Teh Hijau – Green Tea

Posted: August 4, 2010 in Health Information, Natural Herbs
Tags: ,

Teh Hijau (Green Tea)

Buat masa ini teh samaada yang jenis hijau, hitam, putih atau oolong, sangat bersaing atau seiringan dengan minuman air biasa yang selalu digunakan atau diminum di seluruh dunia. Mengikut lagenda China, teh telah ditemui oleh Maharaja Shen Nong dalam tahun 2700 sebelum Masehi (BC). Pada waktu itu air banyak yang tercemar, Maharaja telah memerentahkan air harus dimasak dahulu sebelum diminum. Pada suatu hari berlakulah tiupan angin yang telah menerbangkan daun teh dan telah termasuk kedalam cerek beliau yang airnya sedang mendidih. Baginda membiarkannya dan meminum air rebusan tersebut.

Kesemua jenis teh adalah daripada pokok yang sama ia itu Camellia Sinensis. Yang membezakannya adalah cara pemperosesannya;

  • Hijau

  • Putih

  • Hitam

  • Oolong

Daun teh yang baharu dipetik diwapkan untuk satu tempoh yang pendek dan proses ini dapat menghalang daun bertukar warna atau mengalami penapaian. Selepas pengwapan daun ini dikeringkan. Teh oolong pula prosesnya mengambil masa yang pertengahan ia itu panjang sedikit daripada Teh Hijau dan pendek sedikit daripada Teh Hitam. Manakala Teh Putih pula dibuat dari tunas dan daun muda tanaman teh. Daun diwapkan selepas dipetik untuk menghentikan pengoksidaan dan dikeringkan.

Teh hijau mengandungi Polyphenols yang mana dapat bertindak sebagai antioksidan 100 kali lebih berkesan daripada Vitamin C dan 25 kali lebih kuat daripada Vitamin E dari segi perlindungan sel-sel tubuh dan DNA yang bersumber daripada kerosakan Oksidan. Ia juga 2 kali lebih baik daripada Resveratol yang terdapat daripada vine merah.

Kandungan Polyphenols dalam teh hijau mengandungi paras Catechin Polyphenols yang tinggi kususnya Epigallocatechin Gallate (EGCG). EGCG ini adalah antoksidan yang sangat hebat. Semasa zaman dahulu lagi Teh Hijau di anggap sebagai bahan minuman kesihatan. Pakar-pakar kesihatan telah mengkaji dan mendapati banyak faedah kesihatan yang terkandung di dalam Teh Hijau.

Berdasarkan kepada banyaknya penyelidikan yang dibuat tentang keberkesanan Teh Hijau pada masalah kesihatan. Di sini saya akan senaraikan faedah-faedah untuk pengetahuan dan faedah bersama:-

1.   Kelanjutan Usia

Teh Hijau dapat melawan penyakit dan menambah kelanjutan Usia daripada banyak sebab. Lebih-lebih lagi pada pengidap penyakit jantung. Lebih muda dan sihat keadaan arteri anda, maka lebih muda dan sihat yang anda akan rasakannya.

Kita harus dapat melawan Plak-plak yang terbina di dalam saluran darah (arteri) yang boleh menyebabkan risiko penyakit Jantung, Strok (Angin Ahmar) serta dapat menambah Usia Biologikal. Kita mungkin dapat melihat bagaimana masyarakat Jepun boleh hidup lebih lama berbanding daripada masyarakat lain di dunia ini kerana mengamalkan minum Teh setiap hari.  Minumlah 5 cawan sehari untuk masalah kelanjutan usia dan awet muda.

2.   Menurunkan Berat Badan.

Mempunyai bukti kuat yang Teh Hijau dapat menurunkan berat badan. Teh hijau dapat juga mempercepat proses pembakaran kalori dan pembakaran lemak.

3.   Melindungi Kulit Dari Cahaya Ungu (Ultraviolet)

Dalam ujian makmal, Teh Hijau telah di sapukan terus kekulit kerana ia dapat membantu untuk menghilangkan kanser kulit yang berlaku daripada pendedahan Cahaya Matahari. Polyphenols Teh Hijau juga dapat melindungi kulit dengan mempertingkatkan tisu elastic.

4.   Mengurangkan Kolestrol LDL

Dapat mengawal paras kolesterol LDL dan secara tidak langsung mengurangkan gumpalan darah tak normal yang menjadi penyebab utama serangan jantung dan strok

5.   Pelindung Memori

Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak.

Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau sehari akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya.

Kenapa? Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak seperti pesakit Alzheimer dan Parkinson.

6.   Mengurangkan Resiko Terkena Penyakit Jantung.

Minum secawan Teh Hijau sehari ternyata dapat menghindari resiko terkena serangan jantung, kerana dalam teh terdapat komponen alami yang bernama Flavonoid.  Komponen inilah yang berperanan menetralkan bahan kimia yang dapat merusak sel-sel dan yang menyebabkan serangan jantung, stroke dan kanser.

7.   Membantu Mengawal Paras Gula Darah – Kencing Manis Type 2.

Polyphenols dan Plolysaccharides dapat memberi kesan yang menafaat kepada paras gula dalam darah. Minum satu hari 6 cawan Teh Hijau dapat mengurangi risiko terkena penyakit kencing manis.

8.   Membantu Mengawal Tekanan Darah Tinggi.

Teh Hijau boleh menurunkan tekanan darah dan membantu mencegah penyakit darah tinggi. Teh meningkatkan tubuh menghasilkan nitric oksida, yang melebarkan arteri dan dapat mengurangkan tekanan darah.

9.   Mencegah Dari Terkena Strok (Angin Ahmar)

Teh hijau dapat memenuhi janjinya dalam pencegahan strok. Selain itu, polyphenols teh hijau, khususnya EGCG, telah menunjukan untuk dapat melindungi sel-sel otak daripada proses memusnah stroke selanjutnya.

