Archive for the ‘Buah-buahan’ Category

Inilah taksub yang tak bertempat? Kalau Pokok Kurma berbuah di Kelantan di katakan yang Tuk Guru Nik Aziz berkat, keramat , zuhud dan bermacam-macam lagi. Tetapi bagaimana Kes Rogol yang berlaku di Kelantan. Mangsa yang kena rogol  beramai-ramai? Bagaimana kalau benih perogol itu melekat? Adakah ini juga berkat?

Fenomena pokok kurma berbuah lebat sudahpun berlaku di Melaka di Alor Gajah. Lihat keratan akhbar Isnin 3 oktober 2011. Tidakkah Negeri Melaka Berkat, makmur dan berkebajikan? Janganlah jadi Double-standardkan?

Fikir-fikirkanlah……..

Sumber: http://khairulryezal.blogspot.sg/2014/06/apa-hebatnya-pokok-kurma-berbuah-di.html

Sumber: http://khairulryezal.blogspot.sg/2014/06/apa-hebatnya-pokok-kurma-berbuah-di.html

fikir-fikirkanlah………………

Makanan kesihatan dalam Islam.

 Ubi kentang seakan berbentuk buah pinggang, sebenarnya ia baik dalam penyeimbangan glycemic index pada diabetes.
 Bawang berbentuk seperti cell body.Ia juga bertindak sebagai pembersih dalaman kerana berperanan menyingkirkan bahan dalam badan yang tidak berguna lagi.
 Eggplant, Avocadoes dan Pears yang berbentuk sepeti cervix wanita. Hasil kajian membuktikan apabila wanita mengamalkan dalam masa seminggu, ianya dapat membantu dalam berat bayi sewaktu lahir dan juga mengelakkan cancer cervix.
 Buah oren dan citrus berbentuk seperti buah dada wanita sebenarnya membantu dalam kesihatan buah dada seperti memudahkan keluar masuk lymph.
 Minyak zaitun berfungsi dalam kesihatan ovari.
 Buah tomato mempunyai 4 bahagian, sama seperti jantung. Hasil kajian, tomato membantu dalam ksihatan jantung.
 Melihat pada bentuk garisan lobak, mempunyai garisan seperti iris, korang tentu sudah tahu fungsinya dalam kesihatan mata.
 Buah anggur berbentuk macam sel darah.Kelebihan mengamalkannya,ia membantu memvitilasi darah kita.
Buah walnut pula berbentuk semacam otak kita,punyai hemisphere kanan dan kiri juga cerebrum atas dan cerebellum bawah. Mnmbantu dalam transmit nueron pada otak kita. Kalau korang hendak tahu, neuron adalah mesej dari badan ke otak manusia.
 Kacang merah berbentuk ginjal juga membantu dalam kesihatan ginjal.
Buah ara yang dipenuhi biji membantu dalan peningkatan jumlah sperma.
Antara makanan yang diamalkan oleh Nabi Mohammad SAW=
  • susu , dapat membersihkan hati dari ‘kepanasan’.Selain itu memberi daya ingtan yang kuat.
  • madu , terlalu banyak kelebihan seperti menjaga kesihatan perut, menyihatkan rambut dan pembersih mulut. Sesuai diamalkna dengan campuran air suam ya kawan-kawan.
  • minyak ziaitun.
  • anggur.
  • buah delima , membersihkan diri dari setan selama 40 hari.
  • Air .

Sumber : http://fid.ohmacamitu.com/

Insyaallah Jumpa lagi……

Buah Semangka (Tembikai).

PokokTembikaiSemangka adalah buah dari tanaman yang merambat atau menjalar yang serumpun dengan labu, melon dan ketimun ia itu dari keluarga Cucurbitacease.. Buahnya banyak mengandungi air. Isinya berwarna merah dan ada juga yang berwarna kuning.Sering dijadikan buah pencuci mulut atau jus minuman. Selain menghilangkan dahaga, Semangka (Tembikai) juga memiliki pelbagai faedah dan khasiat. Semangka juga mempunyai beberapa jenis, yang bulat atau pun yang berbentuk bujur.

