Salam Maal Hijrah

Posted: December 7, 2010 in Berkenaan Islam
Tags:
Artikel ini saya copy paste dari blog flyingkick dan http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/ menarik dan minta izin
teman..

Solat Asar siang tadi merupakan solat terakhir pada tahun 1431 Hijrah. Dan selepas Solat Asar, kebanyakan imam membacakan doa akhir tahun dan majlis selepas itu disusuli dengan bacaan al Quran, zikir, tahlil, bertahmid dan bertazkirah, mengenang kembali saat-saat penghijrahan baginda Rasulullah s.a.w bersama-sama Sahabat r.a yang menyerupai baginda s.a.w dalam akhlak mahupun penjagaan sunnah baginda s.a.w iaitu Syaidina Abu Bakar As-Siddiq r.a.

Bagi yang bekerja pula, sekadar membaca doa akhir tahun dengan harapan dan sepenuh pergantungan sambil bertawassulkan kebajikan yang telah dilakukan pada sepanjang tahun 1431 Hijrah agar segala dosa diampunkan Allah Taala selain dirahmati-Nya. Kesyukuran dipanjatkan kerana masih diberikan Allah Taala kenikmatan dan anugerah-Nya sehingga akhir tahun meskipun terlalu banyak dosa yang dilakukan sepanjang tahun itu.

Dan selepas solat maghrib, bermulalah majlis yang sama dengan bacaan doa awal tahun dimulai. Perlu diingat, hari baru Islam bermula pada waktu Maghrib, bukannya tengah malam.

Mengungkap peristiwa Hijrah baginda Rasulullah s.a.w dari Kota Makkah ke Kota Madinah, pastinya akan membuatkan sebahagian daripada kita enggan mendengarnya lagi kerana kisah tersebut diulang-ulang setiap awal tahun Hijrah. Cerita tersebut tidak banyak berubah, bahkan ia tidak akan diubah walaupun seribu tahun lagi mendatang.

Namun apa iktibar yang boleh kita perolehi daripada peristiwa Hijrah berkenaan? Apakah cukup dengan hanya kita mengungkapkan keazaman baru, berhijrah daripada keburukan kepada kebaikan, berhijrah daripada kemunduran kepada kecemerlangan?

Hijrah Rasulullah s.a.w telah menguatkan agama Allah Taala dan akhirnya Makkah berjaya dikuasai sebelum dunia disinari khabar gembira buat orang-orang yang beriman ini.

Ada segelintir pendapat yang mengatakan, perkara pertama yang dilakukan sebaik-baik sahaja sampai di Kota Madinah adalah menyusun strategi politik. Sekaligus pada masa yang sama, tanpa mereka sedar, mereka sebenarnya telah menganggap bahawa Rasulullah s.a.w mempunyai nafsu untuk menjadi Raja, Maharaja, Sultan dan Pemerintah. Satu pendapat yang sama sekali sangat dangkal dan kufur sifatnya.

Apa yang dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w adalah mendirikan sebuah masjid iaitu Masjid Quba. Seterusnya mendirikan masjid yang kini dikenali sebagai Masjid Kubah Hijau atau Masjidil Nabawi. Masjid adalah tempat sujud. Masjid juga merupakan tempat umat Islam berkumpul dan bersatu sehinggakan solat berjamah dilakukan dalam bentuk saf yang berlapis-lapis, bukannya berselerak atau dengan barisan kerusi yang rongak-rongak sifatnya.

Seterusnya, antara perkara terpenting yang Rasulullah s.a.w lakukan adalah mempersaudarakan kaum Ansar dan Muhajirin biarpun mereka satu bangsa kecuali dari suku-suku yang berlainan.

Tidak dapat dinafikan lagi, kerana persaudaraan dan perpaduan itulah yang menguatkan umat Islam sehingga menakutkan Yahudi-Yahudi Yathrib yang sebelum kedatangan Nabi s.a.w menjadi penguasa di kota tersebut. Dan kerana perpaduan antara Ansar dan Muhajirin itulah juga, Islam berjaya dimartabatkan sehingga sampai ke daerah Nusantara dan Melayu menjadi sinonim dengan umat Islam di rantau sebelah sini.

Pengukuhan persaudaraan di kalangan umat Islam menjadi prioriti kepada Nabi s.a.w sewaktu baginda tiba di Madinah al-Munawwarah. Namun, kita yang mengaku sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w nampaknya terlalu patuh dengan kehendak Demokrasi Rom sehingga kita melupakan atau buat-buat tidak tahu tentang pengukuhan dan perpaduan tersebut sungguhpun pada masa yang sama kita mengakui bahawa perpaduan umat Islam pasti akan mengukuhkan kita dan mengangkat tinggi al Quran dan As-Sunnah.

Tiada sistem yang dicipta oleh manusia mampu untuk menandingi sistem atau sunnatullah di dunia ini. Begitu juga, walau sehebat mana pun kita berparti politik, tidak ada satu pun yang dapat menandingi ikatan persaudaraan dan perpaduan di kalangan kita. Kalau Nabi s.a.w sendiri pun mempersaudarakan Ansar dan Muhajirin, mengapa pula kita di sini, yang hidup pada penghujung hayat dunia ini yang begitu berani melanggar apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w?

Kita kata kita sayangkan Rasulullah s.a.w. Kita kata, kita berjuang demi Rasulullah s.a.w dan demi Allah Taala. Kita kata, kita ingin mengangkat Al Quran dan As-Sunnah sebagai perundangan teragung di negara ini.

Namun mengapa sebahagian besar daripada kita terlalu menentang persaudaraan dan perpaduan di kalangan umat Islam? Mengapa antara kita, ramai yang beranggapan, jauh lebih baik bersaudara dengan kafirin berbanding umat yang sama-sama berkongsi keyakinan dan keimanan dalam kalimah Thoiyibbah?

Tidakkah Nabi s.a.w ketika mempersaudarakan Ansar dan Muhajirin, baginda s.a.w cukup tahu tentang perangai para Sahabatnya? Tidakkah di kalangan mereka, ada yang bengkeng, ada yang keras kepala, ada yang masih sukar meninggalkan tabiat meminum arak sungguhpun pada waktu itu, arak masih belum diharamkan? Apa perlu baginda mempersaudarakan Sahabat-Sahabat baginda dengan umat yang baru sahaja mengenali Islam dan baru sahaja mengenali baginda s.a.w?

Mengapa kita di sini tidak mengambil iktibar tersebut? Mengapa kita lebih berpihak kepada kaum kafir yang menjadi sekutu politik kita berbanding saudara-saudara kita yang berlainan parti politik? Apakah kita sebenarnya ingin menegaskan bahawa kefahaman kita tentang Islam jauh lebih besar daripada Rasulullah s.a.w?

Na’uzubillah… semoga kita dijauhkan daripada perasaan takabbur sebegitu rupa.

Berhijrahlah kita daripada kejahilan kepada kebijaksanaan. Berhijrahlah kita daripada kesombongan kepada kerendahan hati dan budi. Berhijrahlah kita daripada Isyraqiyyah (Illuminisme) kepada realiti Islam yang telah diajarkan oleh Nabi s.a.w dan disebarkan oleh para Sahabat r.a dan golongan Solafus-Soleh.

BAGAIMANA MENJANA WANG LEBIH SETIAP BULAN!
Kerja separuh masa, kehidupan sepanjang masa!
www.velocity4u.com/tcure 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s