Merawat Runtuhnya Keupayaan Kaki

Posted: October 15, 2009 in Petua & Rawatan, Treatment, Uncategorized, Urut & Kebaikannya
Tags: , , ,

Urut Runtuhnya Keupayaan Kaki

fateha 1Biasanya Psiotherapy atau Prof atau Dotor-doktor, akan menyarankan penggunaan Ankle Foot Orthosis (AFO) untuk membantu anak yang bermasalah Runtuhnya Keupayaan kaki. Seperti yang berlaku pada Anak kecil ini (Noor Fatheha) . Sila lawat lelaman di bawah ini:-

http://19thmayflower.wordpress.com/

 Ankle Foot Orthosis (AFO) adalah belat (splint) yang berkemungkinan besar akan diperlukan untuk dikenakan setiap hari, untuk mereka yang bermasalah kekejangan pada otot-otot pada betis dan juga pada nada (tone) aliran otot yang bersangkutan. AFO ini selain membantu mengurangi ketegangan Otot-otot di betis dan juga otot-otot yang berada di daerah tulang kering. Diharapkan dapat mengembalikan runtuhnya keupayaan kaki yang berlaku pada Fateha.

Fateha 2Fateha 3Kalau Ibu/bapa mempunyai anak-anak yang bermasalah seperti ini ,selain menggunakan hidmat Psiotherapy, gunakanlah juga  hidmat tradisi secara pengurutan. Saya juga berkeyakinan yang berurut dapat membantu lebih efektif. Saya tidak menggalakan penggunaan botok, kecuali telah gagal dengan cara-cara yang lain.

Apa yang harus Terapi Urut lakukan. Oleh kerana gejala  di sebabkan kerana otot-otot yang tegang dan nada aliran otot yang tidak seimbang. Lakukanlah pengurutan di daerah pinggul, daerah peha dalam dan luar. Bila daerah ini sudah dilemaskan (di lunakan) baharulah beralih kebahagian betis dan bahagian depan ia itu otot-otot keberadaan di tulang kering. Anda (ibu/bapa) boleh rujuk  pada jaluran hati, jaluran Kandung Kencing, jaluran limpa untuk mengethui faedahnya, kerana urutan yang di lakukan ini akan ada sangkut paut dengan jaluran-jaluran tersebut.

Oleh kerana anak ini (Fateha) baru berumur setahun lebih, di harap Terapi urut dapat mengadun tekanan yang santai ia itu tidak terlalu kuat. Gabungkanlah urutan Keluar dan masuk kearah jantung. Harus di ingat urutan keluar kearah jantung boleh gunakan tekanan yang agak kuat, tetapi tekanan yang kearah masuk kearah Jantung haruslah begitu santai. Salah melakukan boleh merosakan injap-injap saluran darah.

Gunakan sedikit latihan regangan  supaya otot-otot berkenaan dapat berfungsi dengan lebih baik dan dapat meningkatkan pergerakan yang lebih luas lagi. Ingat anak ini masih terlalu kecil, jangan lakukan di luar batasan.  Jika ini di lakukan akan memburukkan lagi keadaan daripada membaikinya.

Ibu/Bapa di galakan dapat mengambil sedikit tunjuk ajar dari Terapi Urut supaya boleh melakukan sendiri kaedah ini di rumah. Saya rasa jika Terapi Urut ini benar berkemahiran sudah tentu ia akan mengajarkan kepada Ibu/Bapa berkenaan prosedur membantu merawat si kecil itu.

Untuk mengetahui beberapa panduan Urut mengurut tradisional. Buatlah dengan Ilmu pengetahuan yang luas bukan sekadar hentam keromo atau kaedah cuba dan kesilafan (try an error).

Pada ibu-bapa yang mempunyai masalah anak seperti ini haruslah tabah, berusaha danberdoalah semuga Allah membantu kita . Insya-Allah.

Sila Surf: www.treat-cure.com,      http://saatjais.formor.com

Saat Jais - Pakar Urut

Jumpa Lagi Insya-Allah……..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s