Rawatan Selepas Bersalin

Posted: March 24, 2009 in After Birth, Urut & Kebaikannya
Tags: , ,

Rawatan Selepas Bersalin

            MENGURUT , menungku atau mengganggang dan membengkung adalah antara ciri-ciri yang menjadi kemestian bagi masyarakat Melayu dalam menjalankan perawatan selepas bersalin. Diikuti dengan perawatan dalaman, iaitu menggunakan jamu. Namun dizaman serba moden ini ibu-ibu yang bekerja mungkin terlalu sibuk untuk melakukan rawatan tradisi yang diamalkan oleh nenek moyang yang terdahulu. Tetapi jika mengetahui khasiat dan kelebihannya  pasti ibu-ibu tidak merungut atau memberikan seribu alasan.

  

 web-pic-2           Bagi memenuhi permintaan ibu yang ingin rawatan lengkap sebelum dan selepas bersalin, tips kali ini akan memperkatakan kelebihan-kelebihan jamu bagi Ibu-Ibu yang bakal menimang cahaya mata ataupun yang telah melahirkan dengan menggunakan produk Air Mancur. Tempoh rawatan 44 hari amat penting, ia bertujuan memulihkan kembali organ-organ peranakan dan membentuk kembali posisi badan. Harus di ingat, banyak lagi jenama Produk yang lain yang ada di pasaran seperti Nyonya Mener, Mustika Ratu, Nyonya Rogay dan lain jenis lagi. Syarikat Kami lebih berminat dengan Produk Air Mancur, kerana ia bersifat lembut dan sesuai untuk lain-lain bangsa juga seperti Bangsa Tionghua, Jepun, India dan juga Orang Barat.

bengkung-2Langkah pertama bagi ibu selepas bersalin hendaklah diurut sebanyak tiga, lima atau tujuh hari selepas lima hari melahirkan, sebaik-baiknya selepas mandi pagi. Ia bertujuan mengembalikan kesegaran badan dan melancarkan peredaran darah. Urutan ini dituruti dengan menungku atau mengganggang selama 40 hari kerana ia membantu mengeluarkan darah kotor, juga mengelakan terjadinya perut buncit.

            Langkah kedua ialah dengan satu set Jamu selapan (Lengkap) sama ada serbuk atau pun berbentuk pil. Selepas menungku atau mengganggang bolehlah disapukan sedikit tapel atau minyak tapil atau kedua-duanya sekali untuk mendapatkan kesan yang positif pada bahagian perut. Kemudian di lapik dengan secebis kain atau Tuala dan baharulah di ikat dengan bengkong. Amalkan setiap hari selama 40 hari.

gurita            Untuk mendapatkan mata yang kelihatan bersinar, jernih dan bercahaya sapukan Pilis di atas dahi sehingga kering. Param mustajab gaya baru dilumatkan dengan air hangat  secukupnya dapat menghilangkan rasa lesu, letih dan sengal-sengal, melancarkan peredaran darah sehingga mencegah membengkaknya/menonjolnya pembuluh darah di kaki Ibu-Ibu selepas bersalin. Hendaklah dilumurkan  pada bahagian tubuh yang memerlukan. Param ini sangat panas, jangan digunakan untuk bayi.

            Param beras kencur pula hendaklah dilumatkan dengan air dingin secukupnya dan lumurkan pada sekujur tubuh.. Dapat mengurangi rasa letih, lesu dan memberi rasa sejuk pada Ibu-Ibu selepas bersalin.

            Makanlah Pil Jamu Bersalin I, II, dan III  dapat membersihkan  sisa-sisa darah kotor didalam perut, dapat memulihkan kembali tenaga supaya kelihatan berseri dan lebih bermaya dan melancarkan air susu untuk bayi. Minyak telon pula disapu di perut Ibu dan Bayi selepas mandi, ia bertujuan untuk mengelakkan angin dan kembung perut.         

            Ibu harus ingat dari segi pemakanan, dinasihati mengelakkan makanan yang sejuk dan lebeh baik memakan ulam-ulaman yang terbukti berkhasiat, Bagi mempercepatkan luka sembuh tiga empat hari selepas bersalin minumlah air kunyit selama beberapa hari sehingga luka mengering dan sembuh. Selepas waktu pantang Ibu-ibu digalakkan memakan atau mengambil pil-pil atau Jamu berkhasiat. Sila rujuk dengan Syarikat Treat & Cure Traditional Massage untuk mendapatkan bekalan jamu-jamu tersebut.

Barang-Barang Yang Digunakan Sewaktu Mengurut Si Ibu Yang Baru Bersalin.

·        Satu Tuala Tangan

·        1 Sudu Kecil

·        3 Piring Kecil

·        1 Gelas Besar Air Panas.

·        1 –2 Inci Berus.

·        1 Atau 2 Kain Untuk Alas Perut.

·        1 Bengkong ( Sekurang-Kurangnya 8 – 10 Metre )

·        1 Botol Minyak Tapil ( Serai ) atau Minyak Tapil Lemon

·        1 Botol Minyak Kayu Putih

 

Perut Yang Tidak Boleh Diurut

·        Yang Di Operasi  Sekurang-kurangnya Selama 2 atau 3 Minggu.

·        Perempuan Yang Datang Kotor ( Haid ).

·        Ulcer Perut

·        Apendik.

Klik Gambar untuk mengetahui Perhidmatan dan lain-lain perkara berkenaan Urut Mengurut.

Klik Gambar / Click Picture
 

bekam-1body_pictures__188_man2 Service 1 Oil 1Types Of Massage (Jenis Urutan)

 urut9 Urut 4 Urut10   Doa

 dalamkaabah+1 Good2 Badminton

 

 House Call For Ladies only / Perhidmatan Urut Dari Kaum Wanita  Untuk Wanita Sahaja. Sila hubungi:-

 

1. Hjh Mahani – 96737594 2. Puan Ratna – 96345114
3. Hjh Hamidah – 93860098 4. Puan Liza – 96412314
5. Puan Mariati – 96319031 6. Puan Dahlia – 93506911
7. Puan Bibah – 97420314 8 Puan Fauziah – 82300264
9. Puan Salamah – 94792045 10. Puan Misah – 94569310
11. Puan Asnah – 93659310 12. Puan Hadisa – 98573037
13. Puan Kamsiah – 81217420 14. Puan Salamah Eusof -96605967
15. Puan Soraya – 94364784 16. Puan Siti – 91060242

    

Saat Jais - Pakar Urut
 
www.treat-cure.com
http://treatcure4u.wordpress.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s