Semangka dipercayai berasal dari gurun Kalahari, Afrika. Menurut kepercayaan nenek moyang di Mesir saat itu, buah ini di gunakan untuk penguburan Raja-raja agar roh-roh mereka mendapat bekalan nutrisi di alam baka. Dari sanalah buah semangka ini tersebar  ke seluruh Dunia.

Buah Semangka adalah salah satu buah yang di gemari oleh Rasulullah SAW. Diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tirmidzi dari Nabi bahawa beliau pernah makan semangka dicampur dengan kurma muda yang sudah masak, beliau bersabda, “Panas di buah ini dineutralkan oleh unsur dingin di buah ini.” Buah Semangka atau dalam istilah arab disebut dengan biththikh adalah buah multi manfaat. Bahkan bagi penderita Gout (asam urat) pun tak perlu risau jika sahaja mengerti cara memanfaatkan buah manis yang satu ini.

tembikai2Ibnu Abas pula berkata: “ Makanlah semangka kerana di dalamnya ada kebaikan. Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi, sebagai pewangi, pembersih pundi kencing, membersihkan perut, menambah air tulang belakang, menghindarkan sejuk, mengatasi kelemahan dan pembersihan Kulit.” (Kitab Ath-Thibbun Nabawi)

Satu hari telah di hadiahkan buah Semangka kepada Rasulullah SAW. Nabi menciumnya dan bersabda: “Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah di antara perkara yang halal di atas bumi. Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari Syurga.”

Pada suatu hari Rasulullah SAW berada bersama beberapa sahabat dan bersabda: “Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah semangka ini”. Kemudian  bangun Saidina Ali kw mendapatkan buah Semangka tambahan. Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya.

Baginda Bersabda: “Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan.”

Semangka juga di kenali sebagai Citrullus Vulgaris.

Bagaimana Cara Membuat Jus Semangka?

Ambil buah Semangka segar secukupnya. Buah Semangka mempunyai kandungan air sehingga 93%, tidak payahlah menambah air semasa membuat Jus Semangka. Tidak watermelonpayahlah untuk menambah apa-apa bahan yang lain, cukup hanya Semangka sahaja.

Buang kulit arinya sahaja, biarkan bahagian yang bewarna hijau muda. Potong kecil-kercil supaya mudah untuk di blender. Jika menggunakan Juicer sertakan biji Semangka sekali.. Boleh ditambah sedikit perahan limau supaya rasanya enak dan seimbang. Minumlah jus setengah jam sebelum sarapan pagi dan makan malam hari. Jus Semangka dapat memnyembuhkan banyak penyakit , termasuk untuk kesembuhan penyakit Gout. Seperti mana yang di catit di Thibbun Nabawi.

Ibnu Qayim menegaskan bahawasanya yang perlu diperhatikan adalah buah Semangka dimakan sebelum memakan sesuatu. Sementara menurut Imam Dzhahabi efek negative yang timbul ketika pengambilan buah Semangka dapat dineutralkan dengan  pengambilan Halia.

Faedah Dan Khasiat Buah Semangka.

