Sedekah  ialah sesuatu yang diberikan kerana mengharapkan pahala dari Allah swt.  Menurut Ar-Raghib mengatakan sedekah ialah harta yang dikeluarkan seseorang dengan tujuan ibadah, seperti zakat tetapi pada dasarnya sedekah adalah satu hal yang disyariatkan sebagai sunat manakala zakat adalah wajib.

SEDEKAH

Diriwayatkan dari Umar ra mengatakan “Amal itu saling berbangga diri antara satu sama lain. Sedekah berkata “Akulah yang terbaik di antara kamu””

Terdapat banyak lagi kelebihan dan keistimewaan sedekah dan diantaranya ialah sebagai penyembuh penyakit, ini bersesuaian dengan hadis dibawah

دَاوُوْا مَرْضَاكُمْ بِالصَّدَقَةِ

Ubatilah orang yang sakit di antara kamu dengan sedekah.”

(HR. Thabrani dan Baihaqi)

Di zaman moden ini terdapat banyak penyakit yang timbul dan cukup merungsingkan. Sehingga ada penyakit yang tidak ditemui penawar buat masa kini walaupun begitu sebagai orang islam kita boleh ikhtiar untuk merawat penyakit dengan sedekah.

Bukankah penyakit yang menimpa seseorang merupakan ujian dari Allah swt. Rasulullah saw telah bersabda

فِتْنَةُ الرَّجُلِ فِي أَهْلِهِ وَ مَالِهِ وَ نَفْسِهِ وَ وَلَدِهِ وَ جَارِهِ يُكَفِّرُهَا الصِّيَامُ وَالصَّلاَةُ وَالصَّدَقَةُ وَاْلأَمْرُ بِالْمَعْرُوْفِ وَالنَّهْيُ عَنِ الْمُنْكَرِ

“Ujian yang menimpa seseorang pada keluarga, harta, jiwa, dan jiran boleh dihapuskan dengan puasa, solat, sedekah dan amar makruf nahi mungkar”

(HR Bukhari dan Muslim)

Oleh itu  bersedekahlah dengan harta yang baik yang dikurniakan oleh Allah swt kerana Allah itu baik dan tidak menerima kecuali yang baik. Ini sesuai dengan Firman Allah swt

“wahai orang beriman nafkahkanlah sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik…”(Surah al-Baqarah :267)

Seterusnya niatkanlah ketika bersedekah iaitu sebagai penyembuh sebagaimana di dalam hadis

“Setiap amal itu tergantung niatnya dan setiap orang mendapatkan sesuai apa yang ia niatkan” (HR Bukhari)

Ikhlas ketika bersedekah merupakan satu tuntutan agar ianya diterima disisi Allah swt. Selain itu pilihlah orang yang betul-betul memerlukannya supaya amalan sedekah sempurna. Itulah diantara adab-adab yang perlu dijaga ketika bersedekah.

Semoga Allah swt menyembuhkan segala penyakit yang dihadapi oleh umat islam dan menambah nikmat kepada orang-orang yang beriman

Sumber:- http://tahajjud.net

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s