Kebaikan Dan Khasiat Serai.

Posted: October 20, 2013 in Kembali Kepada Alami, Natural Herbs, Petua & Rawatan, Uncategorized
Tags: , ,

Serai Dan Khasiatnya.

Serai 2

Serai digunakan di seluruh dunia untuk pelbagai sebab. Ada yang digunakan untuk perencah atau perasa sesuatu bahan makanan atau dipercayai digunakan kerana dapat memberi kesan perubatan.

Serai boleh ditemui di selatan Asia, di Amerika Syarikat atau di kawasan di Amerika Tengah. Serai berdaun panjang seperti pokok lalang, ia mempunyai badan yang tebal di bahagian pangkal yang berupa bebawang. Kata botani kepada serai ialah “Cymbopogon Citratus.”

Petua-Petua Tradisional.

serai

Merawat Sesak Nafas.

Ambil 10 batang serai dicuci bersih, diketuk hancur dan direbus dengan 2 air yang telah dicampur satu sudu  gula merah. Setelah suam ditapis dan di buat minum. Untuk permulaan ambil 3 kali seminggu. Bila beransur pulih kurangkan pengambilan 2 kali seminggu. Bila betul sembuh ambillah sebulan sekali sebagai penjagaan supaya sakit itu tiada berulang.

Memutihkan Gigi.

Tumbuk 2 batang serai dengan sedikit arang dapur dan digosok pada gigi anda. 2 atau 3 kali seminggu.

Merawat Sakit Perut / Melawaskan Air Kencing.

Ambil 10 batang serai bersama saun dan akarnya. Dibersihkan dan direbus bersama 4 gelas air. Biarkan mendidih sehingga air tinggal separuh (2 Gelas). Setelah suam air rebusan ini di minum 2 kali sehari, sehingga sakit perut hilang dan sehingga keperitan dan lawas membuang air kecil. Kaedah ini juga dapat membantu gangguan pencernaan, perut berangin, kejang usus dan juga cirit-birit.

Merawat Sengal-Sengal Sendi.

Ambil beberapa helai daun serai dibersihkan, ditumbuk halus atau dikisar bersama sedikit air. Ramuan ini disapukan di sendi-sendi yang bermasalah.

Melegakan Rasa Pening Dan Lesu Semasa Hamil.

Sebatang serai dicuci dan diketuk sedikit, 4 cm kulit kayu manis dan 1 biji bunga cengkih dimasukan kedalam segelas air mendidih. Tambahkan sesudu gula merah dan kacau rata. Bila telah suam ditapis dan diminum menjelang waktu tidur atau ketika ingin berehat

Mengubati Demam Kuning.

Cuci dalam 5 ke 6 batang serai termasuk akar dan daunnya, direbus dalam bekas yang mengandungi sebaldi air sehingga mendidih. Bila telah suam dijadikan air mandian dan sebaik-baiknya tidak dibilas dengan air. Lakukan 3 kali sehari sehingga demam kuning itu sembuh.

Merendahkan Kolestrol.

Ambil 4 batang serai yang telah di buang akar dan daunya, dicuci, diracik-racik dan direbus. Minum air rebusan itu 2 kali sehari. Ia itu setiap pagi dan malam. InsyaAllah dalam beberapa minggu sahaja paras kolestrol akan hilang.

Serai Sebagai “Pain Killer”.

Ambil 1 atau 2 batang serai. Dicuci dan dititik kemudian direndam dengan air panas mendidih. Bila suam diminum dapat menghindarkan sakit gigi, sakit otot dan sendi-sendi. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula jadi.

Melegakan Senggugut.

Untuk wanita yang mengalami masalah senggugut amalkan minum air serai setiap pagi ketika datang haid. Caranya ambil satu batang serai dicuci, dititik dan direndam dalam gelas dengan air yang mendidih. Setelah suam bolehlah diminum. Ia juga dapat menghilangkan rasa mual.

Ejen Pencegah Kanser.

Ambil 2 batang serai dan dibersihkan dan tuang dengan air panas mendidih dapat menyembuhkan penyakit kanser. Elemen semula jadi “Citral” yang terdapat dalam Serai di percayai dapat mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan Sel Sehat.

Insomnia.

Minum rendaman satu atau 2 batang Serai di dalam gelas air panas mendidih. Setelah suam diminum  sebelum menjelang tidur akan berasa lebih santai dan boleh tidur dengan lena (nyenyak).

Menjaga Stamina.

Satu atau 2 batang serai yang direndam dengan air panas mendidih dapat menjadi penawar zat-zat racun yang masuk kedalam tubuh badan. Tubuh akan menjadi lebih sehat dan segar dengan hilangnya zat-zat sampah yang membahayakan tubuh.

Membersihkan Organ Dalam Tubuh.

Selain membersihkan zat-zat racun dalam badan. Serai juga berupaya membersihkan organ-organ dalam tubuh seperti buah pinggang, pundi-pundi kencing. Ini menggalakan organ-organ tersebut dapaat berkerja dengan sempurna.

Insyaallah. Jumpa Lagi…………

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s