  • Buah Semangka banyak mengandungi Vitamin C. Makanlah buah semangka untuk mendapatkan Vitamin C bagi tubuh. Tubuh manusia tidak dapat mengeluarkan vitamin C secara semula jadi.
  • Buah Semangka yang berwarna Merah banyak mengandungi Vitamin A. Vitamin ini sangat baik untuk mengelakan dari terjadinya kerabunan mata.
  • Vitamin A dan C juga adalah anti Oksidan yang dapat membantu mencegah penyakit. Di antaranya mengurangkan risiko kanser usus besar, penyakit Jantung, Asma, Osteoperosis, Rheumatoid Arthritis dan Kanser prostat. Setiap orang digalakan memakan buah yang banyak mengandungi Anti Oksidan. Ia memberi manfaat kepada kesihatan. Ia juga terdiri daripada mineral, vitamin, protein, kabohidrat dan lain-lain zat.
  • Semangka tinggi kandungan vitamin B. Vitamin B adalah punca penghasilan tenaga yang banyak di tubuh kita. Memakan Semangka dapat memberi banyak tenaga. Ia mempunyai jumlah zat pemberi tenaga yang banyak – ia itu Magnesium dan Potassium. Makanlah Semangka sebagai makanan altenatif yang baik sebelum memulakan sesuatu latihan (bersenam). Ia juga tersangat baik untuk orang-orang yang berumur (tua) kerana ia memberi tenaga yang banyak untuk mereka.
  • Lycopene (Likopen) adalah salah satu komponen Karotenoid yang merupakan Anti Oksidan yang selalu kedapatan pada buah-buahan yang bewarna merah. Anti Oksidan menjalar keseluruh tubuh meneutralkan Radikal Bebas.
  • Radikal bebas adalah Zat dalam tubuh yang dapat menyebabkan banyak kerusakan untuk kita. Radikal Bebas mengoksidasikan kolestrol, sehingga melekat pada dinding pembuluh darah dan menebal yang dapat menyebabkan serangan jantung atau stroke.
  • Likopen yang ada dalam Semangka juga dapat menyumbang khasiat khusus untuk pria menikah. Dapat meningkatkan kesuburan dan membantu membangkitkan ghairah seksual pria. Bahawa Senyawa Sitrulin dalam Semangka memiliki efek Afrosodiak yang sama hebat dengan Viagra tetapi sama sekali tidak mempunyai efek sampingan.
  • Likopen, karotenoid yang ada di dalam Semangka dapat meningkatkan fungsi jantung. Beta karoten yang di kenal sebagai anti oksidan juga bersifat anti penuaan, yang membuatkan anda merasa muda dan pencegahan masalah jantung kerana usia tua.
  • Untuk pria penderita Impotensi, digalakan mengambil solusi yang lebih alami untuk merawat kondisi mereka dengan memakan buah Semangka menjadi satu pilihan supaya tidak mengambil obat-obatan yang berkimia.
  • Secara tidak langsung Semangka mempengaruhi alat kelamin pria sebagai obat-obatan seperti Viagra. Masukanlah menu pada daftar masakan sehari-harian bagi pria dan wanita.
  • Sitrulin, ketika diserap kedalam tubuh berubah menjadi Arginin (arginine) dan asid amino. Sitrulin ini bekerja memberikan manfaat seperti kekebalan tubuh, jantung dan Sistem peredaran darah dan meningkatkan ereksi pada pria.
  • Ini adalah fakta yang mengejutkan bahawa semangka merupakan buah yang mengandungi likopen dengan konsentrasi yang tinggi bila di bandingkan buah atau sayur-sayuran segar yang lain. Kajian mendapati Likopen ini dapat mencegah risiko Kanser Prostat dan Sakit Jantung.
  • Vitamin B6 yang terdapat dalam buah Semangka dapat membantu manusia dari rasa panik dan kebimbangan.
  • Dapat Menyembuhkan sakit kepala, penyakit Paru-paru dan masalah kulit.
  • Kerana jumlah Kalium dan Magnesium yang tinggi yang baik ada dalam Semangka. Sangat baik dalam menurunkan Tekanan darah (darah tinggi). Karotenoid yang hadir di dalamnya juga dapat mencegah pengerasan dinding arteri dan vena. Sehingga dapat membantu mengurangi atau mengawal tekanan darah.
  • Kalium yang terdapat dalam Semangka dapat membantu membersihkan atau mencuci bahan sampah atau beracun dalam ginjal. Ia juga dapat mengurangi kepekatan Asid Urik, yang memungkinkan kerosakan Ginjal dan pembentukan batu Ginjal di dalamnya. Membersihkan usus, dapat melawaskan buang air kecil dan besar, dapat merawat penyakit seperti Gout dan Ginjal.
  • Semasa kita berpeluh, Sodium dan Potasium banyak keluar dari badan kita. Memakan Semangka dapat mengembalikan unsur-unsur ini didalam tubuh badan kita.
  • Semangka  sadalah teman baik anda jika anda melakukan diet. Buah ini bebas lemak dan memiliki kombinasi kadar gula terbatas dan kadar air yang banyak. Ia juga bersifat cepat mengenyangkan di dalam Perut.
  • Semangka boleh digunakan untuk menurunkan demam dan dapat mencegah Sariawan atau ulcer di mulut.
  • Memakan Isi buah Semangka ini juga dapat meningkatkan pembakaran lemak dan glukosa. Ia adalah bukti klinikal atas ujian terhadap Tikus percubaan. Kandungan asid Amino dalam Semangka sangat effektif mengurangi lemak pada tikus-tikus ujian yang kelebihan berat badan.
  • Memakan Semangka dapat melindungi tubuh daripada kesan negative degenerasi Makula. Degenerasi Makula ialah kehilangan penglihatan. Kehilangan penglihatan berkait rapat dengan usia sesaorang. Kajian menunjukan memakan Semangka adalah lebih baik untuk mata berbanding pengambilan lobak merah atau carrot.
  • Penderita penyakit  kencing manis (Diabetes) kebiasaannya memiliki energy yang rendah dan mengamalkan diet rendah gula. Selalunya mengeluh kerana merasa lapar, Semangka adalah solusi yang baik untuk mendapatkan supplement yang sewajarnya untuk mereka. Berbagai vitamin, mineral seperti kalium dan magnesium yang terdapat dalam Semangka dapat berfungsi sebagai  Insulin alami dalam tubuh, sehingga dapat menurunkan paras gula di dalam darah.

