Amalan Sunat Di Bulan Ramadhan

Posted: August 24, 2009 in Berkenaan Islam, Uncategorized
Tags: , , ,

AMALAN SUNAT DI BULAN RAMADHAN.

(Di petik dari buku kecil – Ramadhan Hikmah dan Kelebihannya – Persekutuan Seruan Islam Singapura (Jamiyah Singapura)

 

  • Ketika hendak berbuka disunatkan membaca:-

 

اللّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ أَمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ

(Ya Allah kerana-Mu aku berpuasa. Kepada-Mu aku beriman dan dengan rezeki-Mu aku  berbuka)

  •  Mula berbuka dengan memakan kurma atau makanan-makanan manis. Usah makan terlalu banyak hingga boleh menimbulkan kemudaratan.
  • Amalan bangun sahur digalakan Nabi S.A.W walaupun dengan meminum seteguk air. Ini sesuai dengan hadis baginda, bermaksud.

 “Bersahurlah kamu, kerana sahur itu berkat”.- Bukhari dan Muslim.

  •  Memberi makan kepada orang yang berpuasa. Sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasaai, bermaksud:

 “Sesiapa yang memberi makan untuk berbuka puasa nescaya ia mendapat pahala sebagaimana yang diterima oleh orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun”.

  •  Iktikaf – duduk di masjid – merupakan salah satu amalan sunat yang digalakkan Rasulullah kepada mereka yang berpuasa.
  • Allah telah menetapkan bahawa Salat Terawih hanya terdapat sepanjang Ramadhan.  Beruntunglah sesiapa yang dapat melakukannya. Di samping itu disunatkan mereka yang berpuasa membaca al-Quran, berzikir dan berselawat atau apa juga amalan-amalan yang dapat dilakukan.  Mereka yang berhasrat meningkatkan takwa kepada Allah pasti enggan melepaskan peluang ini.
  • Rasulullah S.A.W bersabda “Sesungguhnya ada tiga peringkat keagungan dan kelebihan di bulan Ramadhan.”

 

Dari 1 hingga 10 Ramadhan: Permulaannya Rahmat Maka  sunat dibaca sepanjang masa.

 

الّلهُمَّ ارْحَمْنِيْ ياَ أَرْحَمَ الرَّا حِمِيْنَ

Allah hummar hamni yaa arhamar rohimin.

(Ya Allah, kurniakanlah rahmat kepadaku, wahai Tuhan yang amat mengasihani

 

Dari 11 – hingga 20 Ramadhan: Pertengahannya adalah pengampunan. Maka banyakkanlah doa:-

 

الّلهُمَّ اغْفِرْ لِيْ ذُنُوبِيْ يَارَبَّ الْعَالمَِيْنَ

 

Allah Humag firli zunubi yaa rob bil ‘alamin.

(Ya Allah. Ampuni dosaku wahai tuhan seru sekalian Alam)

 

Pada 10 hari terakhir Ramadhan adalah pembebasan dari api neraka. Maka sunat membaca doa ini:

الّلهُمَّ أَعْتِقْنِيْ مِنَ النَّارِ , وَأَدْخِلْنيِ جَنَّتَكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ, بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Allah humma ‘aktikni minan nar, wa adhilni jannataka yaa arhamar roh himin, biroh matika yaa arhamar rohimini..

(Ya Allah Ya Tuhan bebaskan aku dari siksa api neraka dan masukkan aku kedalam syurga Engkau Ya Tuhan pentadbir semesta alam dengan rahmat Engkau, kerana Engkau sahaja yang dapat member rahmat”.)

Juga sunat dibaca pada 10 hari terakhir Ramadhan dengan:

أَشْهَدُ أَن لاَّ اِلهَ اِلاَّ الله, أَسْتَغْفِرُ الله, أَسْأَ لُكَ الْجَنَّةَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

Ashadu alla illa hail lulloh, astagfirulloh, as alukal jannata wa anguzubika minan nar.

(Saya naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Kami memohon keampunan Allah. Kami memohon syurga dan berlindung dengan Allah daripada api neraka)

اللّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَناَّ ياَ كَرِيْمٌ

Allah huma innaka ‘af fuun karim, tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anna yaa karim.

(Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun suka mengampunkan maka ampunilah kami Ya Allah).

Saat Jais - Pakar Urut

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s