Keistemewaan Dan Kelebihan Ramadhan

Posted: August 20, 2009 in Berkenaan Islam, Uncategorized
Tags: , ,

Keistimewaan Dan Kelebihan Ramadhan.

(Dipetik dari Buku Kecil Ramadhan –Hikmah dan kelebihannya oleh Pesekutuan Seruan Islam Singapura (Jamiyah Singapura)

Puasa Ramadhan 1

 

Puasa Ramadhan 2

Puasa Ramadhan 3

Puasa Ramadhan 4

Puasa Ramadhan 5

Ibadah Puasa mengandungi berbagai keistimewaan di dalamnya – sama ada dari segi kesihatan, ekonomi, kemasyarakatan  dan peningkatan takwa.

Setiap orang Islam yang bertakwa kepada Allah dan Rasul-Nya hendaklah bersungguh-sungguh mencari kerdaan Allah supaya puasa mereka diterima keseluruhannya. Di samping itu perlulah dijaga adab dan hukum-hukumnya dengan sebaik-baiknya.

Dalam bulan yang mulia ini kita akan memperoleh berbagai hikmah dan kelebihannya.

  • Menanamkan sifat kasih sayang kepada mereka yang kurang bernasib baik.
  • Membiasakan diri dengan sifat amanah kerana puasa adalah amanah Allah yang berat dan sukar dikendalikan.
  • Ibadat puasa merupakan latihan menilai setinggi mana keinginan manusia supaya ia mampu mengawal dan mengekang hawa nafsunya.
  • Dengan berpuasa menolong yang memiliki daya yang boleh menguasai tuntutan nafsu yang boleh membawa ke lembah maksiat mampu mengekangnya.
  • Mampu mendidik kelemahan agar selalu kuat dan tabah melakukan kebajikan. Rasulullah  S.A.W bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ اِيْماَناً وَاحْتِسَا باً غُفِرَ لَهُ مَا تَقْدَّمَ ذَنْبِهِ

Bermaksud:   “Siapa yang berpuasa Ramadhan atas dasar keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, di ampuni dosa-dosanya yang telah lalu”:.  

  • Puasa mampu mengendalikan syahwat.

Rasulullah S.A.W besabda yang bermaksud:

“Wahai golongan pemuda, sesiapa yang mempunyai kesanggupan, kahwinlah, kerana ia lebih mampu mengendalikan pandangan mata dan lebih mampu membendung kehormatan. Dan sesiapa yang tidak mampu berpuaslah, kerana puasa dapat mengendurkan syahwat”.

  • Puasa mampu melatih disiplin dalam kehidupan. Berbuka pada masa yang sama – tidak ada yang ingin menangguhkannya.
  •  Puasa mampu membina kesihatan jasmani dan rohani apabila dikerjakan menurut petunjuk al-Quran dan Sunah Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W bersabda:

صُو مُوا تَصِحُّوا

“Berpuasalah kamu nescaya kamu akan sihat”

  • Puasa mampu melatih setiap muslim dan muslimah beribadah semata-mata kerana mencari keredaan Allah.
  •  Puasa mampu melatih setiap muslim dan muslimah beribadah semata-mata kerana mencari keredaan Allah.
  •  Mampu melatih hidup berjimat dan sederhana. Cara Rasulullah berbuka dan bersahur sangat baik dijadikan teladan
  •  Mampu melatih diri bersifat amanah dan boleh dipercayai. (Ketika anda sedang berpuasa tiada siapa tahu anda minum atau makan hanya Allah yang mengetahui).
  •  Mampu menyedarkan dan menyegarkan ingatan bahawa kita hamba Allah yang wajib mematuhi dan mentaati perintah-Nya.
  •  Mampu melatih manusia supaya sentiasa bersifat sabar dan tabah ketika menghadapi kesulitan dan kesukaran.
  •  Menurut riwayat, Rasulullah S.A.W apabila akan menghadpi sesuatu peperangan melawan musuh, baginda berpuasa lebih dahulu supaya terlatih sifat sabar dan tabah menghadapi kesukaran dalam peperangan, di samping mendekatkan diri kepada Allah.
  •  Membersihkan jiwa dengan jalan mematuhi perintah-perintahNya, menjauhi segala larangan-Nya dan melatih diri untuk menyempurnakan ibadah kepad Allah semata-mata.

 Hdis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Rasulullah S.A.W bersabda:

 

الصِّيَا مُ نِصْفُ الصَبْرِ

Puasa itu sebahagian dari kesabaran

  •  Boleh menyihatkan badan dan menenangkan jiwa dan fikiran manusia.
  •  Mampu membangkitkan semangat juang apabila diniatkan untuk Allah semata-mata.
  • Menimbulkan semangat bersyukur terhadap nikmat-nikmat Allah.
  •  Mengingatkan kepada orang-orang penderitaan orang-orang miskin.
  •  Mendorong manusia sentiasa menjadi insan bertakwa.
  •  Ramadhan bulan diturunkan al Quran – panduan hidup umat manusia.
  •  Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.
  •  Terdapat juga satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan (Lailatul-Kadar)

Saat Jais - Pakar Urut

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s