Buah Semangka Bagi Ibu-Ibu Hamil.

Rasulullah SAW memberikan anjuran agar Ibu-ibu yang hamil (mengandung) digalakan memakan buah Semangka (Tembikai). Sebagaimana Sabda beliau “Setiap wanita hamil yang makan buah semangka maka anaknya akan cantik wajahnya dan baik akhlaknya.” (Hadis ini bersumber dari Abul Abbas Al-Mustagfhirin dalam kitab Thibbun Nabi SAW dikutip oleh Mustabrak Al-Wasil 2:619.

Semangka mengandungi banyak air sekitar 90%. Ternyata buah Semangka memiliki banyak sekali manfaat  untuk kesehatan bagi Ibu-Ibu hamil di antaranya ialah.

  • Dapat meringankan gejala Heart Burn (Sakit Ulu Hati) atau rasa panas pada perut.
  • Boleh mengurangi perasaan mual bagi Ibu hamil.
  • Dapat membantu mengurangi gejala Morning Sickness pada kehamilan trisemester pertama.
  • Sebagai penambah cairan tubuh kerana Buah Semangka memiliki kandungan air sekitar 90%.
  • Pencegah terjadinya krem otot pada kehamilan trisementer pertama.
  • Membantu perkembangan otak, penglihatan, otot, serta system imun pada janin.

Untuk Ibu hamil yang ingin sehat dan segar, makanlah buah Semangka setiap hari. Untuk mengelakan bosan mengambilnya buatlah kepelbagaian seperti jus atau dessert segar dari Semangka.

Bahagian Yang Putih Buah Semangka.

kulit tembikai

  • Lapisan putih kulit Semangka sebenarnya banyak mengandungi zat yang berguna bagi kesihatan. Salah satunya adalah Sitrulin. Sitrulin merupakan salah satunya zat anti oksidan yang bermanfaat bagi kesihatan kulit. Penggunaan lapisan putih buah Semangka ini boleh digunakan untuk masker muka. Masker dari kulit Semangka ini dapat mengembalikan kelembaban kulit dan kehalusan kulit.
  • Lapisan ini juga mengandungi Senyawa yang berperanan menyihatkan ginjal (buah pinggang).  Seperti menghancurkan batu ginjal.

 

Jumpa Lagi InsyaAllah……..

CherryCherries may no longer be good just for topping sundaes. A United States study of Gout patients, published in Arthritis & Rheumatism, linked eating the fruit with a 35 per cent to 75 per cent lower risk on having an attack.

