Doa Untuk Perniagaan (2)

Posted: February 10, 2010 in Petua & Rawatan, Uncategorized
Tags: , ,

Rahasia Berniaga:-

Untuk maju sesuatu perniagaan dan gemar orang datang membelinya, mahulah dibaca ayat ini semasa hendak membuka pintu pada sebelah pagi ia itu:

بسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

وَاِذَا رَأَوْاتِجَارَةً أَوْلَهْوَانِ انْفَضُّوْا اِلَيْهَا وَتَرَكُوْكَ قَائِمًا قُلْ ماَعِنْدَاللهِ خَيْرً مِنَ اللهِ وَمِنَ التِّجَارَةِ, وَاللهُ خَيْرُالرَّازِقِيْنَ

Bismillah Hiroh man Nir roh him.

Wa iza ro aw tijarotan aw lahwanin fazzu ilaiha wataro kuka ko iman kul maa ngindal lohi hoiran min nal lohi waminat tijaa roti, wal lohhu hoirur rozikin.

 Rezeki Makmor

 Ayat ini jika di amalkan selalu akan mendapat kesenangan menjauhkan daripada segala balak dan ancaman, menghalau hantu shaitan dan jembalang, bolehlah dibaca pada tempat yang di takuti.

Kepada orang sakit dibacakan  kedalam air kemudian diberi ia minum. Insya-Allah mujarab.

Inilah ayat seribu dinar:-

وَمَنْ يَتَّقِ اللهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجاً وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لأَ يَحْتَسِبُ, وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلىَ اللهِ فَهُوَ حَسْبُهُ اِنَّ اللهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللهُ لِكُلِّ َشْئٍ قَدْراً

Wa mai yat takil loh ha yaj ngal lahu mahrajan wa yarzukhu min hoi su la yahtasib, wa man yata wak kal ngala loh hi fahuwa has buhu in nalloh ha bali gu amri hi kod ja nga lal lohu li kul li sai iin kodro.

 www.treat-cure.com

http://saatjais.formor.com

http://rrcorner.wordpress.com

http://iecahaya.wordpress.com

 

 Saat Jais - Pakar Urut

Jumpa Lagi Insya-Allah…….

Bagaimana Menjana Wang Lebih Setiap Bulan!
Kerja Separuh Masa, Pendapatan Sepanjang Masa
http://syair.cieaura.com
 
About these ads
Comments
  1. qistina says:

    salam
    saya minta izin utk amalkan doa tersebut

  2. Zaim Aini says:

    As-salam… ustaz, tunang sy membuka perniagaan pasar. Sejak akhir2 ni perniagaan merosot. ada satu hari tu dia ckp barang banyak habis dijual tetapi duit dapat sikit. Duit modal beli barang pun tak sampai. Yang peliknya barang byk habis. Nak pusing duit untuk beli barang untuk esoknya pun xde. Saya kesian dgn tunang saya. Saya cakap sabar banyak2. Semua ni ujian. Ada orang cakap kat tunang saya banyak syaitan toyol berkeliaran kat pasar tu. Saya nak tanya ustaz tentang perkara ni. Harap ustaz dapat memberi ilmu doa untuk menangkis agar perniagaan tunang saya dapat terhindar dari syaitan laknatullah sekiranya ianya betul2 ada. Mintak izin juga untuk saya dan tunang (nooraini) mengamalkan doa 1 & 2 serta zikir2 yang ustaz berikan. Terima kasih.

  3. hafeez says:

    assalamualaikum ustaz….
    sy seorg ejen insuran.sy ada mslh gementar dan krg yakin sdikit bile berhadapan dgn pelanggan….dan doa mana kah yg spatutnya sy amal utk melembutkan hati prospek2 sy????skian…trma ksh ustaz

  4. novacoiz says:

    terima kasih atas ilmu y…
    insya allah saya akan mulai mengamalkannya,

  5. Suhaimi Bin Ahmad says:

    sy juga minta izin untuk mengamalkannya….. mudah2an dimurahkan rezeki oleh Allah

  6. annur says:

    Assalamualaikum ustaz.. saya ingin bertanykan ustaz macam mana nak menarik pembaca supaya berminat utk membaca blog saya dan menarik minat untuk membeli barang2 yang dipromosikan? harap ustaz dapat membantu.

