Halia, Madu Dan Jarum Emas

Posted: March 1, 2009 in Produk Kesihatan
Tags: , ,

Khasiat  Halia Madu Asli Plus Jarum Emas

jarum-mas1Halia.

Halia (Zingiber Officinate) mengandungi atsiri, dammar, mineral sineol, fellandren, kamfer, borneol, zingiberin, zingiberol, gigerol, zingerol, lipidas, asid amino, niacin, vitamin A, B1, C dan protein.

(Makanan Ahli Syurga)

Firman Allah (Q: 76: 17)

Maksudnya: “Dan mereka dalam syurga itu diberi minum sejenis minuman yang dicampurkannya dari Halia (zanjabil)”

Khasiat Halia.

Terdapat Ayat Al-Quran yang menyatakan bahwa minuman yang dicampurkan dengan halia dan diberikan kepada kita di dalam syurga.

Halia di gunakan sebagai ubatan bagi merawat kembung perut serta sakit perut, membantu kepada penghadaman makanan, mengeluarkan angin dalam usus dan dapat menghilangkan bau mulut. Namun begitu jika di campurkan dengan sedikit gula dan air panas, jus halia dapat menghilangkan lender dan kahak.

Halia dapat meningkatkan metabolisma darah ke bahagian organ-organ badan yang lain. Aroma halia yang sememangnya merangsangkan kerana berbau harum. Secara traditionalnya halia ini dapat menyembuhkan beberapa gejala seperti kurang selera makan, pening kepala, sakit-sakit sendi, kegatalan pada badan dan bengkak-bengkak. Di samping itu, halia juga berkhasiat untuk menghangatkan tubuh badan dan membantu proses pencernaan makanan dalam badan. Apa yang lebih penting adalah meningkatkan nafsu syahwat dan boleh membuang angin dalam badan.

Khasiat Madu.

Mengandungi vitamin A,B, C dan E. Dikenali sebagai Makanan Bidadari di Syurga.

Rasulullah S.A.W bersabda:-

“Barang siapa yang menjilat madu 3 kali di dalam sebulan, maka di hindari dari penyakit berat” (Abu Hurairah)

“Gunakanlah dua penawar, ia itu Al-Quran dan Madu”. (Abdullah Bin Ma’ud)

Riwayat dari Saidina Ali r.a. :- “Sebaik-baik (semulia) minuman adalah Madu”.

Khasiat Jarum Emas.

Nama pokok  Rumput Jarum Mas juga dikenali sebagai RUMPUT REMPAH PADANG.

Sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina kecuali ibu mengandung.

Membantu merawat masalah buang angin, arthritis dan toksin, urat saraf, sakit sendi dan lutut, bisa tulang dan pecah kulit dan tumit kaki, kebas tangan dan kaki, sakit pinggang, menghindari penyakit gaut dan melancarkan peredaran darah serta mengurangkan letih lesu dan berkhasiat untuk ibu selepas bersalin, mengecutkan rahim, keputihan, haid tidak teratur, menambah tenaga batin serta mencerahkan mata.

Khasiat Campuran Ketiga Bahan Ini Adalah.

·         Buang Angin Dan Mual / Loya

·         Selsema, Hidung Tersumbat, Sukar Bernafas

·         Ulser / Kembong Perut, Artritis, Toksin

·         Urat Saraf, Bisa Tulang

·         Sakit Sendi, Lutut, Kebas Tangan / Kaki

·         Tumit Kaki, Gaut

·         Melangcarkan Peredaran Darah

·         Menambahkan Selera Makan

·         Menambahkan Tenaga

·         Mengurangkan Kolestrol

·         Menghangatkan Tubuh

·         Baik Untuk Ibu Selepas Bersalin

·         Meningkatkan Nafsu Syahwat

Produk Adalah Buatan Malaysia

WANITA HAMIL DILARANG MINUM

Saat Jais - Pakar Urut
 
 

 

Comments
  1. harmurni says:

    Salam,
    Menarik sekali uraian tentang produk ini. Boleh saya tahu berapa harganya dan bagimana untuk mendapatkannya. Untuk pengetahuan Tuan lokasi saya di Singapura. Terima kasih

    Harmoni.

  2. PEMBEKAL HERBAL-HONEY says:

    Alhamdulillah Hj Saat.
    Tahniah di atas kejayaan tuan mempromosikan Madu Jarum Emas di lelaman. Mudah-mudahan, pengamalnya juga mendapat manfaat kesihatan serta medapat pahala sunnah mengikut amalan Rasulullah s.a.w.

    Khasiat yang tuan sebutkan di atas adalah benar; yakni madu jarum emas khas untuk pembuangan angin di badan dan pembersihan darah kotoran toksin akibat pemakanan harian kita.

    Izinkan saya menambah sedikit tentang maklumbalas daripada pelangan-pelangan lalu. Sesetengah pengamal akan menghadapi tindak-balas madu tersebut dalam masa dua-tiga hari di minggu pertama, iaitu buang-buang angin, selsema, ceret-beret atau pun demam. Ini adalah kesan positif bahawa sistem badan kita sedang “dibongkar” untuk dibaik-pulih.

    Teruskan amalan madu tadi. Kesan tindak-balas tersebut akan hilang dalam sehari-dua. Tindak-balas hanya akan berpanjangan jika pengamal ada mempunyai penyakit yang lebih “serious”, samaada disedari ataupun tidak. Jumpalah doktor supaya dapat dikesan penyakit itu dengan segera.

    Semoga Allah memberi kita kesihatan. Ameen.

  3. saatjais says:

    Terima Kasih.

    Incik Harmuni. Anda boleh hubungi saya di Hp 97811070 (Haji Saat), harganya adalah SGD$18.00 atau email saya di sales@treat-cure.com. Terima kasih sekali lagi.

    Incik Nur Effendi (Pembekal Di Singapura) terima kasih di atas feedback Tuan. Semuga pengamal atau penggemar produk ini dapat menafaat bersama.

    Salam ikhlas dari saya
    Haji Saat Jais
    http://www.treat-cure.com
    https://saatjais.wordpress.com
    email: sales@treat-cure.com

  4. syikin says:

    nak tanya jarum mas byk jenis,ade yg bunga kuning ,pink n putih yg mane satu bole mkn n tak boleh

Leave a reply to syikin Cancel reply