But the lead researcher, Dr Zhang Yuqing, a professor at the Boston University School of Medicine, warned that the study does not prove that cherries alone prevent gout attacks, and that patients should stick with their gout medication.

Gout arises from the build up of uric acid crystals in the joints. The body produces uric acid when it breaks down purines – substances found naturally in the body and in certain types of food, such as offal, anchovies and mushrooms.

The researchers recruited 633 patients over the Internet to take online surveys about their attacks.

Cherry2 All of them had been diagnosed with gout by a doctor, had had a gout attack in the last 12 months, lived in the US and were at least 18 years old. They also had to release their medical records to the researchers.

The patients filled in surveys at the start of the 12 month study, every three months thereafter and every time they had an attack. They were asked about their symptoms, the drugs used in the treatment and certain risk factors, including what they had eaten.

Of the 633 patients, 224 said they had eaten fresh cherries during the year, 15 said they had consumed cherry extract and 33 had both. The researches collected information on 1,247 gout attacks.

Overall, the researchers found that eating cherries over a given two-day period was linked to a 35 per cent decrease in the risk of having a gout attack during that period, compared with not eating cherries.

Consuming cherry extract was tied to a 45 per cent risk reduction, and eating both fresh cherries and the extract was tied to 37 per cent lower risk.

Cherry3The biggest risk reduction of 75 per cent came with eating fresh cherries while taking the anti-gout medication allpurinol (Lopurin, Zyloprim).

One possible reason is that vitamin c, with is found in cherries, can influence the amount of uric acid in a person’s blood, said Dr Allan Gelber, an associate professor of medicine at Johns Hopkins University School of Medicine, who co-wrote an editorial accompanying the study.

NOTE:

EATING FRESH CHERRIES WHILE TAKING ANTI-GOUT MEDICATION ALLPURINOL REDUCED THE RISK OF GOUT BY 75%.

Reuters.

Source: Straits Times (october 18 2012)

Buah Belimbing.

Buah Belimbing ini berasal dari India dan ada yang mengatakan dari Sri lanka. Selain di Singapura, Malaysia dan Indonesia , buah belimbing juga boleh di dapati di lain-lain Negara Asia. Sekarang buah belimbing juga boleh di dapati di Amerika dan juga di Australia yang beriklimkan Sub-tropika.

Buah Belimbing ini juga di kenali sebagai Star Fruit atau Averrhoa Carambola.

Buah Belimbing mempunyai kandungan zat yang cukup tinggi yang diperlukan oleh tubuh.

Dalam 100 gram buah belimbing yang masak mengandungi energy (35 kal), protein (50 gram), lemak (0,7 gram),karbohidrat (7,70 gram), kalsium (8 mg), serat (0,90 gram), vitamin A (18 RE), vitamin C (33 mg) dan niacin (0,40 gram).

Menafaat yang di dapati dari buah Belimbing.

1)      Buahnya:-

  1. Kadar Kalium yang tinggi, serta Natrium yang rendah dapat menurunkan tekanan darah Tinggi. Caranya:-     Buah yang masak dimakan sahaja secara rutin. Setiap lepas sarapan pagi dan setelah makan malam (dinner).
  2. Kandungan Vitamin C juga dapat berfungsi sebagai obat canser.
  3. Anti oksidan yang baik dan menangani radikal bebas.
  4. Meningkatkan daya tahan tubuh.
  5. Mencegah Ulcer mulut.
  6. Untuk mencegah Malaria,
  7. Boleh menambah berat badan dan sebaliknya.
  8. Pectin dalam belimbing dapat mengikat kolestrol jahat dan Asid Hempedu yang terdapat dalam usus dan membantu pengeluarannya.
  9. Memperlancarkan pencernaan makanan.
  10. Vitamin C dan A dapat membantu mengecilkan pori-pori kulit muka. Menyegarkan dan menyejukan wajah. Kandungan mineralnya dapat membantu mengurangi keletihan kulit, menjadikan wajah berseri-seri.  Caranya:-  Cuci buah belimbing, dipotong nipis-nipis. Tempelkan pada bahagian kulit yang berminyak. Biarkan sekadar 5 minit dan bilaslah dengan air yang bersih. Setelah itu muka anda akan kelihatan bebas minyak, segar dan kelihatan lebih menarik.
  11. diabetis (kencing manis), radang tenggorok dan juga demam.