    • saatjais says:

      Mualaikum Salam. Selain dari berdoa anda di galakan buka blog-blog yang banyak dikunjungi seperti blog politik di Malaysia atau apa sahaja blog-blog yang “popular” anda link kan ke blog anda. Tetapi anda harus ingat jangan beri komen yang keterlaluan. Komen yang bernas dan masuk akal. Insya Allah blog anda akan di kunjungi. Selalu updated blog supaya banyak variasi dan akan di kunjungi Insya Allah.

  7. fauzi says:

    salam ustaz.saya mohon mengamalkan mana2 doa yg usts nyatakan di sini..
    terima kasih

  8. alin says:

    Assalamualaikum. saya minta izin untuk mengamalkan doa2 yang diberikan. Kita hanya merancang dan Allah juga yang menentukan. Semoga kita semua sama2 dpt berkongsi rezeki yang halal dari-NYA.amin.

    • saatjais says:

      Salam. Dipersilakan anda mengamalkannya. Dan boleh beri teman-teman anda yang memerlukannya untuk mengamalkan doa-doa tersebut. Semuga anda dirahmati oleh Allah.

  9. mizz diane says:

    Salam ustaz…suami saya merupakan seorang ahli perniagaan begitu juga saya…awal tahun 2011 perniagaan kami jatuh sehingga kami boleh dikatakan merempat di rumah adik-beradik…kejatuhan kami dipercayai dilakukan oleh kakak ipar saya yang mana dia menggunakan black magic…dia juga dipercayai mempunyai saka dan selain itu dia lakukannya dengan merancang dan memfitnah suami saya kepada individu yang memberi modal kepada kami…pejabat dipecah masuk dan dihancurkan begitu juga dengan rumah saya…dia bekerja dengan suami saya dan tinggal di rumah saya selama setahun…(kisahnya lebih panjang dan lebih dasyat lagi)persoalan saya di sini, ramai ustaz yang saya jumpa mengatakan terdapat barang yang diletak di rumah, pejabat, kedai dan kereta-kereta kami…masalah saya rumah saya sudah tinggal, pejabat sudah hancur dan semua kereta sudah dipakai orang…dan dipercayai jika tidak dibuang ia sedikit sebanyak boleh memberi kesan terhadap kami kerana ia khusus ditujukan untuk kami…jadi apa yang boleh saya amalkan supaya kami tidak diganggu oleh benda-benda ini dan juga musuh, kami dapat melakukan kerja dan juga kami dapat membersihkan apa yang ada pada diri kami ini selain mudah membayar hutang…mohon bantuan…saya dahulukan dengan ucapan terima kasih…jika perlu penjelasan lebih lanjut sya boleh email ke email ustaz…

  10. hanna says:

    minta izin mengamalkannya..tq ustaz

  11. johari says:

    assalamualaikum ustaz…
    saya nak minta izin guna ayat ustaz
    sale kedai perniagaan saya makin hari makin merosot

  12. mita says:

    assalam, mohon ijin mengamalkan ustad

  13. mazliana hj ahmad says:

    assalamualikum ustaz..saya minta izin untuk mengunakan doa2mu ini
    trimakasih …

  14. mita says:

    Assalamualaikum,puji syukur kepada Allah SWT yang telah mengabulkan doa hambaNya.Sebelumnya minal aidzin wal faidzin ya ustad. Ustad saya ingin berterima kasih kepada ustad karena warung/toko saya alhamdulilah sekarang mulai ramai dikunjungi pembeli, itu terjadi setelah saya mengamalkan doa perniagaan dari ustad. semoga Allah SWT membalas budi baik ustad dengan pahala yang berlimpah. Amin…amin.. ya robbal alamin…

  15. saatjais says:

    Mualaikom salaam. Selamat Hari Raya semuga anda sekeluarga dirahmati dan diberkahi oleh Allah. Boleh berbahagi doa dan amalan ini pada teman, kerabat yang memerlukan.
    “Kalau ALLAH di puncak tertinggi, tentu semuanya betul, tapi kalau ALLAH duduknya paling bawah, tengoklah banyak perkara jadi susah” – petikan Motivasi dari Dr. HM Tuah Iskandar al-haj.
    salam.

