Pokok Jering

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Jering

Pokok Jering ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Fabaceae yang berasal dari Semenanjung Malaysia dan Thailand. Pokok ini merupakan pokok saka yang besar dan rendang dan selalunya tumbuh meliar di dalam hutan. Nama botaninya Pithecellobium jiringa

Jering sering dimakan sebagai ulam tetapi kurang popular kerana baunya yang tidak menyenangkan. Pewarna ungu yang didapati daripada lenggai-lenggai pokok ini telah dipergunakan untuk mencelup sutera. Kayu pokok ini ringan dan tahan lama sederhana. Warnanya semakin menjadi perang tua dengan berlangsungnya masa. Kayu ini amat mudah dikerjakan dan telah digunakan untuk kerja kayu halus, almari, dan perabot lain.

Ciri-ciri fizikal

Pokok Jering tumbuh tidak melebihi 10 meter (33 kaki) tingginya. Ciri-ciri fizikalnya yang lain adalah seperti berikut:

  • Kulit kayu: Licin dan berwarna perang kemerah-merahan jambu muda.
  • Daun: Dibahagikan menjadi daun-daun kecil, dengan daun-daun baru berwarna ungu.
  • Bunga: Berumpun-rumpun, berwarna putih kuning muda, dan amat gebu.
  • Buah: Merupakan lenggai yang berkulit keras, dan berwarna perang ungu. Lenggai ini tergelung dan apabila masak, terbelah untuk membebaskan benih-benihnya yang besar dan berwarna perang kemerah-merahan.

Khasiat

Buah jering dimakan untuk merawat kencing manis. Daunya pula digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit kulit dan gatal-gatal.

Sila Lawat Lelaman:

www.treat-cure.com

http://saatjais.formor.com

Saat Jais - Pakar Urut

Jumpa Lagi Insya-Allah……

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s