 2)      Bunga:-

  1. Dapat menetralkan plus kandungan kimia berupa glukosida, vitamin B dan C.
  2. Khasiat sebagai antipiretik dan ekspektoran, sehingga boleh mengatasi batuk pada kanak-kanak.

3)   Daun:-

  1. Berkhasiat dalam mengobati sakit perut, melawaskan kencing demam tinggi dan  juga bisul.

4)      Akar:-    Dapat menyembuhkan penyakit rematik dan sakit kepala..

Selamat mencuba, supaya bermenafaat untuk kita semua.

Sumber rujukan:

http://www.tokobuah.com/buah/index.php?target=news&mode=details&news_id=9

http://lilyflowers-8.blogspot.com/2009/08/manfaat-belimbing.html

http://organisasi.org/khasiat-dan-manfaat-buah-buahan-alami-bagi-tubuh-manusia-ilmu-kesehatan-masyarakat

http://republika.co.id/berita/41641/Belimbing_Ampuh_Tangkal_Radikal_Bebas

http://www.infokulit.com/tips.php?page_no=

 

Sila Lawat Lelaman :-

www.treat-cure.com

http://saatjais.formor.com

http://rrcorner.wordpress.com

http://treatcure4u.wordpress.com

 

 

 Saat Jais - Pakar Urut

Insya-Allah Jumpa lagi…..

Menafaat Buah Anggur.

Sumber:

http://smallcrab.com/kesehatan/25-healthy/577-biji-anggur-baik-untuk-cegah-stroke 

Rasa anggur yang menyegarkan, membuatnya banyak diminati. Nyatanya buah itu juga dapat menyembuhkan berbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, lemah jantung dan masalah kulit.

Pada tahun 1870, Dr. John Harvey Kellog, memberikan resepi anggur untuk berbagai penyakit. Untuk kesembuhan, dia hanya memberikan resepi makan buah anggur dengan takaran (ukuran)tertentu.

Menurut The George Mateljan Foundation, anggur memiliki nilai gizi(zat) yang sangat luar biasa. Tiap 100 gram anggur paling tidak 25 komponen gizi (zat) yang dibutuhkan (diperlukan) oleh tubuh.

Kandungan mineral dalam anggur yang memiliki manfaat kesihatan bagi tubuh antara lain Mangan. Zat itu sangat diperlukan tubuh dalam sintesis energi sehingga dapat membantu menjaga kestabilan gula dalam darah. Mangan juga diperlukan tubuh untuk metabolisme lemak dan pembentukan jaringan ikat dan tulang.

Anggur disebut mengandung karotenoid dan likopen yang tinggi. Kedua zat kimia tersebut dikenal luas akan kemampuannya menghambat berbagai penyakit tubuh. Kandungan antioksidan dalam anggur tersebut sudah diyakini kalangan luas sebagai pelindung sel dari radikal bebas penyebab penyakit degeneratif, seperti penyakit jantung, kanker (cancer), dan beberapa penyakit akibat penuaan.

Kandungan vitamin C, B6, K dan B1 dalam anggur juga tinggi dengan khasiat yang luar biasa bagi tubuh. Vitamin C buah anggur dapat meningkatkan imunitas dan penyembuhan luka. Kandungan B6 pada anggur juga sangat penting untuk otak agar dapat berfungsi normal.

Kulit anggur juga memiliki kandungan resveratrol yang merupakan sumber penting dari flavonoids, termasuk katekin, quercetin, prosianidin, dan antosianin.

Resveratrol ditemukan pada sebagian besar kulit buah anggur. Penelitian beberapa tahun terakhir menyimpulkan, resveratrol kemungkinan dapat membantu awet muda dan mencegah kanker (cancer).