  16. Dzii says:

    Assalamualaikum Ustaz
    Mohon mengamalkan doa2 tersebut semoga Allah akn memberi rahamat kpd Tuan Guru.
    Wassalam.
    Hj.Dzii

  17. dirman says:

    Assalamu’alaikum ustaz…pertama2 sy ingin berterima kasih yg tak berhujung atas perkongsian ilmu yg bermanfaat ini…sy sudah mengamalkan doa untuk perniagaan (1)…dan alhamdulillah berkesan…terima kasih ya ustaz…oleh kerana sy belum minta izin utk mengamalkannya…di sini dgn rendah hati sy ingin memohon utk terus mengamalkannya…dan utk doa perniagaan (2) ini…sy jg ingin memohon utk mengamalkannya ya ustaz…terima kasih ya ustaz…smg Allah sentiasa memberkati, meredhai dan memberikan cintaNya utk ustaz…aamiin

    • saatjais says:

      Mualaikum salam. Alahamdulillah. Tuan telah mendapat menafaatnya. Cuma di ingatkan segala nya atas izin Allah. Doa ini adalah sebagai alat sahaja. Sila amalkan dan berbahagilah kepada teman-teman atau sahabat handai yang memerlukannya. Doa adalah senjata orang muslim (islam).

  18. anis says:

    Assalamualaikum Ustaz…

    Ustaz, boleh saya tahu ayat pertama diatas dari surah dan ayat berapa ya. Saya juga mohon izin untuk mengamalkannya. Terima kasih.

    • saatjais says:

      Mualaikum Salam. Ayat yang pertama adalah dari Surah Al-Jumua ayat Ke 11. Yang mempunyai erti: Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengar meninggalkan engkau berdiri (di atas Mimbar Qutbah). Katakanlah (wahai Muhammad; pahala balasan) yang ada disisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki)

      Ayat yang kedua adalah dari Surat At-talaq 2 dan 3.
      Yang membawa erti:-dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (3)

      Sila amalkan. Insyaallah Tuan akan dapat faedahnya.

  19. budi says:

    Assalamu’alaikum ustad. Saya punya usaha toko pakaian mulai th 2004. Pada th 2011 usaha saya mengalami kemunduran dan terpaksa pindah toko karena dah tak sanggup bayar sewa kedai. D tempat baru ini sdh 2 bulan saya mulai buka lagi, tapi yg berniaga sekarang istri saya, sdangkan saya kerja yg lain. Sdh 3 kali orang tak ada beli ke toko saya. Apa yang harus saya lakukan ustad? Nampaknya dagangan saya banyak yg sepi daripada ramai. Trimakasih ustad.

  20. saatjais says:

    Mualaikom salam. Gunakan ayat Doa Perniagaan 1 dan 2. Bersabarlah dan bertawakkal kepada Allah. Semuga anda di rahmati dan dimajukan perniagaan anda.

  21. idahtalib says:

    izinkan saya amalkan doa ini.

  22. ali says:

    Asalamualaikum ustaz saya mohon ayat perniagaan di atas saya amalkan kerana saya baru masuk sebulan berniaga

  23. Fantastic, appreciate your discussing this particular publish.Thank you. Fantastic.

  24. sok noni says:

    Hi! I’m at work browsing your blog from my new iphone 4! Just wanted to say I love reading your blog and look forward to all your posts! Keep up the fantastic work!

  25. Wow, incredible blog format! How lengthy have you been blogging for? you make running a blog glance easy. The full glance of your site is fantastic, as smartly the content material!

  26. Hester says:

    You share interesting things here. I think that your
    website can go viral easily, but you must give it initial boost and
    i know how to do it, just search in google
    - mundillo traffic increase

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s