan diet rendah gula. Selalunya mengeluh kerana merasa lapar, Semangka adalah solusi yang baik untuk mendapatkan supplement yang sewajarnya untuk mereka. Berbagai vitamin, mineral seperti kalium dan magnesium yang terdapat dalam Semangka dapat berfungsi sebagai  Insulin alami dalam tubuh, sehingga dapat menurunkan paras gula di dalam darah.

Buah Semangka Bagi Ibu-Ibu Hamil.

Rasulullah SAW memberikan anjuran agar Ibu-ibu yang hamil (mengandung) digalakan memakan buah Semangka (Tembikai). Sebagaimana Sabda beliau “Setiap wanita hamil yang makan buah semangka maka anaknya akan cantik wajahnya dan baik akhlaknya.” (Hadis ini bersumber dari Abul Abbas Al-Mustagfhirin dalam kitab Thibbun Nabi SAW dikutip oleh Mustabrak Al-Wasil 2:619.

Semangka mengandungi banyak air sekitar 90%. Ternyata buah Semangka memiliki banyak sekali manfaat  untuk kesehatan bagi Ibu-Ibu hamil di antaranya ialah.

  • Dapat meringankan gejala Heart Burn (Sakit Ulu Hati) atau rasa panas pada perut.
  • Boleh mengurangi perasaan mual bagi Ibu hamil.
  • Dapat membantu mengurangi gejala Morning Sickness pada kehamilan trisemester pertama.
  • Sebagai penambah cairan tubuh kerana Buah Semangka memiliki kandungan air sekitar 90%.
  • Pencegah terjadinya krem otot pada kehamilan trisementer pertama.
  • Membantu perkembangan otak, penglihatan, otot, serta system imun pada janin.

Untuk Ibu hamil yang ingin sehat dan segar, makanlah buah Semangka setiap hari. Untuk mengelakan bosan mengambilnya buatlah kepelbagaian seperti jus atau dessert segar dari Semangka.

Bahagian Yang Putih Buah Semangka.

kulit tembikai

  • Lapisan putih kulit Semangka sebenarnya banyak mengandungi zat yang berguna bagi kesihatan. Salah satunya adalah Sitrulin. Sitrulin merupakan salah satunya zat anti oksidan yang bermanfaat bagi kesihatan kulit. Penggunaan lapisan putih buah Semangka ini boleh digunakan untuk masker muka. Masker dari kulit Semangka ini dapat mengembalikan kelembaban kulit dan kehalusan kulit.
  • Lapisan ini juga mengandungi Senyawa yang berperanan menyihatkan ginjal (buah pinggang).  Seperti menghancurkan batu ginjal.

 

Jumpa Lagi InsyaAllah……..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s