Khasiat lain yang dimiliki anggur adalah untuk mengatasi kelelahan dan hipoglikemi karena kandungan gula alaminya yang sangat tinggi, terutama dalam bentuk glukosa dan fruktosa. Jus anggur dipercaya dapat mencegah dan membantu penyembuhan beberapa penyakit infeksi virus seperti influenza, polio dan herpes.

Selain itu, biji anggur juga diyakini mengandung mineral, seng dan mangan yang bermanfaat bagi tubuh. Kini mengonsumsi anggur, tak perlu lagi membuang kulit dan bijinya untuk memperoleh manfaat maksimal.

Biji Anggur Baik untuk Cegah Stroke

Biji anggur baik untuk mencegah stroke karena mengandung endungeoned pycnogenol, zat penguat kologen yang bisa melenturkan pembuluh darah (anti aging), kata ahli kesehatan gizi (zat) masyarakat Institut Pertanian Bogor (IPB), Ali Khomsan, di Jakarta, Rabu.

Menurut Ali, bertambah tua usia manusia, pembuluh darahnya akan semakin rapuh dan rentan terjadi penyumbatan yang menyebabkan stroke maupun penyakit jantung koroner.

Pycnogenol berfungsi untuk melenturkan pembuluh darah yang rentan terjadi pembekuan.

Hasil penelitian Ali, zat pycnogenol tersebut banyak terdapat pada biji anggur, baik anggur lokal maupun impor (impot) dari beberapa negara lain.

“Yang terjadi selama ini, masyarakat kalau makan buah anggur justru dibuang bijinya, padahal manfaatnya luar biasa bagi kesehatan,” kata dia.

Biji anggur juga bersifat lebih lunak dibanding biji Lombok (cili), sehingga tidak akan membahayakan kesihatan usus seperti usus buntu dan lainnya.

“Satu-satunya biji yang bisa (boleh) membuat usus buntu hanyalah biji Lombok (cili) karena sifatnya keras dan tidak bisa (boleh) dicerna oleh tubuh,” kata dia.

Sementara itu, kulit anggur juga sangat kaya akan flavonoid yaitu zat yang mampu menghalau radikal bebas, karena kulit anggur mengandung zat oksidan lebih tinggi dibanding dengan vitamin C.

Dengan demikian kulit anggur sangat bagus untuk mencegah proses penuaan pada kulit, akan membuat orang yang mengonsumsinya (memakannya) tampak lebih segar.

Tingginya kandungan oksidan pada kulit anggur ini, kata Ali, membuat buah anggur juga sangat baik dikonsumi (dimakan) oleh perokok maupun orang yang tinggal di daerah dengan tingkat polusi udara cukup tinggi, seperti di Jakarta.

Sedangkan buahnya kaya akan kalium yang berfungsi untuk mengontrol tekanan darah. “Buah anggur itu seperti halnya buah kelapa, seluruh bagiannya memiliki manfaat bagi manusia,” kata dia.

Buah anggur, kata dia, bagus dikonsumsi setiap hari dua porsi, satu porsi antara 6-8 biji. Namun demikian, tidak masalah bila harus diselingi dengan berbagai macam buah lainnya.

“Indonesia sangat kaya dengan buah-buahan, sehingga mengonsumsi berbagai jenis buah secara bergantian juga cukup bagus bagi kesihatan,” kata dia.

Menghindari masih adanya zat kimia yang melekat dalam buah anggur, kata dia, sebaiknya sebelum dimakan buah tersebut dicuci secara bersih terlebih dulu.

“Tidak jarang orang mengonsumsi anggur dikupas kulitnya dan dibuang bijinya. Sebaiknya seluruh bagian buah yang harganya cukup mahal tersebut dimakan,” kata dia.

 Sila Lawat Lelaman:-

www.treat-cure.com

http://rrcorner.wordpress.com

http://saatjais.formor.com

 Saat Jais - Pakar Urut

Jumpa Lagi Insya-Allah…..