10.       Pencegahan Penurunan Kognitif Dan Penyakit Neurodegenerative (Penyakit Alzheimer dan Parkinson)

Teh hijau adalah neuroprotective, dan boleh mengurangkan risiko gangguan degeneratif sistem saraf pusat, seperti penurunan kognitif, penyakit Alzheimer dan penyakit Parkinson. Semua kesan biologi menghasilkan mengurangkan kerosakan pada sel-sel otak. Minumlah Teh Hijau 2 atau 3 cawan sehari

11.       Pencegahan Atherosclerosis

Minum teh hijau secara teratur mungkin bermanfaat untuk pencegahan dan rawatan aterosklerosis, suatu penyakit di mana plak terbentuk di bahagian dalam arteri. Teh hijau telah terbukti berkesan menurunkan risiko dari atherosklerosis dengan menurunkan kolesterol LDL, trigliserida, peroksida lipid (radikal bebas yang merosakkan LDL kolesterol dan lipid lain) dan fibrinogen (protein dalam darah yang terlibat dalam pembentukan bekuan darah). Teh hijau merupakan antioksidan yang kuat dan melindungi kolesterol LDL dari pengoksidaan. Pengoksidaan Kolestrol inilah yang melekat dan cenderung melengket ke dinding arteri, yang mengarah pada pembangunan aterosklerosis.

12.       Pencegahan Gumpalan Darah.

Teh hijau juga dapat mencegah pembentukan gumpalan darah (trombosis). catechin teh hijau menghasilkan kesan antithrombotic kuat yang boleh menghambat agregasi platelet (formasi gumpalan darah)

13.       Meningkatkan Ketahan Dalam Latihan.

Penelitian terhadap haiwan menunjukkan bahawa teh hijau meningkatkan ketahanan dalam latihan. Selama dalam latihan catechin teh hijau dapat meningkatkan kapasiti metabolik dan penggunaan asid lemak sebagai sumber tenaga dalam rangka otot.

14.       Perlindungan Kesan Negatif Dari Merokok. 

Menurut kajian yang dikreditkan minum teh hijau secara teratur dapat melindungi perokok daripada kerosakan oksidatif dan mengurangkan risiko kanser atau penyakit lain yang disebabkan oleh radikal bebas yang berkaitan dengan merokok. Pengambilan teh hijau mungkin berkesan untuk mengelakkan gangguan kardiovaskular di masa depan pada perokok-perokok yang kronik

15.       Meningkatkan Ketumpatan Mineral Tulang

Minum teh hijau dapat mencegah osteoporosis dan kehilangan tulang. Para penyelidik di Universiti Tokyo telah menunjukkan bahawa minum teh hijau dapat meningkatkan ketumpatan mineral tulang.

 16.       Pencegahan Kerosakan Gigi.

Teh hijau terbukti berkesan dan ubat untuk mencegah kerosakan gigi. Ia membunuh bakteria yang menyebabkan plak gigi dan mulut berbau (bau mulut) dan meningkatkan asid ketahanan gusi gigi.

17.       Arthritis – Atristik (Radang Sendi)

Teh hijau boleh membantu mereka yang mengalami Atristik dengan mengurangkan keradangan dan melambatkan kerosakan tulang rawan.

18.       Aktiviti Antimicrobal

Catechin teh hijau dapat mencegah bakteria, aktiviti anti-virus dan anti-kulat. Ini termasuk beberapa jenis salmonella, virus influenza dan herpes simpleks. Dapat menghancurkan kemampuan bakteria dan dapat membantu mencegah keracunan makanan.

19.       Melindungi Hati

Teh hijau muncul untuk menyokong hati yang sihat. Pengajian yang telah menunjukkan bahawa lelaki yang minum lebih dari 10 cawan teh hijau sehari sangat kurang mengalami gangguan hati. Haiwan kajian menunjukkan bahawa teh hijau akan membantu melindungi hati dari kerosakan akibat zat beracun seperti alkohol.

20.       Kesan Kepada Saluran Pencernaan

Dalam saluran pencernaan, teh hijau dijumpai untuk mengaktifkan antioksidan intraseluler dan mengurangkan peradangan. Pengambilan teh hijau yang berkualiti (lebih daripada 10 cawan per hari) dapat mencegah atrophic gastritis kronik. Selain itu, teh hijau boleh membantu mengurangkan radang yang berkaitan dengan penyakit “Crohn’s disease and ulcerative colitis”, dua jenis penyakit inflamasi usus (IBD).

Dalam Teh Hijau juga mengandungi Kafein dalam kuantiti yang berpatutan yang dapat mebawa kebaikan terhadap tubuh kerana ia dapat merangsang metabolisme serta meningkatkan fungsi otak dan rangsangan pada persekitaran. Dengan kebaikan Teh yang saya nukilkan ini, janganlah berlengah amalkanlah meminum Teh Hijau untuk kesihatan dan cara hidup kita bersama. Murah dan senang di dapati.

 

Please Surf Web:

www.treat-cure.com
https://saatjais.wordpress.com
http://rrcorner.wordpress.com
Saat Jais - Pakar Urut

Thank You

BAGAIMANA MENJANA WANG LEBIH SETIAP BULAN!
Kerja separuh masa, kehidupan sepanjang masa!
www.velocity4u.com/tcure 
 
PERNIAGAAN YANG MENAKJUBKAN. 
Capai cita-cita Anda dengan masa Anda dan menjadi Bos sendiri.
www.velocity4u.com/tcure
Comments
  1. armouris says:

    info tentang strok di SIHAT SELALUAwasi Tanda-tanda Strok

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s