Badan Perlu Air Yang Mencukupi

Posted: November 26, 2009 in Uncategorized
Tags: ,

Ekstra! : 26 Nov 2009 (Berita Harian)

MINUMAN SIHAT

 BADAN PERLU AIR MENCUKUPI

TAHUKAH anda tanda-tanda anda kekurangan air di dalam badan?

Ia termasuklah mulut kering, mata yang juga kering hingga ia berhenti mengeluarkan air mata, anda berhenti berpeluh, mengalami kekejangan otot, mual dan kepala terasa ringan.

Dalam keadaan yang lebih serius, anda akan berasa kebingungan kerana otak anda dan organ-organ lain kurang menerima darah dan akhirnya anda mengalami koma dan kerosakan organ berlaku.

Di peringkat awal, sudah tentu apa yang anda rasakan ialah kehausan dan anda kurang membuang air kecil. Air kencing anda pula lebih pekat dan kuning.

Purata seseorang berjalan antara 3,000 dengan 5,000 tapak sehari. Dengan jumlah ini, purata air yang kehilangan daripada tubuh adalah antara satu dengan dua liter sehari.

Manusia juga kehilangan air melalui peluh, semasa membuang air kecil dan besar dan melalui nafas.

Maka itu, salah untuk menganggap bahawa meminum air secukupnya hanya perlu untuk mereka yang aktif secara fizikal atau bergiat dalam sukan.

Bagaimanapun, ada orang yang cenderung untuk minum air berlebihan dan ini boleh menyebabkan masalah pencairan sodium yang berlebihan di dalam badan dikenali sebagai hyponatraemia.

Oleh itu, minum air mencukupi sepanjang hari adalah penting. Dalam pasaran, minuman isotonik 100Plus, disifatkan sebagai lebih daripada air biasa kerana selain membekalkan tubuh dengan air, ia juga berupaya menggantikan zat-zat mineral di dalam badan.

Ia juga mengandungi karbohidrat utama iaitu glukos dan sukros untuk tenaga serta mineral untuk mengelakkan kekeringan tubuh.

Untuk mereka yang terkena cirit-birit, minuman isotonik seperti 100Plus juga disarankan untuk menggantikan air yang banyak hilang dan mencapai keseimbangan zat mineral.

100Plus kini boleh didapati dalam beberapa perisa seperti masam dan rasa lemon dalam tin 330 ml, 500 ml dan botol 1.5 liter. Ia juga membawa label ‘Pilihan Lebih Sihat’ Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB).

Sumber daripada Berita Harian 26/11/2009.

 

Saat Jais - Pakar Urut

Jumpa Lagi Insya_Allah……..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s