Oleh Hidayah Mohammad

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=637.0

Buah paling digemari penduduk dunia mempunyai 1,001 khasiat, kaya pelbagai vitamin

PISANG pada mulanya adalah sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini berjaya dikomersialkan. Buah-buahan berkenaan bukan saja mengenyangkan malah boleh mengatasi masalah sembelit. Selain mudah didapati dan murah di pasaran, pisang juga antara buah-buahan yang berpotensi membekalkan serat, vitamin A serta menjadi makanan ruji masyarakat Afrika.

Pelbagai jenis masakan boleh dihidangkan melalui pisang dengan cara merebus, menggoreng atau dibuat pengat, lepat, koleh serta jemput-jemput. Bunyinya sangat sedap dan sudah pasti enak!. Tetapi awas! Sungguhpun pisang sedap dimakan dan baik untuk kesihatan serta membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak elok dimakan oleh pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi.

Tahukah anda, ada lebih 20 jenis pisang di dunia. Tetapi pisang nipah, nangka, abu, mas, tanduk raja, embun biasa didengari. Namun pisang talang, kapas, awak, susu, berangan, kari, embun, kelat keling, rastali, talang, khaki, kapas, lidi, lemak manis kurang biasa kita dengar, terutama bagi mereka yang tinggal di bandar.

Ketua Diatetik dan Pemakanan Khasiat, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad, berkata seperti yang kita tahu, semua pisang boleh dimakan, bagaimanapun ada berapa jenis pisang yang tidak boleh dimakan iaitu pisang-pisang hutan kerana banyak biji atau pisang muda.

“Ada pisang yang dimakan mentah dan ada juga tidak boleh dimakan mentah antaranya pisang tanduk, nangka, abu, lidi dan kapas,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Beliau berkata, pemakanan pisang memberikan banyak khasiat kepada tubuh badan kerana secara keseluruhannya ia mengandungi tenaga, vitamin A, serat, vitamin C dan Kalsium.

“Sebagai contoh, 2 biji pisang emas mengandungi 100 kalori, 73gram (g) air, 1.4g protein, 23 g karbohidrat, 1.7 g serat, 380 mikro gram (mg) karoten (pre vitamin A), 63 RE vitamin A, 8.3 mg vitamin C dan 342 mg kalium,” katanya.

Khasiat pisang sudah tentu boleh membekalkan tenaga. Pisang mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa. Gula semula jadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pula pisang mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat. Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit. Seribu satu khasiat pisang kurniaan Allah kepada manusia. Tidak hairanlah pisang amat popular di kalangan atlet kerana ia membekalkan tenaga yang cukup ketika mereka beraksi dalam apa saja pertandingan sukan.

Pisang adalah buah yang paling digemari penduduk seluruh dunia. Ia juga mampu menawarkan penyakit dan boleh membantu dalam kesihatan manusia.

 FAKTA

Daun pisang

  • Digunakan sebagai alas makanan kerana menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas.
  • Digunakan sebagai pelindung hujan
  • Pembalut kuih atau masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat.

 Batang pisang

  • Digunakan untuk membuat rakit.
  • Mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni.

 Buah pisang

  • Boleh dimakan masak atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat, dan dijadikan kerepek.

 Jantung pisang

  • Dibuat sebagai ulam selepas dicelur.

 FAKTA

 Khasiat pisang dari sudut kesihatan

  • Darah tinggi dan strok – pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
  • Kolestrol – pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendah kolestrol.
  • Cirit-birit – potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
  • Anaemia – anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
  • Kemurungan – orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
  • Pening-pening – cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap.

 INFO

Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya.

Disebabkan permintaan dunia terhadap pisang terlalu tinggi, banyak hutan rimba telah diteroka dan dibersihkan untuk dibuka ladang penanaman pisang.

Jika anda digigit nyamuk, cubalah gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.

Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia tiga bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.

100 gram pisang menyediakan

1.2 gm protein

0.3 gm lemak

17 mg kalsium

78 mg karotin

88 mg kalium

27.2 gm karbohidrat

0.4 gm fiber

116 kcal tenaga.

Sila Lawat Lelaman:

www.treat-cure.com

http://rrcorner.wordpress.com

http://saatjais.formor.com

Saat Jais - Pakar Urut

Jumpa Lagi Insya-Allah…..